Tuesday 6 March 2012

Sajak Ibu


PUISI BUAT IBU
Usia semakin menguasai dunianya
Tanpa disedari kini menghampiri separuh abad
Jalur-jalur tua mulai kelihatan
Dari  raut wajah suci ibu
Kerana panasnya sinar mutiara di lubuk hati
Memancar terang di wajah murni itu

Demi kasih sayang, demi cita-cita
Pengorbanan demi anak-anak baginya menjadi prioriti
Walaupun ada harga perlu dibayar, banyak pengorbanan perlu dituntut
Namun...
Demimu anak, ibu berjuang tanpa mengenal jalur kesal
Ibu kau merealisasikan cita-citaku
Dari satu yang kurang jelas
Menjadi terang yang hakiki
Dari satu perkara yang mustahil
Menjadi sesuatu yang pasti
Menanti di penghujung perjuanganku

Pengorbanan Ibu menjadi semangatku,
Tidak pernah pudar dibasahi hujan,
Tak akan layu walau tanpa sinar mentari,
Menjadi kuntuman hidup sepanjang hayat,
Sentiasa mekar demi kasih sayang.
Itulah semangat Ibu,
Semangatmu menjadi kekuatan,
Rimbun kasih menjadi keadilan,
Mencapai hidup penuh harmoni
Di cermin hidup ini, semangat baru memancar terang.

Kini,
Menara gading dalam gengaman,
Tak akan ku lepaskan sehingga tertawan,
Kerana semangat ibu telah ku simpan,
Menempuh segala ranjau duri perjalanan,
Demi pengorbanan mengapai kejayaan,
Hadiah terbaik untukmu Ibu tersayang
Namun ...
Tidak setanding dengan  hadiah Ibu kepadaku
Hadiah terbesar dalam hidupku
Hadiah terbaik sepanjang hayatku
Hadiah ibu ratu hatiku.

11:45am  09/feb/2009  Taman Segar,Tg.Malim, Perak

Nukilan
Alfeus Anis
UPSI

No comments:

Post a Comment