Monday 19 March 2012

KASIHMU IBU


Lahirku atas segala jerih payahmu
engkau memberikan sinar gemerlapan
umpama bulan menerangi kepekatan malam
katamu dunia hanyalah tempat persinggahan
usah mencintai yang sementara belaka
kasih dan sayangmu
mengalir di setiap titisan darahku
mencelikkan panca inderaku
dikala hatiku berdarah, engkaulah penyembuh
tatkala mata menjadi malap
akan godaan keindahan palsu dunia
engkau suluhkan cahaya kesedaran
kerana adanya engkau ibuku
nyatalah syurga bagiku
tanpamu aku umpama pengemis kehidupan

“HASIL KARYA”

MAHANIM SUNDANG
6 ATAS CAMBRIDGE 2012
SMK NABAWAN

No comments:

Post a Comment