Monday 1 July 2013

MULTIMEDIA Penggal 3 KMK


 MULTIMEDIA DALAM SASTERA

HASIL PEMBELAJARAN
 Pelajar seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep,fungsi dan ciri-ciri multimedia dalam sastera.
2. Menghuraikan kelebihan atau kepentingan bahan kesusasteraan yang dimultimediakan.
 


> Kewujudan teknologi maklumat kini menawarkan pelbagai pilihan kepada masyarakat.
> Kini tradisi penyebaran dan penghayatan sastera telah menerima dimensi baharu, iaitu karya 
    sastera boleh dihayati dalam bentuk multimedia.

>Multimedia sebagai medium atau perantara yang digunakan untuk menyebarkan karya
   sastera kepada masyarakat atau khalayak.
>Sastera dalam konteks ini dirujuk sebagai bahan yang akan digunakan untuk disebarkan melalui
    medium multimedia.

FUNGSI MULTIMEDIA DALAM SASTERA
·         Mempelbagai medium sastera
·         Memperjelas konsep yang abstrak
·         Penggunaan pelbagai indera
·         Kesan apresiasi lebih mendalam

CIRI-CIRI MULTIMEDIA DALAM SASTERA
·         Menimbulkan minat kepada pengguna
·         Mengekalkan minat kepada pengguna
·         Memberikan motivasi kepada pengguna
·         Menambahkan kefahaman  kepada pengguna
·         Merangsang kreativiti
·         Menceriakan persembahan
·         Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan

PRINSIP ASAS MULTIMEDIA
Ø  Teks
Ø  Grafik
Ø  Animasi
Ø  Audio-visual/video

TEKS
ü  Huruf, simbol, abjad, nombor, statistik.
ü  Pelbagai jenis tulisan dan fon.
ü  Penggunaan teks paling lazim digunakan.
ü  Lebih menarik sekiranya digabungkan dengan elemen-elemen multimedia yang lain.

GRAFIK
ü  Apa-apa sahaja yang berbentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D dan 3D
ü  Histogram mudah, plot graf, carta,  ilustrasi

ANIMASI
ü  Animasi adalah pergerakan bagi sesuatu objek.
ü  Animasi dalam aplikasi multimedia dapat menarik perhatian khalayak.
ü  Animasi sesuatu yang mustahil atau kompleks berlaku dalam kehidupan sebenar direalisasikan dalam aplikasi tersebut.



PERTIMBANGAN APLIKASI ANIMASI
ü  Kenal pasti tujuan penggunaan animasi dalam sesuatu persembahan.
ü  Kenal pasti animasi yang akan digunakan (animasi pada teks, grafik).
ü  Kenal pasti sasaran atau khalayak.
ü  Kenal pasti kesan penggunaan animasi  pada keseluruhan persembahan.

AUDIO
ü  Audio atau bunyi-bunyian.
ü  Cara yang berkesan untuk menarik perhatian pengguna.
ü  Kesan bunyi yang ringkas dapat menarik perhatian.

VIDEO
ü  Video merupakan cara berkesan bagi menyampaikan maklumat yang gagal ditangani oleh media lain. 
ü  Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaliran  maklumat.
ü  Kebanyakan video mampu membawa unsur menyerupai keadaan sebenar.

APLIKASI MEDIUM MULTIMEDIA
DALAM SASTERA
v  Penyediaan Papan Cerita
v  Konsep Papan Cerita
v  Tujuan Papan Cerita
v  Prosedur Penyediaan Papan Cerita

Catatan:
*      Persembahan  (input) + proses = hasil output
*      Pembinaan papan cerita

PAPAN CERITA
*      Papan Cerita (story board) adalah skrip yang memberikan panduan iaitu input dan maklumat dalam proses pemindahan dalam bentuk multimedia.
*      Papan cerita memperinci kandungan dan keperluan yang diperlukan dalam sesuatu proses pemindahan/ persembahan.
*      Papan cerita sebagai lakaran grafik, skrin paparan  yang dilihat oleh pengguna  bersama dengan maklumat audio (VO), video dan kesan interaktif pada setiap bingkai (frame).



TUJUAN PAPAN CERITA
*      Persediaan bahan
*      Penyediaan instrument multimedia
*      Penyediaan keperluan
*      Perbelanjaan

FORMAT PAPAN CERITA
*      Tidak bersifat rigid
*      Mempunyai maklumat yang dicadangkan sama ada huraian teks, grafik, animasi atau audio-visual.
*      Sesebuah lakaran papan cerita terdiri daripada  sejumlah bingkai.
*      Bingkai tersebut adalah penunjuk sesuatu rincian.

FORMAT 1: PENYEDIAAN PAPAN CERITA

FORMAT 2 : PENYEDIAAN PAPAN CERITA

    PROSEDUR PAPAN CERITA
v  Perancangan
v  Perbincangan
v  Pelaksanaan
v  Kenalpasti keperluan
v  Eleman multimedia

    LANGKAH PENYEDIAAN PROJEK MULTIMEDIA
o   Mengenal pasti  bahan yang akan dimultimediakan
o   Menyediakan papan cerita
o   Mengenal pasti elemen multimedia yang sesuai
o   Pembinaan/penghasilan
o   Pengeditan/pemurnian
o   Persembahan

APLIKASI ASAS MULTIMEDIA

CIRI-CIRI PENERAPAN ELEMEN MULTIMEDIA
Ø  Memberi kesan dan daya tarikan
Ø  Membantu memberikan kefahaman
Ø  Tidak menimbulkan sesuatu yang bercanggah atau bertentangan dengan sesuatu konsep
Ø  Mengambil kira elemen sosio-budaya dan sensitiviti

7 comments: