Tuesday 30 October 2012

KEPADA PELAJAR 6 RENDAH CAMBRIDGE

sila baca nota2 yg cg post dlam blog ini. sesuai untuk  ulangkaji bagi persediaan menghadapi xm. smoga anda mendapat banyak manfaat drpda nota2 tersebut. smoga berjaya.

Mitos Secekak Kertas Tisu


Mitos Secekak Kertas Tisu

Sinopsis

Wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai yang tinggi, kita sangat bergembira untuk memiliki pelbagai barangan dan keperluan. Apabila nilai wang jatuh, manusia menjadi keluh kesah dan porak peranda. Lebih-lebih lagi apabila nilai wang jatuh yang menyebabkan harga barangan terlalu mahal. Wang yang banyak tidak mampu memiliki sejumlah barangan yang banyak dan tinggi nilainya. Manusia boleh hilang pegangan akibat mempunyai  masalah kewangan. Sejarah wang telah bermula sejak sekian lama. Terdapat banyak pendapat tentang asal usul wang. Daripada tamaddun awal manusia hinggalah  berlakunya revolusi perindustrian. Malah sebelum itu, matawang asalnya diperbuat daripada emas dan perak yang kemudiannya wujud dalam bentuk kertas yang diberi nilai. Manusia perlu sedar supaya mengelakkan diri daripada menjadi hamba kepada wang. Razeki kita bukan tertakluk kepada nilai wang semata-mata. Teguhkan iman dan yakinlah bahawa Allah yang memberi rezeki untuk kita.
                                                                                                                  (Terbitan Dewan Sastera 1998)

Cuba fahamkan tajuk cerpen. Maksud mitos itu satu kepercayaan yang dipercayai benar. Apa yang masyarakat percaya itu selalu dikaitkan dengan unsur luar biasa dan unsur suci. Namun dalam kes wang kertas secekak itu mungkin tiada yang jelas unsur sucinya. Tetapi ia memberi impak luarbiasa. Jika kita fahami naik dan turunnya nilai matawang dalam ekonomi kita akan cepat faham bagaimana masyarakat dunia termasuk negara kita bimbang bila nilai matawang jatuh. Wang yang banyak hanya boleh mendapat barang dan perkhidmatan yang sedikit bila nilainya jatuh. So matawang itu jadi satu dogma dan menakutkan ramai orang jika jatuh nilainya. Mereka takut tak cukup makan, pakaian dan tempat tinggal. Hal ini dikaitkan dengan beberapa ayat dalam cerpen yang menggambarkan secekak kertas tisu itu adalah wang yang sudah tiada nilai. Asalnya nilainya macam emas malah kadang lebih tinggi daripada itu. Bila sudah tiada nilai maka ia macam sehelai kertas tisu yang gunanya hanya untuk lap kekotoran. Seluruh cerpen ini berkait dengan kebimbangan masyarakat terhadap kejatuhnnya melalui penceritaan watak "dia". Lalu bagi yang beragama Islam sepatutnya percaya bahawa rezeki manusia bukan semestinya sumber wang. Ada lagi lain cara untuk dapat rezeki. Contoh bercucuk tanam, nelayan dan lain-lain kerana yang dikatakan rezeki itu ialah apa yang kita dapat makan dan masuk dalam mulut kita. Itu sebab dalam cerpen tersebut ada menyebut burung-burung masih bebas terbang mencari rezeki tanpa risau tentang kejatuhan "dia" secekak kertas yang jatuh nilai menjadi seperti tisu yang murah harganya.


Beberapa soalan di kalangan pelajar tentang maksud perkataan
1. "Dia" bermaksud kertas tisu yang seharga emas (matawang). Lihat hlm 137.
2. "Aku" mewakili diri sendiri selaku penduduk negara ini.
3. Ayah dan ibu bolah bermaksud pemimpin negara termasuk Perdana Menteri yang sering bercakap tentang isu-isu dan masalah negara.
4. "Mengetuk pintu rumahku?" hlm 131 bermaksud masalah telah datang ke negara kita.
5. "Ambulan" boleh bermaksud aktiviti menyelamat. Dalam konteks isu kejatuhan nilai matawang dan menyelamatkan ekonomi negara ialah langkah menambat nilai matawang kepada suatu nilai (contoh : RM3.80 untuk 1 dollar Amerika)


Senario isu kewangan semasa pada tahun 1998.

Malaysia pernah mengalami Krisis Kewangan pada akhir abad ke-20 iaitu pada tahun 1997 dan 1998. Krisis ini turut dialami beberapa negara serantau di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Kejatuhan nilai Baht di Thailand dikatakan sebagai pencetus utama kepada permasalahan ini. Masalah ini turut menghilangkan keyakinan para pelabur di beberapa negara Asia Tenggara seterusnya mengakibatkan pelabur-pelabur asing di negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina melarikan diri. Malaysia yang turut tidak ketinggalan merasai kesan kehilangan keyakinan para pelabur asing dapat menanganinya dengan pelbagai campur tangan kerajaan. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai Malaysia semasa mengalami krisis kewangan ini.

Kesan daripada krisis ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang membabitkan negara Malaysia, maka Bank Negara telah melaksanakan satu dasar tambatan nilai matawang demi menyelamatkan negara kita daripada terus menghadapi kejatuhan nilai ringgit. Berikut adalah cerpen yang ditulis dalam tahun berkenaan (1998), dan perlu difahami berdasarkan senario krisis matawang tersebut.



Cuba fahami petikan di bawah:

         Kata ayah, dia itu adalah seberkas kertas tisu, asalnya pengelap keringat atau pencuci najis yang terletak di tandas, kemudian melayang-layang ke seluruh dunia dengan penghargaan dan penilaian yang luar biasa melebihi emas tulen, Angin perkembangan dunia menyebabkan dia itu berada di sini. Dia jatuh di sini.
             "Berapakah umur dia yang jatuh itu?
      Kata orang di sudah wujud dalam zaman tamadun Sumeria dan tamadun lemah Sindhu, 4000-3000 tahun Sebelum Masihi.
                                                                                           (Halaman 128, Permata Sastera Melayu MPM)


Ulasan:

"Dia" bermaksud helaian kertas yang asalnnya bernilai rendah. Apabila dia diberi nilai, maka nilainya telah meningkat melebihi nilai emas. Oleh itu adalah tidak menjadi mustahil bahawa suatu masa, nilai yang tinggi itu akan jatuh pula termasuk di negara ini.


Juga baca di bawah:

            "Dia jatuh! "
            "Dia jatuh!"
            Seluruh pekan kecil ini menjadi histeria. Puluhan, ratusan, ribuan, erkejar ke tempat dia jatuh.
           "Tentu dia luka parah." kata seorang
           "Tentu dia luka parah, Tentu!"
           "Memang dia luka parah. Panggil ambulan!"
          Demikianlah kegemparan sepekan kecil itu pada pagi kejadian. Juga beberapa hari kemudian. Atau berbulan-bulan kemudian. Atau bertahun-tahun kemudian.
          Kata orang, dia menghilang apabila ambulans tiba.


                                                                                (Halaman 131, Permata Sastera Melayu MPM)


Ulasan:
Istilah ambulan bagi petikan di atas boleh dikaitkan dengan aktiviti menyelamat. Apabila nilai matawang jatuh maka aktiviti menyelamat pada waktu itu adalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak Bank Negara iaitu menambat nilai ringgit pada satu nilai tertentu. Langkah tersebut telah menyelamatkan negara daripada menghadapi kejatuhan nilai matawang berterusan. Perkara tersebut digambarkan pada ayat Kata orang, dia menghilang apabila ambulans tiba.
                                                                                   


Baca pula petikan berikut:

"Ya Tuhan. Perteguhkan imanku. Biarlah aku tidak terjejas oleh kejatuhan kertas tisu seharga emas itu. Ikan mencari makan tanpa mempedulikan dia yang jatuh. Selama ini pun Engkau, ya Allah, yang memberi rezeki, bukan dia. Perteguhkan imanku. Kaulah yang memberi rezeki itu. Bukan dia." 
                                                                                       (Halaman137, Permata Sastera Melayu MPM)

Ulasan:
Gambaran petikan diatas mengukuhkan pendapat yang mengatakan dia adalah "wang" dan nilainya yang asalnya kertas biasa dan kemudian diberi nilai oleh manusia.




Maksud Mitos:
Mitos merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan. Ia selalunya satu dogma yang dianggap suci dan mempunyai konotasi upacara
                                                                                                                                                         ( Sumber wikipedia)
Mitos juga bermaksud cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-­unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan
                                                                                                (sumber dewan bahasa dan pustaka)
Ulasan:
Berdasarkan kepada dapatan di atas, maka kepercayaan masyarakat terhadap sejenis kertas yang dianggap bernilai oleh dianggap satu mitos. Mitos yang kononnya secekak kertas itu boleh membuatkan seseorang itu bahgia atau sengsara. Semacam ada satu pengaruh luar biasa dan dipercayai benar oleh sebilangan orang ramai kepada nilai wang. Cuma dalam konteks maksud mitos cerpen ini, ia tidak wujud unsur-unsur suci pada pandangan agama secara nyata.



Tema


Bertemakan tentang masalah ekonomi semasa iaitu kejatuhan nilai mata wang. Manusia di dunia termasuk di negara kita menjadi resah dan tidak menentu kerana nilai wang. Bagi mereka, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan kehidupan dan ramai cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Seolah-olah manusia telah menjadi hamba kepada wang dan manusia lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah. Manusia lupa untuk berikhtiar mencari sumber lain bagi mendapatkan barangan dan keperluan harian sebagaimana yang telah dilakukan oleh seekor burung ketika mencari rezeki (hlm 137).




Pemikiran

1. Krisis matawang yang melanda telah menyebabkan rakyat gelisah.
Mitos dikaitkan dengan kepercayaan. Sesuatu yang dipercayai benar. Ramai orang percaya kononnya sehelai kertas itu mempunyai nilai dan ramai percaya tanpa helaian kertas itu, kita akan sengsara. Malah ada yang menjadi leka kerananya. Jika helaian kertas itu semakin jatuh nilainya sehingga akhirnya tidak bernilai, maka ia tidak ubah umpama nilai secekak kertas tisu sahaja. Tisu akan dibuang di tempat longgokan sampah apabila tidak diguanakan lagi. Harga tisu amat murah, kerana itu ia mudah dibuang. Bayangkan jika dahulu kita mampu membeli 100 biji kuih dengan RM10 sebaliknya kini kita hanya mampu memiliki 25 biji kuih sahaja dengan wang yang sama.

2. Nilai matawang bukan penentu kebahagiaan hidup
Ramai orang menjadi resah kerana kejatuhan nilai matawang. Namun penentu kebahagiaan hidup bukan ditentukan oleh nilai wang semata-mata. Masih banyak faktor penentu lain yang mampu membuatkan seseorang itu bahagia.

3. Jangan menjadi hamba wang.
Ramai orang percaya bahawa kejatuhan matawang akan menyebabkan kesusahan dan hilang banyak rezeki. Mereka telah berusaha siang malam semata-mata untuk mengumpulkan duit yang banyak. Semoga dengan duit yang banyak akan menyelamatkan diri mereka daripada kemiskinan dan papa.


4. Yakin dengan kekuasaan Allah yang memberi rezeki kepada manusia.
Sebenarnya pemberi rezeki kita adalah Allah swt. Keyakinan kepada perkara yang lain selain Allah akan menjejaskan keimanan kita. Mempunyai wang sememangnya penting, namun kita tidak boleh meyakini bahawa mempunyai wang maka kita mempunyai banyak rezeki. Pengarang mengambil contoh burung-burung yang terbang tetap memperolehi rezeki tanpa menghiraukan kejatuhan nilai wang (secekak kertas tisu).




Bincangkan watak "dia" dalam cerpen mitos secekak kertas tisu.

1. Dia telah ditafsirkan dengan pelbagai maksud.
2. Dia adalah kertas tisu.
3. Dia asalnya mempunyai nilai yang rendah
4. Dia telah diberi nilai yang tinggi.
5. Dia kemudianya telah jatuh nilai.
6. Dia kini sudah menghilang.
7. Dia telah membuat manusia resah gelisah.
8. Dia mempunyai sejarah yang panjang.

Hikayat Hang Tuah Bab XIX


Hikayat Hang Tuah Bab XIX
Utusan ke Benua Keling

Kisna Rayan (raja benua Keling) menyambut surat daripada Sultan Melaka (Sang Maniaka). Hang Tuah selaku utusan raja telah sampai di negeri Bijaya Nagaram. Latar tempat negeri berkenaan sangat indah dan unik. Surat raja Melaka sangat dimuliakan kerana raja Melaka keturunan melayu. Surat sultan pun dibaca dan Kisna Rayan pun bertanya tentang utusan raja yang bernama Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah yang berkebolehan dalam bahasa Nagaram telah menjawab dengan baik. Hang tuah pernah belajar bahasa keling ketika berada di majapahit dengan seorang lebai.  Semua orang kagum dengan kebolehan Hang Tuah. Hang Tuah telah mendapat layanan yang sangat istimewa daripada raja benua Keling itu. Hang Tuah telah dijamu dan dijadikan anak angkat. Kemudian Hang Tuah telah diminta mengubati permaisuri raja yang mandul supaya mendapat anak. Hasrat itu telah di tunaikan oleh Hang tuah dengan membuat ubat yang rupanya seperti "madat". Seterusnya beliau dicabar untuk menaiki kuda teji dan beliau telah berjaya menunggang kuda tersebut.

Sikap dan watak Hang Tuah sangat memikat hati Kisna Rayan dan berhajat ingin menjadikan Hang Tuah sebagai hulubalangnya.Ketika Nala Sang Guna ingin menjamu sultan, didapati kayu untuk memasak tiada kerana Kisna Rayan menghalang rakyatnya menjual kayu. Hang Tuah telah menyelesaikan maslah tersebut dengan mencadangkan agar kain dijadikan bahan api.

Kemudian Hang Tuah menunjukkan kebolehannya yang luarbiasa. Beliau telah menunjukkan kepada raja keling kemampuannya menanam benih pokok yang cepat membesar dan berbuah, masak dan boleh dimakan oleh raja keling itu. Selepas baginda makan buah masak itu, pokok kayu itu pun ghaib.

Seterusnya Hang Tuah telah dititahkan ke benua China oleh Kisna Rayan. Setelah dua bulan perjalanan, Hang Tuah pun sampai dan berlabuh di tempat Feringgi berlabuh. Wujud sedikit pertelingkahan antara utusan benua keling dengan Feringgi. Hang Tuah dan utusan lain disambut dan surat di arak. Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah apabila berjaya membuat muslihat untuk melihat raja China yang duduk di dalam mulut naga emas bersisik.

Maksud perkataan:


1. Madat
1. candu yg belum dimasak; minum ~ 2. segala jenis dadah (spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb) yg disalahgunakan oleh penagihnya;

 1. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan sesuatu yg tidak sopan (kurang baik dll);pemadat orang yg biasa (ketagih) menghisap madat: orang yg ~ itu semuanya kurus kering.

 Bahan yang mengandungi kandungan kimia yang mengkhayalkan dan merosakkan kesihatan yang menjadi barang dagang di antara China dan orang-orang Eropah di zaman dinasti Manchu.

 2. Ceteria
sl anak raja-raja, kesateria: maka duduklah segala orang kaya-kaya, dan segala ~, sida-sida, bentara hulubalang, masing-masing pd martabatnya.



Hang Tuah sebagai tokoh epik dalam Hikayat Hang Tuah

1. Mempunyai kebolehan berbahasa. Beliau pandai bertutur dalam bahasa Nagaram (hlm 52). Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap menggunakan bahasa Nagaram. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada seorang lebai. Kemampuan beliau ini adalah salah satu ciri penting seorang tokoh epik iaitu bijak menguasai ilmu berbahasa di dunia

2. Mampu mengubati permaisuri raja yang mandul atau tidak mampu meahirkan anak. Tindakan beliau ini adalah di atas permintaan raja melalui Nala Sang guna. Hang Tuah telah membuat satu ubat yang rupanya seperti madat. Setelah siap, ubat berkenaan telah diserahkan kepada Nala Sang Guna untuk diserahkan kepada raja. Kebolehan mengubati permaisuri raja benua Keling ini telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai kebolehan yang istimewa.

3. Tangkas menunggang kuda. Hang Tuah telah diminta supaya menunggang kuda teji. Kuda teji adalah salah seekor kuda Kisna Rayan yang sukar dikendalikan. Setelah Hang Tuah belajar menunggang kuda, beliau telah berjaya memacu kuda tersebut dengan selamat iaitu dengan cara tunduk dan melindungkan kepalanya dibalik telinga kuda tersebut. Kebolehan ini adalah salah satu bukti keperwiraan beliau ketika berada di benua Keling.

4. Mampu menyelesaikan masalah dengan kebolehan akal fikirannya. Apabila hendak memasak untuk jamuan diraja, terdapat masalah ketiadaan kayu untuk memasak. Hang Tuah telah berjaya menyelesaikan masalah ketiadaan kayu dengan menjadikan kain sebagai bahan api. Kebijaksanaan Hang Tuah ini adalah salah satu bukti beliau layak digelar wira.

5. Mempunyai kebolehan yang luar biasa. Hang Tuah telah menunjukkan sesuatu pertunjukan yang dianggap permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu ditanam terus tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah masak. Beliau telah memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya, dengan segera pohon itupun ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa ini merupakan satu lagi bukti bahawa beliau layak digelar wira epik.

6. Mampu memperdaya dan melihat Maharaja China. Ketika rombongan Hang Tuah ke negeri China hendak dijamu makan, beliau telah menyatakan bahawa orang Keling  makan sayur, daun kayu dan buah kayu. Sayur yang hendak dimakan itu pula tidak dikerat dan dibiarkan panjang-panjang. Ketika makan, Hang Tuah telah mendongakkan kepala ketika makan sayur kangkung yang tidak dikerat itu. Pada masa itulah beliau dapat melihat Raja China yang duduk dalam mulut naga emas bersisik. Tatkala Laksamana memandang ke atas, HangTuah hendak dipenggal oleh hulubalang Raja China. Namun Raja China telah menghalang tindakan rakyatnya kerana Hang Tuah sebenarnya telah bertindak bijaksana.

Taj Us Salatin


Taj Us Salatin
Ringkasan Maksud Isi Teks

a) Syarat yang Harus Dipelihara oleh Segala Raja

Syarat pertama raja hendaklah adil. Iaitu merasakan dirinya seperti kedudukan pengadu masalah.

Syarat kedua. Raja hendaklah sedia menerima aduan rakyatnya dengan sifat terbuka dan mengalu-alukan kedatangan rakyat.

Syarat ketiga. Raja hendaklah beriman dan jangan mengikut nafsu.

Syarat keempat. Raja hendaklah menghukum dengan sabar, lemah lembut dan menghindarkan rasa kebencian terhadap pelaku. Rujuk kisah Raja Ma'mun.

Syarat kelima. Raja hendaklah menghukum demi mendapat keredaan Allah. Menghukum dengan kebenaran (hak).

Syarat keenam. Raja hendaklah ingat bahawa segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika raja berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.

Syarat ketujuh. Raja hendaklah menghormati golongan bijak pandai (orang berilmu). Perlu bersikap merendah diri dan tidak berbangga dengan kedudukannya sebagai sultan. Sesungguhnya ilmu orang bijak pandai (pendeta) itu lebih mulia daripada kedudukan seorang raja.

Syarat kelapan. Raja hendaklah menghindarkan diri daripada sikap takbur.

Syarat kesembilan. Hendaklah segera bertindak menyiasat aduan rakyat dan menyegerakan hukuman demi menjaga kebajikan rakyat. Jika raja berdiam diri terhadap sebarang aduan rakyat, ia akan menyebabkan rakyat rasa teraniaya.

Syarat kesepuluh. Raja hendaklah bijaksana dan berhati-hati terhadap rakyat yang mengadu hal kepadanya.


b) Syarat yang Harus Dipelihara oleh Menteri.

Syarat pertama. Menteri hendaklah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Syarat kedua. Menteri hendaklah berterima kasih kerana pemberian raja dan anugerhnya.

Syarat ketiga. Menteri hendaklah berbelanja dengan kebenaran raja. Perbelanjaan hendaklah mengikut keperluan dan tidak membazir.

Syarat keempat. Menteri hendakalah mencari sumber harta bagi raja.

Syarat kelima. Menteri hendaklah menyediakan segala keperluan raja, pakaian dan kenderaan raja.

Syarat keenam. Menteri hendaklah mengingatkan raja supaya jangan melanggar hukum syarak.

Syarat ketujuh. Menteri hendaklah menegur kesilapan raja jika melanggar hukum syarak.

Syarat kelapan. Menteri jangan sombong (maghrur) kerana pangkatnya. Jangan mengasari rakyat.

Syarat kesembilan. Menteri hendaklah mencari harta untuk dirinya sekadar memenuhi keperluan dirinya sahaja dan jangan berlebih-lebihan.

Syarat kesepuluh.Menteri hendaklah mencari maklumat tentang keselamatan negara melalui maklumat rakyat jelata.


c) Syarat yang Harus dipelihara oleh Pegawai.

Syarat pertama. Pegawai hendaklah mendahulukan perintah Allah dan menyedari bahawa raja juga makhluk Allah.

Syarat kedua. Pegawai hendaklah menghargai pemberian raja dan memuliakan rajanya.

Syarat ketiga. Pegawai hendaklah menunjukkan perkara yang baik di depan raja dan menyembunyikan apa-apa perkara yang sukar tentang dirinya.(Baca kisah dalam teks)

Syarat keempat. Pegawai harus mengutamakan tugasnya berbanding mendapat keredaan sultan.( Baca kisah dalam teks.)

Syarat kelima. Pegawai hendaklah lebih takut (taqwa) kepada Allah berbanding rajanya.

Syarat keenam. Pegawai hendaklah menyempurnakan segala pekerjaan dunia raja namun jangan lupa dengan pekerjaan akhirat dirinya.

Syarat ketujuh. Pegawai hendaklah jangan bersubahat dengan raja untuk menaniaya rakyat, kerana dirinya akan mendapat balasan yang sama di akhirat kelak.

Syarat kelapan. Pegawai jangan memuji orang lain yang tidak di kenalinya di hadapan raja.

Syarat kesembilan. Pegawai hendaklah menunjukkan kepada raja dahulu akan segala milik kesukaannya.

Syarat kesepuluh. Pegawai hendaklah menjaga tutur kata dan tingkah laku dan seluruh anggotanya apabila
berhadapan dengan rajanya.

Hikayat Nabi Wafat


Hikayat Nabi Wafat

Sinopsis
Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikul Maut atas arahan Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang dikasihi. Beliau telah berpesan kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat takdir serta berjanji akan bertemu semula di hari akhirat kelak. Kemudian Rasulullah pun pergi ke masjid untuk solat Jumaat yang terakhir. Baginda telah membaca khutbah dan mengimamkan solat. Setelah itu Rasulullah pun membuat pengumuman kepada sidang jumaat yang ingin menyelesaikan perkara-perkara tertentu termasuk hutang sebelum beliau wafat supaya tidak menjadi beban di hari akhirat kelak. Ada seorang sahabat bernama Akasyah, ingin menuntut hutang kerana telah terpukul oleh cemeti Rasulullah ketika perang. Akasyah ingin membalas balik ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama tersebut. Para sahabat dan ahli keluarga baginda bersedih namun Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya. Rasulullah diminta membuka baju supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan cemeti. Sebaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus mencium perut (pusat) baginda kerana niat beliau bukan untuk memukul baginda tetapi ingin melihat kelebihan yang ada pada badan baginda yang bercahaya. Setelah peristiwa tersebut, baginda telah mengumumkan pengganti imam di masjid ialah Saidina Abu Bakar. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali. Setelah sampai waktunya, Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam di luar rumah baginda. Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikahbarkan bahawa segala bidadari dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium kepala  Fatimah, nabi pun wafat.

Hikayat Pelanduk Jenaka


Hikayat Pelanduk Jenaka
Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa)

Sinopsis

Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat binatang yang tinggal di hutan. Kemudian msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai  Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang raksasa yang menjadi penunggu tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman raksasa tersebut. Malah Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa.

Kemudaian masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke tampat Raksasa. Pelanduk Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk telah mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak. Apabila Raksasa datang, Pelanduk pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan Raksasa terguling ke tanah. Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut. Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di sungai Tinam.

Mengenalpasti jenis dan ciri-ciri prosa tradisional.

Hikayat Pelanduk Jenaka adalah sebahagian daripada cerita binatang. Cerita binatang adalah sebahagian daripada cerita rakyat. Cerita rakyat pula adalah sebahagian daripada sastera rakyat (juga dikenali sebagai sastera lisan).

Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman.Cerita rakyat juga sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.prosa.

Cerita binatang biasanya menceritakan sebuah masyarakat binatang yang tinggal di dalam hutan. Golongan binatang ini boleh bertutur seperti watak manusia. Terdapat watak binatang yang unggul dan menjadi hero di kalangan mereka sementara binatang yang lain adalah watak kecil yang sentiasa mengharapkan bantuan. Binatang yang unggul itu biasanya dikaitkan dengan Sang Kancil dan Pelanduk. Sang Kancil atau Pelanduk digambarkan sebagai binatang cerdik yang mampu mengatasi sebarang masalah masyarakat binatang. Pada masa yang sama, terdapat pula ancaman daripada golongan yang dianggap sangat kuat dan berkuasa. Biasanya golongan yang mengancam keharmonian masyarakat binatang adalah seperti harimau, buaya, gergasi dan raksasa. Golongan yang dianggap kuat dan mengancam keselamatan ini akan ditewaskan oleh binatang kecil yang lebih cerdik akalnya.

Sesuai dengan genre sastera rakyat (sastera lisan), maka penceritaan tentang kisah binatang akan lebih menarik sekiranya ia disertakan dengan intonasi suara binatang yang berbeza ketika cerita berkenaan disampaikan. Khalayak yang biasa mendengar cerita binatang pula biasanya adalah golongan kanak-kanak. Penyampai cerita pula tidak semestinya golongan profesional seperti penglipurlara. Ia mungkin hanya disampaikan oleh golongan penyampai biasa secara turun temurun melalui orang-orang tua di kampung.

Pemikiran

Kehidupan masyarakat rimba yang sedang menghadapi masalah seperti manusia biasa. Kegiatan mencari rezki meraka telah terhalang lantaran adanya ancaman raksasa. Mereka telah berusaha menyelesaikan masalah tersebut namun usaha mereka gagal. Akhirnnya mereka terpaksa memohon pertolongan daripada golongan bijak pandai dan pakar strategi. Pelanduk Jenaka merupakan pihak yang menjadi penyelamat atau penyelesai masalah.

Pengajaran

- Perlu berwaspada
- Perlu berusaha menyelesaikan masalah
-Jangan takbur
-Jangan menipu
-Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
-Gunakan akal sebaiknya ketika bertindak.
-Perlu bijak merancang strategi (kaedah penyelesaian masalah).


Persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka.

1. Terdapat golongan manusia yang bersikap takbur atau bercakap besar. Sang Beruang sangat takbur dan mengatakan bahawa dirinya mampu mengalahkan raksasa dengan mudah. Hakikatnya Sang Beruang tidak berkemampuan untuk mengalahkan raksasa secara fizikal. Akhirnya beliau tewas dan mengaku kalah.

2. Sebahagian daripada manusia bersikap tidak jujur kepada diri sendiri dan rakan. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan sikap badak yang telah mengalami kecederaan. Badak menyatakan bahawa kecederaan yang telah berlaku ke atasnya adalah disebabkan berlawan dengan raksasa. Hal tersebut sebenarnya tidak berlaku sama sekali.

3. Manusia kadangkala bertindak dengan cara yang salah. Mereka tidak menggunakan kelebihan akal yang ada pada diri mereka. Sebaliknya mereka hanya menggunakan kekuatan fizikal semata-mata. Akibat tidak bertindak dengan betul, manusia akan mengalami kegagalan dalam usaha mereka mengatasi masalah kehidupan. Malah ada di antara mereka bertindak terburu-butru. Masyarakat binatang dalam cerita ini diselubungi rasa takut yang melampau. Apabila berjumpa raksasa, mereka segera melarikan diri tanpa erfikir pajang. Akibatnya mereka mengalami kecederaan dan kesukaran.

4. Manusia perlu berkerjasama sesama ahli masyarakat. Muafakat yang diamalkan oleh masyarakat binatang dalam cerita ini begitu baik. Mereka cuba memberikan peranan kepada setiap anggota masyarakat yang ada.  Malah Pelanduk juga bijak mengarahkan rakan-rakan mereka supaya melaksanakan tugasan masing-masing ketika hendak memerangkap raksasa.

6 Rendah cambridge


Melankoli di Atas Rumput - Fatimah Busu
Halaman 138-159
Sinopsis

Penulis menggunakan perkataan aku seolah-olah mewakili dirinya. Gambaran "Aku" mungkin sedang berada di atas sebuah tanah perkuburan atau di atas padang datar yang dipenuhi dengan padang rumput. Penulis sedang mengenang dan membayangkan keadaan ibunya di dalam liang lahad. Ibunya sedang tidur aman dan mengharapkan supaya roh ibunya dalam keadaan selamat dan mengharapkan balasan syurga Allah. Lalu disertakan beberapa maksud ayat al-Quran yang menjanjikan balasan baik bagi orang mukmin yang taat kepada Allah serta sanggup berkorban demi anak-anaknya. Sebagai seorang perempuan, beliau telah melalui semua proses kehidupan daripada waktu lahir sehinggalah dewasa membesar seperti orang lain. Melah beliau telah bersekolah sehingga peringkat universiti, bekerja sebagai pensyarah dan kini sudah bersara. Penulis juga memikirkan untung nasibnya sesudah mati. Beliau sering berdoa sebelum waktu beradu seandainya kematian menjelang tiba pada waktu tidurnya. Seterusnya penulis mengucapkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usia sekalipun sudah bersara dan menjadi orang biasa-biasa sahaja tanpa darjat, gelaran dan harta yang banyak. Penulis sudah sedia untuk hidup sendirian dan ditinggalkan anak-anak. Beliau juga merasakan dunia kehidupan yang lalu umpama longgokan sampah sarap.

Pada waktu malam beliau tersedar dari tidur dan seolah-olah sedang berada di satu dunia asing dan terasa semacam beliau sudah mati. Namun apabila diamat-amati, beliau tidak mati tetapi sedang berada di kawasan tanah datar yang dipenuhi dengan rumput-rumput. Di hadapannya ada lautan dan persekitarannya ada tanah tinggi yang juga dipenuhi dengan rumput. Penulis melakukan ibadat daripada tengah malam, subuh, duha hinggalah ke petang. Beliau terus berzikir sambil mengimbau kenangan lalu. Lalu terbayang lukisan alam dihadapannya dan terdapat lautan yang dipenuhi warna merah darah. Terbayang korban umat Islam seluruh dunia di Palastin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thailand. Cerpen ini diakhiri dengan waktu latar waktu senja dan gambaran umat Islam bebas daripada pertumpahan darah dan mencapai kedamaian.


Maksud perkataan

Melankoli bermaksud keadaan murung, sedih dan hiba.

Analisis Karya

Cerpen ini amat istimewa kerana menggunakan teknik imbas muka dan imaginasi pengarang. Berdasarkan pengetahuan penulis, beliau cuba membayangkan keadaan kematian dan hidup selepas mati. Penulis memikirkan untung nasib diri dan manusia yang lain apabila tamatnya kehidupan di dunia. Imaginasi penulis dibayangkan melalui beberapa maklumat ilmu agama beliau terutama daripada sumber al-Quran dan Hadis nabi.

Imaginasi pengarang sangat tinggi dan dipetik dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Kematian bagi penulis diumpamakan seperti orang yang sedang tidur. Roh manusia keluar dan berlegar-legar. Di bayangkan tentang kesusahan berada di alam kubur yang gelap, sempit dan terhimpit. Roh pula melayang-layang dan dapat melihat seluruh peristiwa dalam dunia. Terbayang kisah hidup sejak kecil, membesar, dewasa dan tua. Terbayang godaan-godaan syaitan yang sentiasa memusuhi manusia. Keseluruhan cerita diimaginasikan oleh pengarang sedemikian rupa untuk mengajak pembaca sedar tentang hakikat diri sendiri dan merasakan situasi yang diceritakan.

Bahasa yang digunakan pula amat halus dan indah. Cerpen bermula dengan catatan seolah-olah rintihan seseorang yang sudah berada di alam lain. Penulisan diselangi dengan sumber-sumber ilmu termasuk kitab al-Quran dan Hadis. Malah penulis menyelitkan puisi seperti pantun dan bahasa puitis termasuk tulisan Chairil Anwar. Terdapat juga sumber-sumber daripada kitab muktabar seperti kitab Riadus Salihin dan kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman.

Keseluruhan penceritaan cerpen ini banyak menggunakan kaedah pemerian. Pengarang seolah menjadi pencerita secara naratif dalam keseluruhan peristiwa yang beliau olah. Pengarang mengolah cerita secara terus seolah-olah dia serba tahu. Oleh itu cerpen ini kurang menggunakan teknik dialog. Penulis hanya menggunakan teknik dialogt ketika membuat imbas kembali kisah hidupnya membeli katil di Jalan Kerawang Indonesia.

Cerpen ini juga tidak menggunakan perwatakan yang banyak. Keseluruhan cerita hanya mengisahkan tentang "aku" yang merujuk kepada diri penulis. "Aku" telah digambarkan telah melalui pelbagai proses kehidupan dan pelbagai kisah hidup yang mungkin beliau hadapi. Seolah-olah "aku" sedang berada di satu daerah yang asing dan beliau cuba menggambarkan pengalamannya berada di daerah tersebut. Segala pengalaman yang beliau lalui dikaitkan pula dengan pengajaran hidup serta menjelaskan iktibar yang boleh diambil daripadanya.



Cerpen ini lebih mementingkan mesej yang ingin disampaikan. Aspek-aspek seperti plot dan perwatakkan tidak terlalu dipentingkan. Apa yang penting bagi pengarang adalah sejauhmana pembaca dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita berkenaan. Banyak pengajaran agama yang cuba disampaikan kepada khalayak. Walaupun tidak ada plot yang menarik, namun rasa ingin tahun pembaca dibina oleh pengarang sejak mula cerpen ini ditulis. Pembaca akan senti

Pembaca tertanya-tanya tentang latar penceritaan yang terdapat di dalamnya. Penulis tidak menyebut latar tempat yang khusus. Cerita berkenaan hanya berkaitan dengan imaginasi pengarang semata-mata. Seolah-olah cerita pengarang tidak berpijak di bumi nyata.



Tema

Cerpen ini bertemakan keagamaan. Menggambarkan kehidupan selepas mati. Sebelum kematian datang, manusia perlu membuat persediaan yang rapi. Manusia mempunyai pilihan samada memilih jalan syurga atau jalan ke neraka. Amalan baik dan ibadat kepada pencipta adalah perlu seperti solat dan rukun Islam yang lain. Malah penulis mengajak manusia supaya bersedekah dan mengamalkan cara hidup Rasulullah.Penulis sedar asal usul dirinya. Tidak ada yang istimewa tentang dirinya kerana dia adalah manusia biasa.Lalu penulis membayangkan kehidupan selepas mati. Rohnya sedang berada di suatu daerah asing yang tidak diketahuinya. Lalu beliau tertidur lena.

Persoalan

- Sentiasa mengingati dan mendoakan ibu bapa.
- Perlunya bersedia menghadapi kematian.
- Yakin tentang siksa di Padang Mahsyar.
- Menyedari asal usul diri sendiri.
- Menyedari masalah yang menimpa manusia di seluruh dunia.
- Insaf akan kesusahan orang lain- Kisah anak perempuan kecil dan miskin mencari sisa-sisa makanan di kuburan.


Perwatakan "Aku"

Latarbelakang "Aku" dalam cerpen ini menunjukkan bahawa beliau seorang perempuan yang hidup bersendirian. Beliau telah melalui liku-liku kehidupan sejak kedil sehingga dewasa. Beliau pernah berkahwin dan mempunyai anak. "Aku" adalah seorang bekas pensyarah dan telah bersara. "Aku" digambarkan begitu taat kepada perintah Allah. Seorang yang kuat beribadat seperti sembahyang malam dan sentiasa memikirkan masalah umat manusia di seluruh dunia terutamanya umat Islam.

6 Rendah cambridge 2012. Drama Asiah Samiah.


Petikan  tulisan Ku Seman Ku Hussain bertajuk "Naskhah pemikiran Johan" bertarikh 8/7/12.



............ naskhah Asiah Samiah adalah karya terbaru yang dihasilkan tahun 2000 dan ditulis di ladang pisangnya di Sungai Lembing dan Gambang, Pahang. Ini adalah pasca pergolakan politik antara Perdana Menteri Dr. Mahathir dengan Timbalannya, Anwar Ibrahim. Johan tersepit di tengah-tengah dan mengambil keputusan "membuangkan" diri dari gelanggang politik dan menjadi penanam pisang. Semasa rehat di celah-celah pokok pisang itulah Johan menulis Asiah Samiah.

Tetapi secara peribadi Asiah Samiah tidak boleh menandingi Kotaku Oh Kotaku atau Angin Kering. Barangkali ini disebabkan banyak faktor yang mempengaruhi Johan ketika menghasilkan Asiah Samiah. Daripada seorang aktivis teater, Johan mengepalai media arus perdana kemudian tersepit dalam politik yang sebenarnya bukan bidang beliau. Johan telah terkeluar dari milieu gelandangan 1970-an.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sastera/20120708/sa_04/Naskhah-pemikiran-Johan#ixzz2Amb4Xq7N
© Utusan Melayu (M) Bhd


Latar

Tempat = Mana mana
Waktu = Bila-bila

Babak 1
Kisah Asiah Samiah tua dengan Marga tua selama 15 tahun. Marga tua menganggap Asiah Samiah setengah gila dan beliau tidak sanggup untuk melayani karenah Asiah Samiah.. Marga tua membenci Asiah Samiah tetapi pada masa yang sama mengiktiraf dirinya yang bijak dan bersimpati dengan dirinya.


Babak 2
Asiah Samiah masih muda (anak dara). Tuan Setiawan Tanjung mencari anaknya Asiah Samiah. Beliau bertengkar dengan tukang kebunnya Sari Saribiru. Kemudian diikuti dengan bicara Marga tua tentang Asiah samiah pada masa muda remaja. Gambaran Asiah Samiah masa muda dilihat sendiri oleh Asiah Samiah pada masa tua.

Babak 3
Marga tua berbicara tentang kisah silam termasuklah tentang Misa Sagaraga yang sudah berjaya dalam hidup. Misa Sagaraga seorang yang kaya raya begitu aktif menjual saham syarikat-syarikat besar. Jualan sahamnya meliputi pelbagai syarikat. Selayaknya dia menjadi kaya kerana tindakannya dalam jual beli saham. Aktiviti jual beli sahamnya ada yang berpunca daripada sumber yang haram.

Diikuti pula nasihat Siti Bunirah Pak Leh kepada Asiah Samiah selaku anak dara supaya menjaga diri baik-baik.

Babak 4
Marga Muda : Seorang penganggur yang dahulunya bekerja dengan penuh setia kepada majikannya selama 20 tahun.

Marga Muda berbicara dengan Anas Samanda tentang isu rumah dan tanah ibu bapa Anas Samanda yang ingin dirampas untuk dibina kondominium oleh seseorang yang dianggap lintah darat. Tanah yang diduduki sekian lama itu masih dianggap tanah haram dan akan dimiliki oleh orang yang datang kemudian.

Marga Muda meminta Anas Samanda akur dengan permintaan pemaju namun Anas Samanda enggan. Marga Muda menceritakan kisah hidup bapanya yang telah dianggap penjenayah kerana memperjuangkan tanah tempat tinggalnya. Bapanya dipenjara manakala keluarganya hidup sengsara. Jiran sebelah rumah yang menikmati hidup senang lantaran perjuangan bapanya pula tidak membantu keluarganya.

Babak 5
Perbualan antara Asiah Samiah Muda dengan Sari Saribiru. Asiah Samiah mohon pertolongan kepada Sari tetapi beliau tidak mahu memberikan pertolongan. Misa Sagaraga lebih berpengaruh untuk memiliki Asiah Samiah berbanding Anas Samanda. Misa Sagaraga mempunyai kuasa wang dan harta sedangkan Anas Samanda miskin tidak berharta.


Babak 6

Puan Suari Alimin          : Ibu Asiah Samiah
Tuan Setiawan Tanjung : Bapa Asiah Samiah.

Misa Sagaraga bagaikan dewa pemberi kurnia. Apa sahaja permintaan orang kampung dapat ditunaikan olehnya. Misa Sigaraga mampu mengurniakan jalan, cakruk, peluang kerja, lesen kontraktor dan lain-lain lagi.

Puan Suari Alimin, ibu kepada Asiah Samiah begitu bangga dengan bakal menantunya. Ibu dan bapa Asiah berharap anaknya dapat menerima Misa Sagaraga sebagai suami. Asiah Samiah membantah dan menyatakan bahawa kebahagian bukan ditentukan oleh kemewahan harta tetapi hati dan perasaan. Asiah Samiah sentiasa menunggu kepulangan dan pertolongan Anas Samanda bagai orang gila.

Babak 7

Marga Tua berbicara tentang pengalaman hidup dan menjadi saksi kepada masalah manusia di persekitaran hidupnya. Masalah itu adalah masalah Anas Samanda, Asiah Samiah dan Misa Sagaraga. Kisah Asiah Samiah yang enggan berkahwin dengan Misa Sagaraga. Kehidupan Asiah menjadi suram dan tidak menentu. Pada masa yang sama Marga Tua mengkagumi Misa Sagaraga yang bernasib baik menjadi orang kaya. Gaya hidup Misa Sagaraga sangat mewah dan cuba menjadikan Asiah Samiah yang hidup ala kampung menjadi seorang yang moden dan menggunakan fesyen terkini. Asiah Samiah merintih dan mengenng kisah hidupnya yang malang kerana dijodohkan dengan Misa Sagaraga. Kisah Asiah Samiah terpaksa meninggikan suara membantah cadangan ibubapanya yang mahukan dirinya berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya. Asiah sentiasa terkenang kekasihnya Anas Samanda yang telah pergi meninggalkan Asiah tanpa khabar berita.

Babak 8

Sari Saribiru, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak saling berdialog antara satu sama lain tentang hak ke atas hasil usaha mereka. Semuanya telah dirampas dan menjadi milik Misa Sagaraga. Bagi Asiah Samiah pula mengalami nasib yang lebih menyakitkan. Dirinya telah dimiliki secara paksa oleh Misa Sagaraga tanpa kasihan belas. Lalu lahirlah zuriat daripada hubungannya dengan Misa Sagaraga yang bernama Laila Anurisah yang beliau benci.


Babak 9

Laila Anurisah lahir tetapi ditinggalkan oleh ibunya. Ibunya, Asiah Samiah menjadi tidak siuman dan Misa Sagaraga juga membenci anak kecil itu. Laila telah diusir dan Marga telah mengambil dan memelihara anak itu.

Anas Samanda yang lama menghilangkan diri tiba-tiba muncul dengan semangat perjuangannya yang ingin menegakkan ketidakadilan. Perjuangan beliau adalah melampaui tentangannya keatas Misa Sagaraga iaitu memerangi sistem, nilai dan minda. Bagi Anas, masalah Asiah dan Laila Anurisa adalah masalah kecil. Perjuangannya lebih besar daripada itu. Marga tidak mampu mempertahankan Laila, akhirnya Laila Anurisah disiksa dan hilang entah kemana dan.

Babak 10
Anas Samanda telah mati dalam perjuangan kerana dihukum mati. Marga pula terpenjara kerana hadir dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh Anas Samanda. Walaupun beliau hadir untuk menunjukkan Laila Anurisah kepada Anas namun beliau dianggap bersimpati dan menyokong perjuangan Anas Samanda. Setelah keluar dari penjara, Marga terpaksa pula mendengar rintih pilu cerita Asiah Samiah. Drama ini diakhiri dengan kemunculan semula anak Asiah Samiah iaitu Laila Anurisa yang sudah remaja. Laila yang disangkakan sudah mati di tangan ayahnya (Misa Sigaraga), sebenarnya masih hidup kerana diselamatkan oleh Pak Leh dan Siti Bunirah. Laila telah diselamatkan dan dibawa lari ke luar negara. Laila telah bertemu Marga tua dan mengucapkan terima kasih kepada Marga kerana telah menjaga dirinya ketika kecil. Asiah Samiah pula dikhabarkan sudah meninggal dunia.



Analisis karya.

Watak

1. Asiah Samiah
Seorang yang cantik. Anak kepada Tuan Setiawan Tanjung dan  Puan Suari Alimin . Perempuan yang kecewa kerana cintanya terhalang. Cintanya hanya kepada Anas Samanda, namun cintanya tidak kesampaian. Berkahwin dengan Misa Sagaraga kerana menunaikan permintaan ibubapanya. Asiah Samiah tidak mencintai Misa Sagaraga. Mempunyai anak bernama Laila Anurisah namun tidak mampu membesarkan anaknya lantaran menghadapi masalah mental.

2. Anas Samanda
Seorang yang dicintai oleh Asiah Samiah, namun beliau lebih cenderung memperjuangkan hak diri dan keluarga. Pernah ditangkap dan dipenjarakan. Akhirnya beliau mati dibunuh.

3. Marga
Seorang yang sudah tua dan sedang mengingat kisah lampau kehidupannya. Menjaga Asiah Samiah ketika kecil.

4. Misa Sagaraga.
Seorang yang kaya raya. Berkahwin dengan Asiah Samiah dan mendapat seorang anak bernama Laila Anurisah. Anaknya diabaikan dan dijaga oleh Marga. Manakala Asiah Samiah lari daripada cengkaman Misa Sagaraga. Digambarkan sebagai seorang yang zalim dan menindas. Cuba memiliki harta sebanyak mungkin yang boleh. Aktif membeli saham-saham mewah dan menguasai syarikat besar. Malah dia cuba merampas hak orang lain dengan kuasa yang ada atas nama pembangunan. Mempunyai kuasa besar keatas penduduk negara. Kekayaan telah menyebabkan Misa Sagaraga lupa diri. Beliau menganggap bakal isterinya (Asiah Samiah) seorang yang kolot dan perlu diubah penampilannya. Beliau sangat mementingkan barang-barang berjenama dari luar negeri kerana beliau mampu memilikinya




Teknik Penulisan Drama

Drama ini mengunakan banyak teknik imbas kembali. Maksud imbas kembali ialah menurut kamus dewan ialah : bahagian cerita filem, novel, dsb yg memperlihatkan semula peristiwa-peristiwa yg terdahulu: beliau menggunakan teknik ~, igauan, dan mimpi-mimpi ngeri; mengimbas kembali membayangkan sesuatu atau melihat kembali dlm fikiran: dia ~ detik perkenalannya dgn suaminya sekarang.



 Drama ini dimulakan dengan watak Marga yang sudah tua sedang mengingat kisah lampau yang pahit tentang  kehidupan Asiah Samiah. Pada babak dua diamarkan kisah kehidupan Asiah ketika muda yang hidup senang bersama keluarganya. Tuan Setiawan Tanjung dan isterinya Puan Suari Alimin mempunyai orang gaji bagi menjaga Asiah. Kehidupan Asiah sentiasa dipantau melalui orang gajinya.


Pemikiran Drama

1. Darjat dan pangkat
Tuan Setiawan Tanjung hanya melihat Misa Sagaraga sebagai bakal jodoh Asiah Samiah. Orang kaya hanya boleh berkahwin dengan golongan yang setaraf dengan mereka.

2. Kahwin Paksa.
Asiah Samiah dijodohkan dengan Misa Sagaraga secara paksa. Lalu anak yang telah beliau lahirkan tidak diasuh dengan sempurna lantaran dirinya menghadapi masalah mental.

3. Penindasan golongan yang dianggap berkuasa.
Misa Sagaraga merampas harta milik Anas Samanda.

4. Manusia berkuasa kerana harta dan kedudukan.
Misa Sagaraga berjaya memiliki harta secara paksa. Dirinya dipandang orang kerana harta.

5. Cinta sejati.
Asiah sangat mencintai Anas Samanda walaupun telah dipenjarakan.

6. Manusia yang lupa tanggungjawab.
Misa Sagaraga lupa tanggungjawab terhadap anaknya Laila Anurisa. Membiarkan anaknya dipelihara orang lain.

7. Konflik jiwa manusia.
Asiah Samiah mengalami konflik jiwa kerana dirinya dijodohkan dengan orang yang tidak dicintainya. Marga pula terpaksa menghadapi gelagat manusia yang pelbagai ragam.

6 R Cambridge 2012.


Soalan Peperiksaan Percubaan KMK Semester 1( 2012)

922/1                                                                                                                           STPM




SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING
34600 KAMUNTING.



KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KERTAS 1

(DUA JAM)


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN PERCUBAAN TAHUN 2012


Arahan kepada calon :


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA  ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.


Jawab tiga soalan sahaja : satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, dan C.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda [    ]






Kertas soalan ini 5 halaman bercetak
© Disediakan oleh  : Zulkiflee Bin Abd. Manaf
SOALAN PENGUKUHAN KMK 2012












  

Bahagian A : Puisi
[ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja.

1.   Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pisang emas dibawa belayar,
                Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
                Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
                Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
                Budi yang baik dikenang juga.

Tenang-tenang air dilaut
                Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
                Budi yang baik rasa nak junjung.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a)    Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi tersebut ?[7]
(b)   Huraikan empat nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? [12]
(c)    Bincangkan tiga peranan puisi tersebut kepada masyarakat? [6]


2.      Baca sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

 PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
                        (karya Baha Zain)
i
Aku terbangun pada waktu tengah malam
membuka jendela melihat seluas alam
pernahkah engkau terbangun seperti ini
Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.

Lihatlah gelap pekat di mana-mana
nampakkah engkau di sana ada pelita?
Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang
tidak pekat hitam, tetapi remang-remang.



ii
Sepi malam melindungi engkau dari bisikan
orang
kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan
putuskanlah ke mana matamu memandang
pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan?
masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu
dan akal budi
atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu.

Kita sering melihat cahaya benderang
jauh ke depan
meskipun berdiri dalam gelap pekat atas
tanah perkuburan
di situ kita injak keamanan dengan mencerca
keganasan
kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah
kita malaikat
agama jadi alasan, jadi boneka permainan

kita benci perang, kita cinta kedamaian
jadi slogan perjuangan
kita yaringkan suara supaya orang tidak
mendengar:
mendengar bisikan hati nuraninya sendiri,
syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti
keamanan
‘Engkau harus kuasai mereka dengan harga
setinggi mana pun
atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian
sebuah kota yang telah menjadi perebutan’.

iii
Perang akan memusnahkan kubu, bangunan,
muzium, galeri dan universiti
perang telah mengoyakkan halaman-halaman
sejarah
perang akan mencipta sejarah baru
di halaman-halaman yang baru
sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar
yang dahulu.

Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas
keagungan pemimpin lama
jadi tirani apabila mencium bau wang
pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium
bau keuntungan?
Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian
yang merumahkan kemanusiaan.

Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan
untuk semua bangsa yang membenci
persengketaan.
Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah
dipermainkan?
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a)    Nyatakan tema dan huraikan ciri-ciri sajak di atas?                            [4]
(b)   Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut?         [12]
(c)    Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak tersebut?                                                                      [9]






Bahagian B : Prosa Tradisional
[ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja.

3.      Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas.             [5]
(b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang terdapat dalam petikan di atas menjadi kenyataan?                                                [10]
(c) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”? [10]

4.      Bincangkan lima syarat yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam “Taj Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]





Bahagian C : Prosa Moden
[ 25 markah ]

Jawab satu soalan sahaja.

5. Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

“Oh ibu…oh bapa…
+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”
- “Jangan tinggalkan sembayang…”
+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur terang-benderang?”
- “Bacalah Al-Quran malam dan siang…”
+ Bagaimana hendak hidup selesa di sana?”
- “Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a)    Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas?                  [4]
(b)   Berdasarkan cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan oleh pengarang?                                    [12]
(c)    Bincangkan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu?                                               [9]












6. Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri.
MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?
ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan!
MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka?
ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama!
MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak harta!
ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di atas.              [9]
(b) Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah.                                 [16]




-          SOALAN TAMAT –



































  

http://img1.blogblog.com/img/icon18_email.gif
Skema Jawapan. KMK Percubaan STPM 2012.

1.   Baca puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Pisang emas dibawa belayar,
                Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
                Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
                Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
                Budi yang baik dikenang juga.

Tenang-tenang air dilaut
                Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
                Budi yang baik rasa nak junjung.

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a)    Nyatakan jenis puisi di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi tersebut ?[7]
(b)   Huraikan empat nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? [12]
(c)    Bincangkan tiga peranan puisi tersebut kepada masyarakat? [6]

(a)    Jenis puisi ialah pantun  [1]
Tiga cirri puisi : -
i.                    Mempunyai tiga rangkap, satu rangkap mempunyai empat baris.
ii.                  Setiap rangkap mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud.
iii.                Rima akhirnya a,b,a,b. a,b,ab. a,b,a,b.
*sertakan contoh. Cirri-ciri yang lain boleh diterima. [6]

(b)   Empat nilai kemasyarakatan.
                                            i.            Masyarakat yang berpegang pada janji.
                                          ii.            Masyarakat yang sentiasa mengenang budi / jasa .
                                        iii.            Masyarakat yang menyanjung kebaikan yang dilakukan oleh seseorang.
                                        iv.            Masyarakat yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik.
                                          v.            Masyarakat yang hidup tolong-menolong antara satu sama lain.
*sertakan contoh puisi bagi setiap fakta. Nilai yang ada kaitan dengan puisi boleh diterima.                                                                                  [12]
    
(c)    Tiga peranan puisi.
                                i.            Sebagai pengajaran / mendidik masyarakat.
                              ii.            Mengingatkan manusia/masyarakat supaya menepati janji.
                            iii.            Mendidik masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang positif/baik.
*peranan yang besesuaian dengan puisi boleh diterima. Sertakan contoh puisi.        [6]
PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
                        (karya Baha Zain)


(a)    Nyatakan tema dan huraikan ciri-ciri sajak di atas?                            [4]
(b)   Jelaskan empat persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut?         [12]
(c)    Dengan mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa yang memperlihatkan nilai estetik sajak tersebut?                                                                      [9]


(a)    Bertemakan tentang Keamanan dan kedamaian
Penyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta menghapuskan nilai-nilai kemanusiaan dan akhirnya
akan meninggalkan kesan sejarah yang sukar untuk dilupakan.         [2]

Ciri-ciri sajak – jumlah rangkap, jumlah baris dalam satu rangkap, rima akhir, dll.
*sekurang-kurangnya satu cirri berserta contoh sajak.                                    [2]

(b)   Empat persoalan.
                                i.            Persoalan tentang harapan dalam kehidupan
Biarpun terpaksa berdepan dengan kesusahan dalam kehidupan tetapi masih ada harapan yang diberikan tuhan.

                              ii.            Persoalan tentang peperangan memusnahkan harta benda
Peperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta benda yang turut memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara.

                            iii.            Persoalan tentang keamanan
Konflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang tidak menyenangkan lalu suara kedamaian akan dilaungkan bagi menyedarkan tentang keamanan.

                            iv.            Persoalan tentang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi
Sering agama dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu kerana agama menolak keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat baik

                              v.            Persoalan tentang gangguan tidur
Tidur penyajak terganggu oleh mimpi-mimpi ngeri dan teringat seseorang hingga menyebabkan tidurnya tersedar.
  *persoalan yang besesuaian boleh diterima. Sertakan contoh sajak sekurang-surangnya tiga baris sajak bagi setiap fakta.                                         [12]

(c)    Tiga unsur gaya bahasa. [9]
                                i.            Ansonasi – perulangan bunyi huruf vokal (a,e,i,o,dan u)
                              ii.            Aliterasi – perulangan bunyi huruf konsonan selain daripada (a,e,i,o,dan u)
                            iii.            Anapora – perulangan perkataan/kata diawal baris/ayat.
*unsur gaya bahasa yang lain boleh diterima. Sertakan contoh sajak.
3.      Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas.             [5]
(b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang terdapat dalam petikan di atas menjadi kenyataan?                                                [10]
(c) Huraikan lima nilai kemanusiaan yang terdapat dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”? [10]



(a)    Lima amanat. [5]
i.        Kita mestilah hidup bermuafakat
ii.      Janganlah kita menganiaya orang lain
iii.    Janganlah kita saling dengki mendeki dengan orang lain
iv.    Janganlah membuat fitnah
v.      Janganlah kita menipu

(b)   Firasat Tuan Syeikh Alam Di Rimba – akan datang bala dan huru-hara. [10]
i.        Sesuatu perkara yang dirancang tidak akan berjaya tanpa muafakat
ii.      Berlaku penindasan terhadap orang yang lemah
iii.    Sukar untuk mencapai kemajuan apabila ada sifat dengki
iv.    Berlaku perpecahan dan bunuh membunuh antara satu sama lain kerana fitnah
v.      Rosaknya perhubungan persahabatan apabila berlaku penipuan.

*peristiwa yang lain boleh diterima, sekiranya ada kaitan dengan teks.

(c)    Lima nilai kemanusiaan. [10]
i.        Masyarakat yang hidup bersatu padu.
ii.      Masyarakat yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan bantuan.
iii.    Masyarakat yang sering menyokong perkerjaan yang baik.
iv.    Masyarakat yang mempunyai pemimpin yang bertanggung jawab.
v.      Pemimpin atau golongan pemerintah yang jujur/amanah/dan bijak.
*nilai kemanusiaan yang berkaitan teks boleh diterima.



4.      Bincangkan lima syarat yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam “Taj Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]

i.                    Pemerintah mestilah adil.
ii.                  Pemerintah yang bertanggungjawab
iii.                Pemerintah yang jujur dan amanah
iv.                Pemerintah mestilah bijaksana dalam menyelesaikan sesautu masalah
v.                  Menjalankan pemerintahan berpandukan kitab Al-Quran.
*sebarang syarat yang berkaitan dengan teks boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh peristiwa.


5.      Baca petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
“Oh ibu…oh bapa…
+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”
- “Jangan tinggalkan sembayang…”
+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur terang-benderang?”
- “Bacalah Al-Quran malam dan siang…”
+ Bagaimana hendak hidup selesa di sana?”
- “Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang Allah larang.”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a)    Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas?                  [4]
(b)   Berdasarkan cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan oleh pengarang?                                    [12]
(c)    Bincangkan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah Busu?                                               [9]


(a)    Dua nilai murni. [4]
i.        Tidak meninggalkan solat/sembahayang.
ii.      Sentiasa membaca Al-Quran
iii.    Sentiasa mengerjakan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah.
*sertakan huraian dan contoh daripada petikan.

(b)   Empat persoalan. [12]
i.        Pentingnya menjaga solat
ii.      Keistemewaan/kebaikan membaca Al-Quran
iii.    Pentingnya mematuhi ajaran agama Islam.
iv.    Meninggalkan perkara-perkara yang ditegah/larang oleh Allah.
v.      Balasan kepada orang yang ingkar.
*persoalan lain yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima. Sertakan hurai dan contoh.


(c)    Teknik penceritaan. [9]
i.        Teknik Imbas Kembali
ii.      Teknik Dialog
iii.    Teknik Monolog
iv.    Teknik mimpi
*sebarang teknik penceritaan yang berkaitan dengan cerpen boleh diterima, sertakan hurain dan contoh.

6. Baca petikan drama di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri.
MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini? Dengan air liur?
ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan!
MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka?
ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama!
MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada ikan bilis yang mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak harta!
ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)

(a) Huraikan tiga unsur moral yang terdapat dalam petikan di atas.              [9]
(b) Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah.                                 [16]

(a)    Tiga Unsur Moral. [9]
i.        Kita mestilah berkeyakinan tinggi.
ii.      Kita mestilah berani menghadapi cabaran
iii.    Mempunyai semangat yang kental.
iv.    Kekuatan keimanan yang tinggi

*unsur moral yang lain boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai.

(b)   Persoalan dalam drama Asiah Samiah. [16]
i.        Keberanian – masyarakat yang berani menghadapi cabaran hidup demi kebenaran.
ii.      Keimanan – masyarakat yang mempunyai keimanan yang kuat.
iii.    Semangat kental – masyarakat yang mempunyai semagat juang yang tinggi untuk menegakkan kebenaran.
iv.    Pengorbanan – masyarakat yang sanggup berkorban demi kebenaran.

* persoalan yang lain boleh diterima. Sertakan huraian dan contoh yang sesuai.