Wednesday 18 April 2012

BUATMU IBU


Ibu….
engkau adalah segalanya bagi diriku,
tanpa engkau,siapakah diriku di dunia ini
kasih sayangmu tak pernah pudar
di hati ini.

Ibu….
Tika diri ini memerlukanmu,
kau sentiasa berada di sisiku
Dikala suka dan duka
menjadi penghibur hati yang lara.

Ibu…
kasih sayang umpama cahaya dalam hidupku
penyinar bagi jalan kehidupan
doamu sentiasa mengiringiku
walaupun engkau tak pernah mengenal apa itu ilmu

Ibu…
engkau adalah penguat semangatku
untuk mencapai kejayaan
demi masa depan yang cerah
kasih dan sayangmu membuatku bahagia.

Hasil karya,
Ramnoh Asai
6 Atas Cambridge 2012

KASIH SAYANG DAN PENGORBANAN AYAH


Ayah
Engkau sumber ilhamku
kasih sayangmu tidak pernah berbelah bagi buat diriku
aku disini tetap mengenang akan jasa dan pengorbananmu ayah

Ayah
saatku dilahirkan di dunia ini
engkau sentiasa membelai rambutku
dan mendampingi setiap langkahku
tanpa engkau ayah, hidupku tidak bermakna
di dunia penuh masalah dan cabaran ini.

Ayah
aku berdoa kepada Tuhan
supaya engkau sentiasa diberkati
dan dipanjangkan umur
kerana engkaulah ayahku dari dulunya,
pengorbananmu tidak pernah berubah
sehingga sekarang,ayah….

Ayah
aku bersyukur kepada Tuhan
kerana mempunyai ayah seperti engkau
kerana tahun demi tahun kasih pengorbananmu
tetap terpahat dalam hatiku, ayah,
aku hanya berdoa kepada Tuhan
untuk membalas kesemuanya ayah.


Hasil Karya
Julius Muris
6 Atas Cambridge 2012

SUMBER KEKUATANKU


Apabila hujan lebat membasahi tubuhku
Dan kegagalan itu sukar diharungi
Saat itu engkau yang selalu setia merawatku

Ibu
Apabila badai ombak meragut harapanku
Dan aku sesat tanpa arah
Saat itu engkau yang membuka jalan bagiku

Ibu
Apabila duniaku penuh dengan kegalapan
Dan tiada cahaya yang bias memecahkan keheningan
Saat itu engkau penerang hidupku

Ibu
Walau terkadang aku mengingkari perintahmu
Aku amat mengagumi kesabaranmu
membesarkan aku dengan penuh kasih sayang

Ibu
Selagi tubuh ini bernafas
Selagi mata ini melihat
Engkaulah sumber kekuatanku.

Hasil Karya
Jenny Elzira Jainip
6 Atas Cambridge 2012

ERTI IBU


Ibu…
Ingin ku bayar segala
kesusahanmu,
kepayahanmu,
keperitanmu,
tiap titisan air mata
yang mengalir kerana anakmu…

Ibu…
Tabahnya hatimu dalam mendidikku,
menjagaku, membelaiku
dengan penuh kasih sayang
dan kesedaran.

Kini aku kejauhan,
keseorangan berjuang
tanpa hadirmu menemani diri
hanya doa dan nasihatmu
menjadi peneman hidup,
pengubat rindu,
penyemarak semangat,
kaulah ibu yang tercinta.

Hasil Karya
Adrine Angkusoi
6 Atas Cambridge 2012

Monday 16 April 2012

MAMAKU SAYANG


Mama tanpamu, siapa aku
mama yang ku sayangi
ku doakan kebahagianmu
mama melangkapi hidupku ini

Menatap wajahmu
inginku terus menatapnya
bila berjauhan ku berlari mendakapmu
ku bersyukur atas Kurnia-NYA

Kebahagiaanmu kebahagiaanku
kesedihanmu kesadihanku
kejayaanku kejayaanmu
kemarahanmu kemarahanku

Tanganmu itu yang menyuapku
wajahmu itu jadi tatapanku
mulut itu penasihatku
oh! mama heroinku….

Hasil Karya
Salizawatty Ranis
6 Atas Cambridge 2012