Wednesday 26 September 2012

Skema Jawapan Percubaan 1 STPM Kesusasteraan Melayu Tradisional


SKEMA PEMARKAHAN
Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional:
Soalan No:1:
Tiga persoalan yang sering diketengahkan oleh pengarang dalam karya-karya sastera Melayu Tradisional ialah:
i.Persoalan tentang keagungan raja dan juga Negara.
Contoh yang jelas dalam teks sejarah Melayu Sulalatus Salatin. Dalam teks ini , raja digambarkan mempunyai kuasa mutlak dan jika ada orang yang melanggar titah atau menentang raja, orang itu dianggap derhaka.
Dalam teks Sejarah Melayu, keagungan raja dikaitkan dengan waad atau waadat, iaitu perjanjian antara raja dengan rakyat. Waad ini antara lain menggariskan beberapa panduan untuk raja mahupun rakyat terhadap raja.
Balasan terhadap rakyat yang menderhaka ialah tulah atau akibat yang buruk. Contoh yang jelas ialah penderhakaan Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah dan juga Sang Rajuna Tapa dalam teks Sejarah Melayu. Kedaulatan raja-raja digambarkan dalam teks sastera melayu lama seperti yang terdapat dalam Sejarah Melayu. Dalam teks ini, dijelaskan bagaimana sembah Sultan Mansyur Syah menjadikan raja China mendapat sakit kedal. Penyakit baginda ini sembuh selepas baginda minum air kaki Sultan Mansyur Syah. 
                                                                               [5]
ii.Persoalan tentang kepahlawanan.
Persoalan ini berkaitan dengan keberanian,kegagahan dan juga keperwiraan. Kepahlawanan ini bukan hanya ada pada diri pemerintah tetapi juga ada pada watak-watak dalam kalangan rakyat biasa sehingga mereka mendapat anugerah daripada pemerintah.
Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah digambarkan sebagai seorang  pahlawan yang berjaya menaikkan nama Melaka bukan hanya di Melaka tetapi juga di negara-negara luar yang dikunjunginya. Kepahlawanan ini diperlihatkan juga oleh watak-watak lain seperti rakan-rakan Hang Tauh seperti Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan juga Hang Lekiu.Dalam teks Sejarah Melayu, mereka ini memperlihatkan kehebatan di Majapahit. Menerusi epik saduran pula epik Ramayana dan Mahabrata mempamerkan kehebatan watak-watak seperti Rama dan Arjuna.                                                                                                                                           [5]
iii.Persoalan tentang kesetiaan rakyat.
Persoalan ini turut memainkan peranan penting dalam penulisan teks sastera melayu lama. Kesetiaan rakyat atau bawahan terhadap raja atau pemerintah menjadi intipati dalam beberapa buah teks seperti Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.
Jika berlaku penderhakaan terhadap pemerintah, rakyat akan menerima padahnya. Dalam teks Sejarah Melayu,Hang Kasturi menerima akibat kerana menderhaka kepada Sultan Mansyur Syah. Sang Rajuna Tapa menjadi batu kerana menderhaka kepada Raja Iskandar Syah di Singapura.Hang Jebat pula menerima akibat buruk kesan daripada penderhakaannya dalam teks Hikayat Hang Tuah.
Kesetiaan rakyat amat jelas diperlihatkan dalam teks Sejarah Melayu seperti mana yang ditunjukkan oleh Bendahara Tun Mutahir dan juga Hang Tuah yang sanggup membunuh rakannya Hang Kasturi. Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat, walaupun Hang Jebat mahu membela kematiannya. Hang Tuah juga setia terhadap tugasnya seperti membawa balik Tun Teja ke Melaka dan mengambil kuda sultan yang jatuh ke dalam kumbahan.                                                                                                                                     [5]
Terdapat beberapa peranan kesusasteraan:
i. Berperanan sebagai penghibur
Dalam cerita penglipurlara, pembaca akan berasa terhibur dengan gelagat watak-watak. Di samping itu, unsur hiburan juga terdapat dalam cerita-cerita jenaka dan cerita binatang.          [2]
ii.Sebagai khazanah ilmu
Dalam sastera sejarah, pembaca akan mendapat pengetahuan tentang perkembangan kerajaan, sejarah hidup raja-raja, adat-istiadat, hubungan diplomatik dan sebagainya.Semua ini boleh dijadikan rujukan oleh pembaca.                                                                                                   [2]
iii.Menjadi sumber pengajaran
Pembaca dapat memetik pengajaran daripada karya-karya sastera tradisional seperti pentingnya bekerjasama, pentingnya menanam rasa setia terhadap  raja dan negara dan beberapa lagi.     [2]
iv.Menjadi contoh dan keunggulan
Keunggulan tokoh-tokoh dalam sastera melayu Tradisional boleh dijadikan ikutan atau panduan.Kepahlawanan yang diperlihatkan oleh pahlawan-pahlawan boleh dijadikan panduan kepada generasi baru.                                                                                                                    [2]
v.Alat kritikan dan protes sosial
Kesusasteraan adalah sebagai alat kritikan dan protes social .Contohnya dalam cerita pak kaduk dan Si Lebai Malang.Dalam cerita ini, raja atau pembesar dikritik habis-habisan kerana cuba memanipulasi rakyat biasa.                                                                                                           [2]
Contoh yang jelas ada dalam teks.
Soalan No:2:
(a)        Sheikh  Nurudin al-Raniri dilahirkan di Ranir Gujerat iaitu sebuah pelabuhan terkenal di India Selatan. Nama sebenarnya ialah Sheikh Nuruddin Ali Al-Raniri Sheikh Nuruddin berada di Mekah pada tahun 1621 dan apabila tamat pengajiannya di sana, beliau kembali ke Pahang yang menjadi naungan kerajaan Acheh pada waktu itu. Pada tahun 1636, beliau ke Acheh sewaktu Sultan Iskandar Muda mangkat.
Sumbangan beliau yang agak besar ialah sebagai penulis istana:
Atas perintah Sultan Iskandar Thani pada tahun 1638, Sheikh Nuruddin telah menulis kitab Bustanial Salatin ataupun Taman Segala Raja-raja. Beliau juga telah mempengaruhi Sultan Iskandar Thani sehingga semua kitab tulisan Hamzah Fansuri dan Syamsudin al-Sumatrani dibakar kerana beliau menentang fahaman tarikat wujudiah. Beliau juga mengarang kitab Asrar-al-Insan Fi-ma’arifat al-roh-war rahman pada tahun 1642 yang berkisar tentang perdebatannya tentang roh dan menegur Hamzah Fansuri.
Sebagai penulis ulama.
Apabila Sultan Iskandar Muda mangkat dan diganti dengan Sultan Iskandar Thani beliau menjawat  jawatan ulama istana pada tahun 1637. Beliau terlibat dalam bidang penulisan dan karya-karya beliau telah menitikberatkan soal keagamaan. Contohnya, kitab Akhbar al-Akhirah Fi-ahwal al-kammah yang memperkatakan tentang kejadian Nur Muhammad s.a.w, Adam,soal maut,syurga dan neraka.
                                                                                                                                        [15 markah]

(b)        Salah sebuah karya beliau yang penting ialah Bustanul-al-Salatin.Ia merupakan kitab sejarah atau ketatanegaraan. Kitab ini mempunyai tujuh bab. Bab pertama tentang asal kejadian langit dan bumi, Nur Muhammad, Luh Mahfuz, al –Qalam dan Sidrat al-Muntaha, al-Jin dan beberapa lagi.
            Bab kedua tentang nabi-nabi mulai Adam hinggalah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Bab ini juga mneceritakan tentang raja-raja pada zaman Sayyidina Omar, raja-raja Istanbul, sejarah raja-raja mesir, Rasulullah dan khalifah yang empat, sejarah bangsa arab dan beberapa lagi.
            Bab ketiga tentang raja-raja yang adil dan pembesar negeri yang arif serta bijaksana. Bab yang keempat berkenaan raj-raja yang suci, beriman serta bertakwa kepada Allah seperti Sultan Ibrahim ibni Adham dan Sultan Iskandar Dzulkarnain. Bab kelima pula berkenaan raja yang zalim dan pembesar-pembesar negeri yang bebal serta tidak taat setia kepada rajanya. Bab yang keenam berkenaan sifat orang-orang yang mulia dan pemurah serta pahlawan-pahlawan dalam peperangan Badar dan Uhud. Bab yang ketujuh iaitu yang akhir adalah tentang akal dan pelbagai jenis ilmu pengetahuan termasuklah ilmu firasat dan ubat-ubatan
                                                                                                                                        [10 markah]
Bahagian B:Karya Aging Sulalatus Salatin sejarah Melayu
Soalan No:3
(a)        i.          dilihatnya pada tempat raja beristirahat                                                                [2]
            ii.         lalu dia mempamerkan kepandaiannya                                                                [2]
            iii         tubuhnya terlantar di Lengkawi                                                                            [2]
(b)        Kepandaian yang ditunjukkan oleh Tuan Jana Khatib ialah beliau menilik batang pinang sehingga terbelah dua di depan istana Paduka Seri Maharaja.                                                     [3]
( c)       Empat perwatakan Paduka Seri Maharaja berdasarkan petikan
            i.Seorang yang mudah berasa irihati – baginda iri hati dengan tindakan Tuan Jana Khatib yang dianggap terlalu pandai sehingga mempersonakan permaisuri baginda.
            ii Seorang yang berprasangka buruk – Paduka Seri Maharaja beranggapan buruk terhadap Tuan Jana Khatib dan dengan mudah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Tuan Jana Khatib tanpa menyiasat terlebih dahulu tujuan sebenar tindakan Tuan Jana Khatib itu.
            iii.Mementingkan diri sendiri – Baginda melakukan sesuatu tindakan tanpa berfikir panjang. Baginda melakukan kezaliman dan tidak bertimbang rasa.
            iv.Mementingkan kedudukan – Baginda takut sekiranya para pembesar dan permaisuri tidak akan menyokong baginda kerana baginda tidak memiliki kelebihan seperti Tuan Jana Khatib.
                                                                                                                                        [16 markah]
Soalan No:4:
Tiga unsur muslihat dalam teks ini ialah:
i.          Peristiwa Raja Suran hendak menyerang China.
Kisah tentang Raja Suran hendak menyerang China diketahui oleh raja China.Oleh itu, Raja China telah memerintahkan agar Perdana Menterinya  melengkapkan sebuah kapal dengan jarum yang seni dan berkarat,pokok kesmak dan pokok-pokok lain yang sudah berbuah. Di samping itu, dihantar juga orang tua-tua yang sudah tanggal gigi mereka.
Tujuan  muslihat ini adalah untuk memperlihatkan kepada Raja Suran bahawa jarak antara Temasik dan negeri China sangat jauh. Raja Suran bertanyakan  mereka jarak dari Temasik ke China dan mereka menjelaskan bahawa jaraknya sangat jauh. Mereka mendakwa bahawa ketika mereka belayar, mereka masih muda,pokok yang sudah berbuah itu baru ditanam ketika awal perjalanan manakala jarum yang kecil itu sebenarnya sebesar lengan.Oleh itu, Raja Suran membatalkan hasratnya untuk menyerang negeri China.

ii.         Muslihat Tun Perak:
Siam telah menghantar angkatan perangnya untuk menguasai Melaka. Panglima perangnya ialah Awi Cakri . Sultan Muzaffar Syah telah menghimpunkan rakyatnya dari segenap rantau termasuk Kelang. Tun Perak datang ke Melaka dengan membawa anak isteri sekali untuk menaikkan semangat perjuangan. Muslihat yang dilakukan oleh Tun Perak ini berhasil dan angkatan Siam gagal menguasai Melaka.
Panglima kedua Siam, iaitu Awi Dicu mahu melancarkan serangan kali kedua. Kali ini Tun Perak membuat muslihat dengan meletakkan puntung-puntung api di pokok nyirih, tumu api-api dan bakau. Tujuannya adalah untuk menakutkan atau menunjukkan betapa ramainya angkatan Melaka untuk menentang Siam. Awi Dicu membatalkan hasratnya untuk menyerang Melaka dan Melaka terselamat daripada ancaman Siam.
iii.        Muslihat Tun Pepatih Putih
Orang-orang Melaka yang dipimpin oleh Tun Perpatih Putih pergi ke negeri China. Di sana, Tun Perpatih Putih berjaya melihat wajah Raja China dengan tipu helahnya.Menjadi adat di negeri China, raja mereka tidak boleh dilihat oleh sesiapa pun termasuk rakyat baginda sendiri.Baginda berada di atas, iaitu di dalam mongkor kaca. Sesiapa yang masuk ke istana, tidak dibenarkan mendongak.
Bagaimanapun Tun Perpatih Putih Berjaya melihat wajah raja China. Tun Perpatih menyatakan bahawa orang Melaka gemar memakan sayur kangkung yang tidak dikerat tetapi dibelah panjang.Semasa Tun Perpatih Putih dan pengikut-pengikutnya makan kangkung, mereka terpksa mendongak lalu dapatlah mereka menatap muka raja China. Motif tipu muslihat ini adalah untuk menunjukkan kebijaksanaan orang Melaka dan dapat menyesuaikan diri di tempat atau negara lain yang dikunjunginya.
                                                                                                                                                     [25]
Bahagian C: Prosa Melayu Tradisional
Soalan No 4:
(a)        Empat kesalahan:
i.Bertutur tidak sopan dan membuat angkara terhadap nakhoda
ii.Bermuafakat dengan segala orang dalam jong untuk membunuh nakhoda,tukang dan kiwi.
iii.Bersisip keris dipinggang tanpa sebab.
iv.Berkelakuan jahat dan membunuh orang


(b)       Dua persoalan:
i.          Ketegasan dalam melaksanakan peraturan
Peraturan yang dikenakan terutamanya ketika di dalam jong agak ketat.Contohnya terdapat kesalahan yang membawa kepada hukuman mati.                                                                      [3]
ii.         Kuasa dan pemimpin
Dalam sesebuah jong, nakhoda mempunyai kuasa untuk memastikan kepimpinannya berjalan  dengan lancar.                                                                                                                               [3]

( c)       Tiga mesej:
i. Kepentingan mematuhi peraturan yang ditetapkan:
Contohnya dengan adanya undang-undang Laut Melaka, keadaan di dalam jong dapat dikawal kerana masing-masing terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan.

ii.Kepentingan menghormati ketua
Nakhoda ialah ketua di dalam jong. Dengan adanya rasa hormat dalam kalangan anak-anak buahnya, nakhoda boleh menjalankan tugasnya dengan sempurna.
iii. Kepentingan berkelakuan baik dalam jong.
Apabila berada dalam sebuah jong, semua orang yang ada itu akan memainkan peranan mereka masing-maing. Mereka akan cuba untuk berkelakuan baik agar tidak mendapat hukuman, kerana bagi mereka melakukan kesalahan adalah menempah maut.                                                      [7]

Soalan No:6
Lima Persoalan:

i.Kejahilan yang melampau
Kejahilan Pak Pandir dalam cerita sangat melampau. Contohnya tidak tahu membezakan antara Pak Imam dengan kambing,pipit uban dengan Pak Bilal. Beliau juga tidak dapatt membezakan mayat anaknya sendiri dengan anak orang lain.(Huraikan dengan cerita yang terperinci)           [5]

ii.Penggunaan fikiran yang membuahkan hasil.
Pak pandir dapat menggunakan fikirannya sehingga mendapat sebidang tanah setelah bertaruh dengan seorang peladang.(ceritakan secara terperinci tentang dia bertaruh samada itu adalah kerak atau madu lebah)                                                                                                                [5]

iii.Kasih sayang
Kasih sayang yang diperlihatkan dalam sebuah keluarga iaitu keluarga Pak Pandir. Mereka berdua hidup dengan harmoni walaupun Pak Pandir banyak menunjukkan sikap negatif.

Iv Kesabaran menghadapi kebodohan orang lain.
Kesabaran in dapat kita lihat melalui watak Mak Andeh. Walaupun banyak kebodohan-kebodohan yang telah dilakukan oleh Pak Pandir, namun dia sentiasa sabar dalam menangani perkara tersebut( sebutkan beberapa contoh kebodohan Pak Pandir)                                         [5]

v. Sikap malas yang menyusahkan
Dalam cerita Pak Pandir kita lihat bagaimana pak Pandir begitu menyusahkan orang lain terutamanya Mak Andeh.Contohnya Pak Pandir menyusahkan Mak Andeh dengan menyuruhnya membuat apa saja kerja.Sedangkan Pak Pandir hanya duduk di rumah saja tanpa membuat sebarang pekerjaan. (sebutkan beberapa contoh yang mengaitkannya)                                     [5]

Soalan No:7:
(a)        Jenis puisi ialah Nazam                                                                                                    [1]
(b)        Empat teknik penulisan:                                                                                                [12]
i.Setiap rangkap mempunyai dua baris dan jumlahnya seimbang.Oleh hal yang demikian,nazam ini  berbentuk disthikon.
            ii.nazam ini mempunyai tujuh rangkap. Skema rima bagi setiap rangkap ialah aa
            iii.jumlah sukukata dalam baris adalah antara 12 hingga 13 sukukata.
            Contoh: Kita ini akan matilah sudahnya-12sukukata
                          Pada tuhan kita kembalilah sudhanya-13 sukukata.
            iv.jumlah perkataan dalam baris antara 5 hingga 6  perkataan.
            Contohnya: Puas hati tidak sesalkan dierimu-5 perkataan
                               Kalau sungguh kamu yakin akan mati-6 perkataan

(c )       Tiga mesej dalam puisi ini.
i.          Jangan menurut hawa nafsu:
            Kita tidak sepatutnya menurut hawa nafsu atau perasaan ketika bertindak. Umat islam
            yang yakin akan kematian sentiasa beramal dan tidak leka dengan perkara-perkara yang
            negatif.                                                                                                                            [4]
  ii.       Sentiasa ingat akan kematian:
            Umat islam perlu sentiasa ingat bahawa semua manusia akan mati dan ajal yang datang
            tidak dapat dihalang.                                                                                                       [4]
iii.        Beringat untuk membuat amalan yang baik.
            Umat islam digesa untuk sentiasa beringat untuk melakukan amalan yang baik agar      
            apabila kematian mendekati tiada penyesalan dalam diri mereka.                                 [4]
(Jumlah markah=12)
Soalan No 8:
(a)        Jenis puisi:seloka                                                                                                              [1]
(b)        Bentuk Repitasi                                                                                                                 [5]
            - Repitasi atau pengulangan anafora.
            Contohnya: Ada rumah tiada dijaga
       Ada anak tidak dilatih
       Ada ternakan tidak dibela
            -Repitasi atau pengulangan responsi.
Contohnya: Ada masa tiada kuasa
       Ada kuat tiada di buat
            -Repitasi atau pengulangan perkataan dalam baris
            Contoh: Biarkan biarkan……(Baris 11)
                          Sikap Si Luncai, biarkan,biarkan.. (Baris 1)



(c )       Watak dan Perwatakan Si Luncai                                                                                   [10]
            Si Luncai suka mengambil mudah terhadap sesuatu perkara.
            Si Luncai tidak menjaga rumahnya serta tidak melatih anaknya.
            Si Luncai  juga tidak mebela binatang ternakannya dengan baik.
            Si Luncai tidak menjaga kebun dengan baik.
            Si Luncai juga tidak menggunakan akal  ketika bertindak.
            Si Luncai juga tidak menggunakan ilmu yang ada padanya.
            Si Luncai seorang pemalas.
(d)       Empat  teknik penulisan:                                                                                                 [8]
            Terdiri daripada 12 baris
            Jumlah perkataan dalam baris antara dua perkataan hingga 6 perkataan dalam sebaris.
            Jumlah sukukatanya pula antara 6 hingga 13 suku kata sebaris.
            Rima akhirnya bebas iaitu abcbdefgbhab.
            

No comments:

Post a Comment