Wednesday 26 September 2012

soalan Percubaan1 STPM Kesusasteraan Melayu 1


Bahagian A: SEJARAH KESUSTERAAN MELAYU TRADISIONAL
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
1.         Hasil-hasil Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat menarik minat pembaca sejak dahulu sampai sekarang. Dengan memberikan contoh, jelaskan tiga persoalan yang sering diketengahkan dalam karya-karya Sastera Melayu Tradisional dan huraikan beberapa peranannya.                                                                                                                                     [25]

2.         Sheikh Nurudin al-Raniri merupakan salah seorang penulis yang menyumbang banyak jasa dalam dunia penulisan terutamanya di Acheh dan dunia Melayu.

(a)        Huraikan sedikit sebanyak tentang latar belakang dan sumbangan beliau.                    [15]
(b)        Namakan salah sebuah karya beliau yang penting dan jelaskan kandungannya.           [10]



















Bahagian B: KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU)
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
3.         Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
            Al kisah diceterakan orang yang empunya ceritera-alamat akan binasa begeri Singapura.maka ada seorang hamba Allah,orang pasai, turun dari atas anginke pasai tiga bersahabat, Tuan Jana Khatib namanya: memahirkan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas alam. Oleh itu pergi dia bersahabat ke Singapura, seorang lagi ke Samarlanga, yang seorang tuan itu di Bunguran. Maka suatu hari Tuan Jana Khatib berjalan di Pekan Singapura bertudung;maka ia lalu hampir pagar istana. Maka dipandangnya dipintu peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung oleh pohon  pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya pohon pinang itu belah dua.
            Setelah dilihat oleh Paduka Seri Maharaja perihal itu maka baginda pun  terlalu murka, titah baginda, “Lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib, diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya.”Maka disuruh baginda bunuh;Tun Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh,hampir ujung negeritempat orang membuat bikang; disanalah ia ditikam orang.Maka titk darahnya setitik, badannya pun ghaiblah.orang yang membunuhnya pun kembalilah, dipersembahkan kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah Tun jana khatib yang titik itu ditutupnya dengan tudung bikangnya. Dengan berkat darah wali Allah, perempuan itu menjadi kayalah  dari harga bikangnya: tutup bikangnya itupun bertukar menjadi batu, , ada sekarang di Singapura.Ada diceterakan orang , badan Tun Jana Khatib terlantar di lengkawi ditanam orang di sna. Inilah dibuat orang pantun:
Telor itik dari Singgora,
Pandan tersandar di batang lui,
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terhantar di Lengkawi.
(Dipetik daripada A.Samad Ahmad [peny],2003,
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu(Edisi pelajar),
Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka )

(a)        Jelaskan maksud rangkaikata yang berikut berdassarkan petikan ini.
            i.          dipandangnya di pintu peranginan raja itu                                                            [2]
            ii.         maka ia menunjukkan ilmunya                                                                             [2]
            iii.        badannya terhantar ke Lengkawi                                                                          [2]
(b)        Apakah kepandaian yang ditunjukkan oleh Tun jana Khatib                                           [3]
( c)       Berdasarkan petikan, huraikan empat perwatakan paduka Seri maharaja                      [16]

4.         Teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu banyak menggunakan unsur muslihat. Huraikan dengan memberikan tiga contoh peristiwa dan kesan muslihat itu.                                           [25]


Bahagian C: PROSA MELAYU TRADISIONAL
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
5. Baca petikan di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
            Bab ini peri mengatakan hukum di dalam pelayaran yang harus mati empat perkara. Pertama-tama jika ia berbuat angkara dan khianat akan nakhoda. Kedua , mesyuarat ia dengan isi jong itu akan membunuh nakhoda atau kiwi atau tukang atau malim,itupun harus dibunuh juga hukumnya. Ketiga,perkara jikalau dalam pelayaran itu segala orang yang di dalam jong itu tidak bersisip keris melainkan orang itu adalah suatu kehendaknya maka demikian lakunya. Syahdan maka diingatkan barang lakunya, jikalau salah pada penglihatan mata orang yang banyak, itu pun mati juga hukumnya, tetapi hendaklah dengan segera muafakat, supaya jangan kesukaran orang banyak di dalam jong itu.Demikianlah hukumnya.
(Dipetik daripada daripada Majlis peperiksaan Malaysia(peny), 2003,
Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(a)        Nyatakan empat kesalahan yang dijatuhkan hukuman dalam petikan di atas.                [12]
(b)        Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam Undang-Undang Laut Melaka.                 [6]
(c)        Nyatakan tiga mesej yang ingin disampaikan dalam Undang-Undang Laut Melaka.      [7]


6.         Huraikan lima persoalan dalam kejenakaan Pak Pandir seperti yang terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu Tradisional                                                                                           [25]













Bahagian D: PUISI MELAYU TRADISIONAL
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
7. Baca petikan puisi di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Kalau sungguh kamu yakin akan mati,
Jangan kamu lali pada nafsu hati.

Benar tidak bila ada amal kamu,
Puas hati tidak sesalkan dirimu.

Ingat-ingat hai saudara masa itu,5
Nyawa sampai batang leher baru tentu.

Kita ini akan matilah sudahnya,
Tidak tahu bila sampaikan ajalnya.

Pahit mati itu bukan macam jadam,
Bukan pula macam api boleh padam.10

Oleh itu marilah kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena.

Pada tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.

(Dipetik daripada daripada Majlis peperiksaan Malaysia(peny), 2003,
Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(a)        Nyatakan jenis puisi di atas                                                                                               [1]
(b)        Jelaskan empat teknik penulisan di atas.                                                                         [12]
(c )       Huraikan tiga mesej yang disampaikan oleh penulis dalam puisi.                                  [12]













8. Baca petikan puisi di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Sikap Si Luncai,biarkan,biarkan….
Ada rumah tiada dijaga
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tiada selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada masa tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan,biarkan …!
Si Luncai terjun dengan labu-labunya.




(Dipetik daripada daripada Majlis peperiksaan Malaysia(peny), 2003,
Mutiara Sastera Melayu Tradisional,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(a)        Nyatakan jenis puisi di atas.                                                                                              [1]
(b)        Jelaskan bentuk repitasi puisi tersebut                                                                              [5]
(c )       Huraikan watak dan perwatakan Si Luncai sebagaimana puisi di atas.                          [10]
(d)       Nyatakan empat teknik penulisan puisi di atas.                                                                [8]

No comments:

Post a Comment