Fungsi Pengurusan
Maksud dan Kepentingan Pengurusan
·
Pengurusan merujuk
pada fungsi, proses,
dan aktiviti merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal usaha semua ahli organisasi dan menggunakan sumber
organisasi untuk mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
·
Aktiviti merancang, mengorganisasi, memimpin, dan
mengawal dilakukan oleh pengurus.
·
Pengurus mempunyai tugas untuk menyelaras, menggembeling, dan
mengawal kerja orang bawahannya untuk mencapai matlamat organisasi.
·
Pengurusan
penting untuk membantu
organisasi mencapai matlamat
yang
ditetapkan melalui perancangan, pengagihan, dan penyelarasan sumber dalam
organisasi secara berkesan dan cekap.
ditetapkan melalui perancangan, pengagihan, dan penyelarasan sumber dalam
organisasi secara berkesan dan cekap.
Empat
fungsi pengurusan.
Fungsi Pengurusan
|
Definisi
|
Perancangan
|
Satu proses yang melibatkan pengurus menentukan matlamat yang ingin
dicapai dan menentukan tindakan yang
paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk mencapai
matlamat organisasi.
|
Pengorganisasian
|
Satu proses yang melibatkan pengurus menyusun dan mengagihkan
sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar matlamat
organisasi tercapai.
|
Kepimpinan
|
Satu proses yang melibatkan pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja
agar mereka dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan cekap dan berkesan
untuk mencapai matlamat organisasi.
|
Pengawalan
|
Satu proses yang melibatkan pengurus memantau prestasi kerja semasa dan
mengambil tindakan untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang
dijangkakan.
|
Sepuluh Peranan Pengurus
Kategori
Pengurus
|
Peranan
|
Aktiviti
|
Bermaklumat
|
Pengawas
|
Mencari dan mendapat maklumat, mengimbas kertas kerja
dan laporan, serta mengekalkan jaringan peribadi
|
Penyampai maklumat
|
Menyampaikan maklumat kepada orang lain, memberi memo,
dan membuat panggilan telefon
|
|
Jurucakap
|
Mewakilijabatan/bahagian dalam memberikan ucapan atau
laporan kepada orang luar
|
|
Antara perorangan
|
Lambang/ simbol
|
Melakukan upacara simbolik dan sosia! serta menyambut
tetamu
|
Pemimpin
|
Mengarah dan memotivasi, melatih, dan membimbing serta
menasihati pekerja
|
|
Penghubung
|
Mengekalkan hubungan dan berinteraksi dengan orang lain
sama ada di dalam atau di (uar organisasi untuk mengumpulkan maklumat
|
|
Pembuatan keputusan
|
Usahawan
|
Memulakan projek baharu, mengesan peluang-peluang
perniagaan, mengenal pasti bidang perniagaan yang boleh dibangunkan
|
Penyelesai
gangguan/
masalah
|
Mengambil tindakan pembetulan semasa
krisis,
menyelesaikan konfliksesama pekerja, serta menyesuaikan diri dengan perubahan luaran
|
|
Pengagih
sumber
|
Memutuskan siapa mendapat sumber, jadual tugas, bajet,
menentukan apa yang lebih penting
|
|
Perunding
|
Mewakilijabatan semasa berunding dengan kesatuan
sekerja, pembekal, dan mempertahankan kepentingan organisasi
|
Perancangan
Jenis Perancangan
A Maksud Perancangan
·
Perancangan merujuk pada proses menentukan matlamat dan
memutuskan
tindakan yang paling sesuai
yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut.
·
Secara
khusus, perancangan adalah satu proses formal yang melibatkan aktiviti-
aktiviti yang berikut:
aktiviti yang berikut:
(a)
Menetapkan misi dan matlamat organisasi yang menyeluruh
bagi jangka masa
panjang dan pendek
panjang dan pendek
(b)
Membentuk matlamat cawangan, jabatan, dan individu
berdasarkan matlamat
organisasi
organisasi
(c)
Memilih
strategi dan taktik untuk mencapai matlamat
(d)
Mengagihkan sumber (manusia, kewangan, peralatan, dan
kemudahan) untuk
mencapai matlamat, strategi, dan taktik organisasi.
mencapai matlamat, strategi, dan taktik organisasi.
·
Secara ringkas, apabila pengurus merancang sesuatu, dia
perlu tahu apa yang ingin
dicapai dan bagaimana untuk mencapainya dengan cekap dan berkesan pada masa
tertentu.
dicapai dan bagaimana untuk mencapainya dengan cekap dan berkesan pada masa
tertentu.
B Kepentingan
Perancangan
1 Menyediakan hala tuju
(a)
Perancangan yang disediakan akan menjadi panduan kepada
pengurus tentang
tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam organisasi dan matlamat yang dikejar
oleh pengurus.
tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam organisasi dan matlamat yang dikejar
oleh pengurus.
(b)
Perancangan memberikan hala tuju yang jelas kepada
pengurus untuk
bertindak dan bagaimana untuk bertindak.
bertindak dan bagaimana untuk bertindak.
(c)
Ini termasuklah penentuan bila, bagaimana, dan siapa
yang melakukan sesuatu
tugas.
tugas.
2 Sebagai panduan untuk membuat keputusan
(a)
Perancangan membolehkan pengurus mengurangkan risiko silap
membuat
keputusan.
keputusan.
(b)
Perancangan membolehkan pengurus membuat keputusan yang
tepat dan
menguntungkan serta tiada pertindihan tindakan yang berlaku.
menguntungkan serta tiada pertindihan tindakan yang berlaku.
(c)
Selain itu, perancangan juga dapat mengelakkan sebarang
penyimpangan
tindakan berlaku.
tindakan berlaku.
3 Mengukur prestasi organisasi
(a)
Matlamat yang telah ditetapkan boleh dijadikan sebagai
kayu pengukur untuk
menilai prestasi organisasi dari semasa ke semasa.
menilai prestasi organisasi dari semasa ke semasa.
(b)
Matlamat yang ditetapkan dapat diukur secara kuantitatif
dan kualitatif untuk
dijadikan standard dalam melakukan perbandingan dengan prestasi sebenar.
dijadikan standard dalam melakukan perbandingan dengan prestasi sebenar.
4 Membolehkan kawalan
dilakukan
(a)
Melalui perancangan, pengurus dapat melihat perbezaan
antara apa yang
dirancang dengan apa yang dicapai.
dirancang dengan apa yang dicapai.
(b)
Langkah-langkah
pembetulan dapat diambil
terhadap kesilapan dan
penyelewengan yang berlaku.
penyelewengan yang berlaku.
5 Menyelaras dan
memperuntukkan sumber
(a)
Dengan adanya perancangan, keperluan sumber-sumber untuk
melaksanakan
tugas-tugas dapat dirancang dan diagihkan kepada jabatan-jabatan.
tugas-tugas dapat dirancang dan diagihkan kepada jabatan-jabatan.
(b)
Jika sumber tidak mencukupi dari segi kualiti dan
kuantiti, tindakan untuk
memperolehnya dapat diselesaikan, supaya agihan sumber dapat dilakukan
secara sempurna.
memperolehnya dapat diselesaikan, supaya agihan sumber dapat dilakukan
secara sempurna.
C
Jenis Perancangan
1. Perancangan dapat dibuat mengikut jangka masa,
kegunaan, dan peringkat
perancangan.
perancangan.
2.
Jenis perancangan mengikut jangka masa:
(a)
Rancangan jangka panjang atau rancangan strategik biasanya
meliputi
tempoh lima hingga sepuluh tahun. Rancangan ini biasanya dibangunkan dan
ditentukan oleh pengurusan atasan.
tempoh lima hingga sepuluh tahun. Rancangan ini biasanya dibangunkan dan
ditentukan oleh pengurusan atasan.
(b)
Rancangan taktikal dibentuk oleh pengurus pertengahan.
Rancangan ini
biasanya menjangkau tempoh antara satu hingga lima tahun. Rancangan
taktikal biasanya menjelaskan bagaimana rancangan strategik dapat
dilaksanakan di tahap jabatan.
biasanya menjangkau tempoh antara satu hingga lima tahun. Rancangan
taktikal biasanya menjelaskan bagaimana rancangan strategik dapat
dilaksanakan di tahap jabatan.
3 Jenis perancangan mengikut kegunaan:
(a)
Rancangan yang digunakan untuk berulang-ulang kali dalam
organisasi
dikenali sebagai rancangan tersedia. Rancangan tersedia merupakan garis
panduan yang dibangunkan untuk menangani situasi yang sering berlaku
dalam organisasi seperti masalah disiplin pekerja. Rancangan seperti iniberbentuk dasar, tatacara, dan peraturan.
dikenali sebagai rancangan tersedia. Rancangan tersedia merupakan garis
panduan yang dibangunkan untuk menangani situasi yang sering berlaku
dalam organisasi seperti masalah disiplin pekerja. Rancangan seperti iniberbentuk dasar, tatacara, dan peraturan.
(b)
Rancangan kegunaan tunggal ialah rancangan yang
digunakan sekali sahajauntuk memenuhi keperluan tertentu atau untuk mencapai
matlamat khususdalam satu
tempoh waktu yang telah ditetapkan. Contoh rancangan ini ialahbelanjawan.
4 Jenis perancangan mengikut peringkat:
(a) Rancangan strategik
(i)
Rancangan strategik ialah rancangan menyeluruh yang menetapkan hala tuju yang
penting bagi
organisasi.
(ii) Rancangan strategik ini
ditetapkan oleh pengurusan peringkat atasan.
(iii) Rancangan strategik merupakan rancangan jangka panjang organisasitentang cara untuk
mencapai kelangsungan
organisasi.
(b) Rancangan taktikal
(i) Rancangan taktikal ialah cara atau langkah yang digunakan untuk
mencapai strategi yang ditetapkan.
(ii) Rancangan taktikal biasanya
dibentuk oleh pengurusan peringkat pertengahan bagi
menterj emahkan rancangan
strategik yang dibangunkan oleh pengurusan peringkat atasan.
(iii) Rancangan taktikal perlu
mendokong oleh rancangan strategik agar
rancangan strategi yang dibangunkan
terlaksana.
(iv) Rancangan
taktikal lazimnya merupakan rancangan jangka sederhana.
(c) Rancangan operasi
(i) Rancangan operasi ialah pernyataan secara khusus bagi hasil tertentu yang perlu dicapai oleh
pekerja bawahan dalam jangka masa
pendek.
(ii) Rancangan operasi
dibentuk oleh pengurusan peringkat bawahan
bagi
menterjemahkan
rancangan strategik dan rancangan
taktikal dibangunkan
oleh pengurusan peringkat atasan dan
pertengahan
(iii) Tugas dan tanggungjawab khusus pekerja bawahan mendokong rancanbgan strategik dan
rancangan taktikal yang telah
dibangunkan.
5 Proses
Perancangan
1.
Menentukan matlamat
dan objektif
2.
Menganalisis
persekitaran
3.
Membentuk
alternatif tindakan
4.
Menilai
alternatif
5.
Memilih
alternatif tindakan
Pengorganisasian
Maksud Pengorganisasian
Pengorganisasian bermaksud proses menyusun
dan mengagihkan sumber manusia dan sumber lain untuk melaksanakan
tugas agar matlamat organisasi yang telah ditetapkan tercapai secara cekap dan
berkesan.
Kepentingan
Pengorganisasian
Mengagihkan sumber secara cekap
(a)
Melalui pengorganisasian, pengurus dapat mengagihkan
sumber sedia ada kepada bahagian-bahagian dalam organisasi mengikut keutamaan demimencapai objektif
organisasi.
(b)
Contohnya, jika sesebuah syarikat perniagaan merupakan
syarikat pemasaranbarangan kanak-kanak, maka jabatan pemasaran akan mendapat sumbermanusia dan sumber
lain seperti sumber kewangan yang lebih banyakberbanding jabatan kewangan.
Menentukan bidang tugas jabatan dan setiap pekerja
(a)
Pengorganisasian penting supaya pengurus dapat menentukan
bidang tugas
yang sesuai untuk setiap jabatan dan setiap pekerja dalam sesebuah jabatan.
yang sesuai untuk setiap jabatan dan setiap pekerja dalam sesebuah jabatan.
(b) Dalam contoh tadi, pengurus perlu mengetahui
bidang tugas dan tanggungjawabsetiap pekerja dalam memasarkan barang kanak-kanak
tersebut. Pengurusperlu menetapkan jenis kerja yang sebenarnya yang perlu dilakukan oleh jabatan pemasaran,
jabatan kewangan, jabatan pentadbiran, dan jabatan yanglain.
(c) Hal ini bertujuan untuk mengelakkan
berlakunya sebarang pertindihan kerja dan bagi memastikan setiap pekerja di setiap
jabatan mengetahui dengan jelas kerja yang perlu mereka lakukan.
(d) Dengan cara ini, objektif dan matlamat
organisasi akan dapat dicapai secara teratur,
cekap, dan berkesan.
Menyelaras
antara jabatan
(a) Pengorganisasian juga membolehkan pengurus
membuat penyelarasan antara jabatan dalam sesebuah
organisasi.
(b) Pengurus perlu memastikan bahawa tindakan jabatan pemasaran,
kewangan, dan pentadbiran tidak
bertindih dan tidak
menyimpang dari matlamat yang disasarkan.
(c) Hal ini bermakna
sebarang tindakan dan keputusan
yang dibuat dan
dilaksanakan oleh setiap jabatan haruslah saling melengkapi demi mencapai
matlamat organisasi.
dilaksanakan oleh setiap jabatan haruslah saling melengkapi demi mencapai
matlamat organisasi.
Membentuk
rantaian arahan
(a) Dalam sesebuah
jabatan, pekerja perlu mengetahui rantaian arahan, iaitu kepada siapa mereka
perlu membuat laporan.
Carta Organisasi
1 Carta organisasi
ialah satu gambar rajah lini yang menunjukkan struktur jabatan/ unit/bahagian utama
dalam organisasi seperti jabatan pembuatan, pemasaran, kewangan, pengurusan
sumber manusia, dan inventori.
2 Carta organisasi juga memerihalkan bagaimana
kerja-kerja yang sepadan dan sesuai
dikelompokkan ke dalam satu
unit/jabatan/bahagian. Contohnya, di jabatan
pengurusan sumber manusia, aktiviti-aktivitinya adalah seperti
merekrut,membayar gaji, mendisiplinkan staf, dan memberikan latihan kerja.
3 Jabatan/unit/bahagian
yang berasingan digambarkan dengan kotak-kotak segi empat yang berasingan
dalam carta organisasi.
4 Carta organisasi juga
menunjukkan bagaimana setiap kotak ini dihubungkan antara satu sama lain
melalui garisan terus. Garisan terus ini menggambarkan rantaian arahan dari
bawah ke atas dan saluran rasmi komunikasi antarajabatan dalam organisasi.
5 Maklumat yang dapat
digambarkan dalam carta organisasi:
(a)
Pembahagian
kerja
(b)
Jenis tugas
(c)
Peringkat
pengurusan
(d)
Aliran
komunikasi dan rantaian arahan
(e)
Pengelompokan
kerja
Proses Pengorganisasian
a.
Proses pengumpulan
damn pengelompokan sumber manusia yang sesuai dan aktiviti yang
b.
sepadan dan logik
dalam unit kerja untuk mencapai objektif organisasi
c.
Mengawal dan berkomunikasi secara berkesan dengan staf bawahan.
d.
Penyelarasan antara aktiviti dalam satu-satu unit atau jabatan dapat
dilakukan dengan berkesan.
Penentuan Objektif
a)
Pengurus perlu menentukan objektif bagi setiap jabatan
atau unit.
b)
Objektif ditentukan berdasarkan kemampuan dan kebolehan
pekerja dalam setiap jabatan atau unit
berkenaan
untuk mencapainya.
c)
Objektif jabatan juga penting kerana objektif dijadikan
panduan untukmengenal pasti jenis
aktiviti yang
akan dilaksanakan oleh jabatan atau unitberkenaan.
Mengenal pasti aktiviti
Apabila objektif
jabatan telah ditentukan, maka langkah yang seterusnya ialah mengenal pasti
aktiviti-aktiviti yang akan mendokong fungsi dan matlamat serta hala tuju jabatan. Hal ini penting bagi
memastikan aktiviti-aktiviti yang ditentukan selaras dengan fungsi
jabatan dan tidak bertindih dengan jabatan yang lain. Contohnya,
aktiviti-aktiviti bagi pemiagaan perabot ialah menempah perabot daripadapembekal, memberikankhidmatnasihatkepadapelanggan,
menerima bayaran daripada pelanggan, menerima tempahan daripada pelanggan, menghantar perabot kepada pembeli, memasang
perabot, dan merekod jualan dan belian.
Pengelasani aktiviti
Kemudian, semua aktiviti yang telah dikenal
pasti akan dikelaskan dan disusun mengikut kemahiran, kecekapan, dan
kriteria-kriteria tertentu. Contohnya, kerja memberikan khidmat nasihat kepada
pelanggan, menerima bayaran
daripada pelanggan, menerima tempahan daripada pelanggan boleh dikelaskan di bawah satu kategori.
Pengelompokan aktiviti
Setelah aktiviti-aktiviti yang dikenal pasti
dikelaskan mengikut fungsi dansifatnya, aktiviti-aktiviti tersebut perlu
dikelompokkan mengikut unit-unit tertentu. Setiap unit bertanggungjawab terhadap
aktiviti-aktiviti yang dikelaskan dalam kategori tersebut. Maka suatu jabatan atau unit akan terbentuk
berdasarkan aktiviti yang dikelompokkan. Nama jabatan atau
unit akan diberikan berdasarkan jenis kerja yang dipertanggungj awabkan. Contohnya, Jabatan
Khidmat Pelanggan akan melayan pelanggan dengan memberikan khidmat nasihat kepada
pelanggan, menerima tempahan, dan
menerima bayaran daripada pelanggan; manakala Jabatan Penghantaran akan bertanggungjawab untuk kerja penghantaran dan pemasangan.
menerima bayaran daripada pelanggan; manakala Jabatan Penghantaran akan bertanggungjawab untuk kerja penghantaran dan pemasangan.
Pengagihan tugas,
autoriti, dan tanggungjawab
Selepas unit-unit tertentu dibentuk, langkah yang
seterusnya ialah menentukan bilangan pekerja yang diperlukan di setiap unit, pihak
yang akan melakukan tugas, bidang tugas dan tanggungjawab pekerja, serta
rantaian arahan. Pihak pengurusan atasan akan membuat pengagihan tugas-tugas kepada ketua-ketua jabatan
dan memaklum kepada mereka tentang objektif yang perlu dicapai. Pengurus di setiap
jabatan pula akan mengagihkan tugas kepada individu individu yang sesuai
supaya tugas dilaksanakan dengan baik. Tugas-tugas yang diberikan haruslah berpadanan
dengan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang pekerja. Contohnya, pekerja
yang mempunyai kemahiran dalam bidang perakaunan diberi tugas untuk membuat catatan
lejar berdasarkan dokumen urus niaga. Seseorang pekerja juga akan diberikan
autoriti, iaitu hak atau kebenaran untukmengambil sesuatu keputusan dan tindakan.
Manual Organisasi
Manual organisasi merujuk kepada dokumen yang berkaitan
dasar dan tatacarayang
meliputi semua aspek pengurusan. Manual organisasi termasuk fail meja, manual prosedur
kerja, dan prosedur
kualiti. Fail meja ialah dokumen rujukan bagi peringkat individu atau sesuatu jawatan yang
kualiti. Fail meja ialah dokumen rujukan bagi peringkat individu atau sesuatu jawatan yang
mengandungi
carta organisasi atau jabatan yang menunjukkan kedudukan sesuatu jawatan dalam organisasi atau jabatan berkenaan,
objektifjabatan berkenaan, dan
prosedur kerja yang berkaitan dengan jawatan tersebut. Manual prosedur kerja pula merupakan dokumen rujukan utama bagi melakukan sesuatu tugas dalam organisasi atau jabatan tertentu. Ia
meliputi fungsi dan objektif rasmi organisasi atau jabatan, prosedur-prosedur yang
harus diikuti oleh pekerjaserta senarai pegawai dan pekerja yang bertanggungjawab untuk melaksanakan setiap aktiviti.
Konsep Pengorganisasian
Autoriti
1 Hak untuk membuat
keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan sesuatu tugas atau
tanggungjawab.
2 Hak membuat
keputusan ini ditentukan melalui struktur organisasi yang formal. Seseorang pengurus mempunyai
autoriti disebabkan oleh kedudukannya dalam struktur organisasi (iaitu jawatan yang
disandangnya).
3 Walau bagaimanapun,
hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk kepada
ruang lingkup yang terhad.
4 Contohnya, pengurus
sumber manusia mempunyai hak untuk membuat keputusandan bertindak tentang
urusan yang berkaitan dengan sumber manusia, tetapi bukan urusan pemasaran
atau kewangan.
Tanggungjawab
1 Tanggungjawab ialah kewajipan
dan amanah yang diberikan kepada seseorang pekerja disebabkan oleh
kedudukan, fungsi, atau kerjanya. Oleh itu, tanggungjawab boleh dirujuk sebagai
satu berkas kewajipan yang dikaitkan dengan satu-satu pekerjaan atau fungsi.
2 Tanggungjawab wujud apabila seseorang
pekerja menerima satu-satu tugas atau pekerjaan
daripada ketuanya atau pengurusnya. Apabila
pengurus mengarahkan seseorang pekerja untuk menjalankan sesuatu tugas, maka pekerja tersebut bertanggungjawab
untuk menjalankan tugas tersebut.
Akauntabiliti
1 Akauntabiliti ialah sikap
bertanggungjawab seseorang kepada pihak yang terlibat tentang sebarang
tindakan yang diambil dalam proses pelaksanaan tugasnya dan sedia untuk
memberikan jawapan terhadap tindakannya kepada pihak yang berhak untuk mendapatkan
penjelasan tersebut.
2 Hal ini bermakna
akauntabiliti berkaitan dengan jangkaan bahawa seseorang individu tertentu
boleh dipersalahkan atau diberikan penghargaan atas hasil kerja yang dicapai.
3 Seseorang pekerja
yang mempunyai akauntabiliti akan bertanggungjawab penuh ke atas apa yang
dihasilkannya.
4 Jika suatu tugas tidak berhasil, maka individu
tidak akan meletakkan kesalahan pada bahu
orang lain.
Pemusatan
dan Pemencaran Autoriti
1.
Pemusatan
autoriti merujuk kepada tumpuan autoriti di peringkat atasan
2.
Pemencaran
autoriti merujuk kepada proses membuat keputusan diagihkan kepada semua
peringkat organisasi
Kepimpinan
Kepimpinan
Kepimpinan merupakan satu proses dengan
penguins atau pemimpin cuba mempengaruhi gelagat
pekerja agar mereka
melaksanakan tugas dan nnggungjawab
yang diberi untuk mencapai objektif dan matlamat organisasi I yang telah ditetapkan.
Definisi kepimpinan
Bermaksudbahawakejayaan seseorang pemimpin
bergantung poda kejayaan pekerja. Apabila pekerja berjaya menghasilkan prestasi
kerja yang baik, maka hal ini bermakna pemimpin tersebut berjaya memimpin dengan baik dan berkesan.
Kepentingan Kepimpinan
Kepimpinan yang baik penting kepada
organisasi kerana pemimpin memulakan tindakan dengan mengkomunikasikan dasar dan
rancangan kepada staf bawahan tentang apa yang perlu dilaksanakan demi membantu
organisasi mencapai matlamat
yang ditetapkan.
Kepimpinan yang baik dapat memotivasikan pekerja dengan menggunakan
insentif kewangan dan bukan kewangan bagi memastikan
pekerja produktif.
Kepimpinan yang baik dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pekerja agar mereka
dapat melaksanakan kerja mereka dengan berkesan dan cekap.
Kepimpinan yang baik dapat membentuk keyakinan
yang tinggi dalam diri pekerja meningkatkan semangat pekerja, dan membentuk
persekitaran kerja yang baik dan produktif.
Melalui kepimpinan yang baik, penyelarasan
semua aktiviti di setiap jabatan dannit
dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.
C Jenis Kuasa Pemimpin
1 Kuasa merupakan satu jenis desakan
pengaruh dan autoriti.
2 Kuasa seseorang
pemimpin terdiri daripada:
(a)
Kuasa sah
(b)
Kuasa ganjaran
(c)
Kuasa
desakan
(d)
Kuasa rujukan
(e)
Kuasa kepakaran
3 Kuasa sah merujuk kepada kuasa
yang ada pada seseorang pemimpin disebabkanoleh jawatan yang sah yang disandangnya dalam
organisasi. Contohnya, KetuaPegawai Eksekutif mempunyai kuasa sah terhadap semua
kakitangan dalamorganisasi kerana dia mempunyai kuasa sah yang tertinggi dalam
organisasi.
4 Kuasa ganjaran bermaksud kuasa
pemimpin untuk memberikan ganj aran kepadapekerja atau menarik balik ganjaran yang diberikan kepada pekerja.
Contohnya,pemimpin mempengaruhi tindakan dan
gelagat pekerja dengan memberikanbonus.
5 Kuasa desakan atau kuasa ugutan
bermaksud pemimpin menggunakan ugutan untuk memaksa pekerja melaksanakan arahan
yang diberikan. Contohnya, pemimpin mengugut untuk mengambil tindakan tatatertib
jika pekerja engkarkepada arahan.
6 Kuasa rujukan
bermaksud pemimpin menjadi
tempat rujukan untuk mempengaruhi pekerja melakukan sesuatu perkara
dan mendengar masalahpekerja
serta memberikan dorongan kepada pekerja.
7 Kuasa kepakaran digunakan apabila
pemimpin mempunyai kepakaran, ilmu, dan kemahiran yang tidak dimiliki oleh staf lain.
Contohnya, akauntan kanan bolehmenggunakan kemahiran dan kepakaran serta pengalaman yang
ada padanya untuk mempengaruhi tindak tanduk perjalanan sesebuah organisasi.
Jenis Kepimpinan
A Kepimpinan Transactional
1 Kepimpinan transactional
menekankan peranan penyeliaan, pengorganisasian,dan prestasi kerja
pasukan.
2 Kepimpinan transactional
mengandaikan bahawa:
(a)
Pekerja melakukan kerja yang terbaik apabila rantaian
arahan jelas dan pasti.
(b)
Pekerja dimotivasi oleh ganjaran dan hukuman.
(c)
Tujuan utama pekerja ialah mematuhi arahan ketua.
(d)
Pekerja bawahanperlu diselia dengan ketat bagi
memastikan mereka mencapai apa yang
diharapkan.
3 Dengan kata lain,
pemimpin yang menggunakan jenis kepimpinan ini banyak bergantung pada
hukuman dan ganjaran bagi memastikan pekerjanyamelaksanakan tugas
mereka; pekerja akan menerima ganjaran jika merekaberjaya, tetapi akan menerima hukuman jika mereka gagal.
4 Jenis kepimpinan ini
sesuai dan berkesan dalam situasi apabila masalah tidak terlalu rumit dan boleh diselesaikan
dengan mudah kerana adanya prosedur danperaturan
yang jelas.
B
Kepimpinan Transformational
1 Pemimpin yang
mengamalkan jenis kepimpinan ini merupakan pemimpin
yang menyampaikan visi yang jelas tentang matlamat kumpulan, menunjukkan
keghairahan untuk bekerja, serta mempunyai kebolehan untuk menjadikan pekerja
bersemangat dan bertenaga untuk bekerja.
yang menyampaikan visi yang jelas tentang matlamat kumpulan, menunjukkan
keghairahan untuk bekerja, serta mempunyai kebolehan untuk menjadikan pekerja
bersemangat dan bertenaga untuk bekerja.
2 Dengan kata lain, pemimpin
transformational bukan
sahaja memberikan
tumpuan kepada proses kerja tetapi juga menekankan kejayaan setiap
pekerja.
tumpuan kepada proses kerja tetapi juga menekankan kejayaan setiap
pekerja.
3 Kepimpinan tranformational
mempunyai empat komponen penting:
(a) Stimulasi intelek
(i)
Pemimpin transformational bukan sahaja mencabar cara kerja sedia ada,
mereka juga menggalakkan kreativiti pekerja.
(ii) Jenis pemimpin ini menggalakkan
pekerja untuk meneroka kaedah dan cara baharu untuk melakukan kerja serta
mencari peluang baharu untuk belajar dan
memperbaiki diri.
(b) Timbang rasa peribadi
(i) Pemimpin seperti ini memberikan sokongan dan galakan kepada setiap
pekerja. (ii) Bagi memupuk
hubungan kerja yang baik, pemimpin menggunakan
pendekatan pintu terbuka agar pekerja boleh berkongsi idea pada bila-
bila masa. (iii) Dengan cara
ini, pemimpin dapat mengetahui sumbangan yang diberikan
oleh setiap pekerja.
(c) Motivasi berinspirasi
(i) Pemimpin mempunyai visi yang jelas yang boleh disampaikan dan
disuarakan kepada pekerja.
(ii) Pemimpin seperti ini juga dapat
membantu pekerja supaya mempunyai keghairahan
dan motivasi untuk mencapai visi dan matlamat yang ditetapkan.
(d) Pengaruh idealisme
(i)
Pemimpin transformational bertindak sebagai
model contoh bagi
pekerja.
(ii) Oleh sebab pekerja percaya dan
menghormati pemimpin, maka mereka mencontohi dan mendalami idealisme pemimpin
mereka.
C Kepimpinan
Karismatik
1 Pemimpin yang
karismatik ialah pemimpin yang menyediakan persekitaran yang
bertenaga dan pengukuhan yang positif kepada pekerja.
bertenaga dan pengukuhan yang positif kepada pekerja.
2
Pemimpin yang
berkarisma merupakan sumber
inspirasi pekerja dan
menggalakkan mereka
menunjukkan prestasi terbaik.
3 Dengan kata lain,
kejayaan pekerja banyak bergantung pada pemimpin kerana
pemimpin merupakan gam yang mengikat ahli kumpulan.
pemimpin merupakan gam yang mengikat ahli kumpulan.
4 Jenis kepimpinan
seperti ini sesuai bagi menyelesaikan satu-satu projek berjangka
pendek apabila bakat dan tenaga ahli pasukan adalah elemen yang penting.
pendek apabila bakat dan tenaga ahli pasukan adalah elemen yang penting.
D Kepimpinan Berwawasan (Visionary)
1 Pemimpin yang berwawasan ialah pemimpin yang
mempunyai visi dan bayangan masa hadapan tentang organisasi yang bakal
dikecapi.
2 Pemimpin seperti ini
mempunyai daya kreativiti, disiplin, kemahuan, dan cita-citaserta keghairahan
yang tinggi tentang bentuk masa hadapan yang diinginkan.
3 Pemimpin seperti ini bertindak sebagai
obor kepada semua pekerja agar merekajuga mempunyai perasaan dan keghairahan
yang sama.
4 Pemimpin memberikan
inspirasi dan harapan kepada semua tentang perubahan yang perlu
dilaksanakan pada masa hadapan agar kelangsungan organisasi dapat terus
dikekalkan.
5 Bagi
mencapai visi yang
diimpikan, pemimpin seperti
ini mempunyai kebijaksanaan yang tinggi tentang apa yang bakal
berlaku, yang telah berlaku, dan
sedang berlaku.
6 Dengan menggunakan
kebijaksanaan dan pengetahuan yang ada, pemimpin berwawasan dipercayai dapat membawa organisasi ke arah hala
tuju yang lebih cemerlang.
Gaya Kepimpinan
A Gaya Kepimpinan Autokratik
1 Pemimpin yang autokratik merupakan
pemimpin yang membuat keputusan dan bertindak
atas keputusan yang dibuat secara berseorangan; manakala pekerja bawahan tidak terlibat secara langsung dalam
proses membuat keputusan kerana pandangan mereka tidak diambil kira.
2 Pemimpin cuma
memaklumkan pekerja tentang keputusan yang telah dibuat dan pekerja hanya perlu
melaksanakan keputusan yang telah diambil.
3 Ciri-ciri gaya
kepimpinan autokratik:
(a)
Ketua tidak mendapatkan pandangan daripada pekerja.
(b)
Ketua membuat semua keputusan.
(c)
Ketua mengarah pekerja melakukan tugas tanpa
perbincangan.
(d)
Ketua menentukan semua kaedah dan proses kerja.
(e)
Pekerja jarang dipercayai untuk membuat keputusan atau
melaksanakan tugas yang penting.
(f)
Diandaikan bahawa pekerja tidak mempunyai kemahiran dan
kepakaran serta kurang pengetahuan untuk melaksanakan tugas.
4 Gaya kepimpinan
autokratik sesuai apabila organisasi mengalami krisis kerana dalam situasi
seperti ini, organisasi memerlukan pemimpin yang dapat memberikan hala tuju yang jelas
kepada pekerja.
5 Organisasi ketenteraan
juga mempunyai gaya kepimpinan autokratik kerana anggota tentera perlu menerima arahan
daripada ketua tanpa bantahan.
6 Kelemahan gaya
kepimpinan autokratik:
(a)
Pekerja
mungkin tidak berpuas hati akan layanan yang diberikan oleh ketua yang tidak mengendahkan pandangan mereka.
(b)
Pekerja mungkin kurang kreatif dalam menyelesaikan
masalah dan ini boleh menjejaskan prestasi kerja pekerja.
B Gaya Kepimpinan Demokratik
1
Gaya kepimpinan demokratik juga dikenali sebagai gaya
kepimpinan penglibatan.
2 Pemimpin yang
mempunyai gaya kepimpinan demokratik melibatkan staf bawahan dalam proses
membuat keputusan.
3 Ciri-ciri gaya kepimpinan demokratik:
(a)
Pekerja digalakkan berkongsi idea dan pendapat untuk
membuat keputusan bersama walaupun ketua mempunyai kuasa akhir untuk membuat keputusan.
(b)
Ketua berbincang dengan pekerja untuk mengatasi sesuatu
masalah yangdihadapi.
(c)
Pekerja akan berasa lebih terlibat dalam proses membuat
keputusan.
(d)
Diandaikan bahawa pekerja mempunyai kemahiran dan
kepakaran serta pengetahuan unutk melakukan sesuatu tugas.
(e)
Ketua dan pekerja bersama-sama menentukan semua kaedah
dan proseskerja.
4 Oleh sebab pekerja
digalakkan untuk berkongsi pendapat dan pandangan,maka pekerja akan
lebih komited dengan tugas yang diberikan. Hal ini dapat meningkatkan
kreativiti dan produktiviti pekerja.
5 Akan tetapi, gaya
kepimpinan demokratik tidak sesuai digunakan jika pekerja yang tidak mempunyai kemahiran untuk
memberikan pandangan dan idea yang bernas.
C Gaya Kepimpinan Laissez-Faire
1
Gaya kepimpinan laissez-faire juga dikenali
sebagai gaya kepimpinan bebas.
2 Gaya kepimpinan laissez-faire
berlaku apabila ketua tidak campur tangan dalam urusan pekerja dan
membenarkan staf bawahan untuk membuat keputusan sendiri.
3 Ciri-ciri gaya
kepimpinan laissez-faire'.
(a)
Ketua tidak memberi bimbingan yang banyak kepada
pekerja.
(b)
Ketua
memberikan kebebasan penuh
kepada pekerja untuk
membuat keputusan.
(c)
Ketua menyediakan peralatan dan sumber yang diperlukan
oleh pekerja untuk melaksanakan tugas mereka.
(d)
Pekerja
diharap menyelesaikan masalah kerja dengan sendiri tanpa bantuan dan bimbingan.
(e)
Diandaikan bahawa pekerja lebih memahami kerja dan tugas
diri mereka.
4 Gaya kepimpinan laissez-faire
sesuai dan berkesan jika pekerja mempunyai kemahiran, motivasi, dan kebolehan
yang tinggi untuk bekerja sendiri.
5 Walaupun ketua
tidak campur tangan dalam urusan pekerja dan membiarkan mereka membuat
keputusan mereka, namun pekerja masih boleh berjumpa dengan ketua untuk
mendapatkan bimbingan dan nasihat apabila mereka berasa perlu.
6 Kelemahan gaya
kepimpinan laissez-faire ialah gaya kepimpinan ini boleh menyebabkan
pelaksanaan dan pencapaian satu-satu tugas tertanggu jika pekerja tidak mahir
dengan apa yang dilakukannya.
D Gaya Kepimpinan Kontingensi
1 Gaya kepimpinan
kontigensi merujuk kepada gaya kepimpinan yang disesuaikan mengikut keadaan
atau situasi dengan
melihat kepada elemen-elemen persekitaran.
2 Mengikut teori
kontingensi, semua gaya kepimpinan adalah sesuai dan berkesan; walau
bagaimanapun keberkesanan gaya kepimpinan yang digunakan bergantung pada keadaan
tertentu.
3 Kejayaan atau
kegagalan sesebuah organisasi bergantung pada gay a kepimpinan yang diamalkan, kualiti pengikut, dan
keadaan persekitaran.
4 Contohnya, pengurus
menggunakan gaya kepimpinan autokratik apabila organisasi mengalami krisis yang
perlu diperbetulkan dengan segera; dan pada masa yang lain menggunakan gaya kepimpinan demokratik
apabila komitmen yang berterusan daripada pekerja diperlukan dan apabila
pekerja mampu memberikan cadangan yang bemas untuk menambah baik operasi perniagaan.
Pemimpin
dan Pengurus
A Peranan
Pemimpin
1 Mempengaruhi pengikut
Pemimpin mempengaruhi pekerja-pekerja supaya melakukan
aktiviti-aktiviti dengan semangat berdasarkan kebolehan dan keperibadian
kepimpinan yang dimiliki oleh pengurus.
2 Memberi motivasi
Pemimpin berperanan untuk memberikan
rangsangan kepada pekerjanya untuk melakukan aktiviti supaya objektif pekerja
dan matlamat organisasi dapat dicapai bersama-sama.
3 Membina pasukan
Pemimpin berperanan untuk membina pasukan
kerja dalam organisasi dan menggerakkan aktiviti pekerja berdasarkan semangat
kerja berpasukan seperti mewujudkan konsep kerjasama dalam mencapai kejayaan.
4 Mempunyai wawasan
Pemimpin berperanan untuk membentuk
dan menterjemahkan sesuatu wawasan secara jelas dan disampaikan kepada pekerja
dengan berkesan.
Persamaan antara Pemimpin dengan Pengurus
1.
Mereka mempunyai matlamat yang perlu dicapai.
2.
Mereka menggerakkan dan menggunakan sumber.
3
Mereka
merupakan pengantara atau penghubung antara pekerja dengan pihak pengurusan.
4
Mereka bergantung
pada pekerja bawahan dan cuba untuk memotivasikan mereka.
Pengawalan
Jenis Kawalan
A
Maksud Pengawalan
1 Pengawalan bermaksud
proses pemantauan prestasi dan pengambilan tindakan bagi memastikan hasil tercapai seperti
yang dijangkakan.
2 Pengawalan merupakan
satu proses yang dilakukan secara berterusan ke arah penambahbaikan berterusan
semua aktiviti dan
kegiatan dalam organisasi melalui maklumat yang disalurkan oleh
setiap unit atau jabatan dalam sesebuah organisasi.
3 Pihak pengurusan akan
membandingkan hasil yang diperoleh dengan standard yang telah ditetapkan
semasa perancangan; kemudian memaklumkan hasil perbandingan kepada pihak yang
bertanggungjawab supaya tindakan pembetulan dapat diambil.
B Kepentingan Pengawalan
1 Pengawalan membantu organisasi mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Pengawalan
juga memastikan semua operasi organisasi berjalan dan dilaksanakan dengan
cekap dan semua sumber digunakan dengan sebaik mungkin.
2 Pengawalan memastikan
semua projek atau aktiviti yang dirancang berjalanseperti yang
diinginkan. Pengawalan membantu pengurus
mengenal pasti aktiviti yang bermasalah dan mengambil tindakan
pembetulan. Dengan kata lain,
pengawalan membantu organisasi menghindari kesilapan lalu.
3 Pengawalan membantu
pengurus menyelaras semua aktiviti unit atau jabatan supaya aktiviti yang
dirancang dapat berjalan dengan lancar. Jadi, pengawalan merupakan satu bentuk
semakan terhadap prestasi kerja dan hasil kerja serta merupakan satu proses untuk penambahbaikan
berterusan dalam organisasi.
4 Pengawalan membantu
sesebuah organisasi mengelakkan sebarang
penyelewengan yang boleh dijangka kerana aktiviti-aktiviti yang
dijalankan akan dipantau dan diawasi pada pelbagai peringkat.
C Jenis Kawalan
1 Terdapat dua jenis kawalan, iaitu:
(a)
Kawalan dalaman
(b)
Kawalan luaran
2 Kawalan dalaman ialah sistem dalaman yang digunakan oleh
organisasi untuk
memastikan bahawa organisasi berjalan pada landasan yang betul.
memastikan bahawa organisasi berjalan pada landasan yang betul.
3 Sistem kawalan
dalaman termasuklah:
(a)
Audit
dalaman
(b)
Dasar organisasi
(c)
Prosedur
kerja
4 Audit dalaman
(a) Audit dalaman dilakukan untuk
menyemak semula perjalanan organisasi dalam tempoh tertentu untuk mengenal pasti
sama ada fungsi perancangan,
(b)
Contohnya, syarikat swasta di Malaysia tertakluk pada
Undang-undang Pekerjaan 1955
dalam mentadbir dan mengurus sumber manusia.
(c)
Menurut Undang-undang Pekerjaan 1955, syarikat perlu
mematuhi siapa yang boleh dibenarkan bekerja, tempoh waktu bekerja, kaedah
untuk menamatkan dan memberhentikan pekerja dan seumpamanya.
(d)
Jika syarikat didapati gagal untuk mematuhi mana-mana
peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan, majikan boleh dikenakan hukuman seperti penjara atau membayar denda.
(e)
Syarikat yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang
bukan sahaja akan mendapat
hukuman, malah nama baik syarikat akan turut terjejas.
Proses
Kawalan
A Menetapkan
Standard
1 Sebarang rancangan
yang hendak dilaksanakan perlu mempunyai standard tertentu.
2 Standard yang baik
perlulah jelas, spesifik, dapat diukur, dapat dicapai, realistik, dan relevan.
3 Standard yang baik
penting agar dapat memberikan gambaran yang jelas tentang hasil kerja atau prestasi yang perlu dicapai
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
4 Standard yang baik
juga memudahkan penilaian dan komunikasi antara pengurus dengan pekerja.
5
Biasanya
standard semasa akan ditetapkan berdasarkan standard terdahulu.
6 Untuk menetapkan
standard berdasarkan prestasi yang lalu, dua kaedah boleh digunakan, iaitu standard perbandingan
atau standard kejuruteraan.
7 Standard perbandingan
melibatkan penetapan standard semasa berdasarkan prestasi pihak lain seperti jabatan lain, unit lain, atau
organisasi lain.
8 Standard kejuruteraan
ialah standard yang ditetapkan secara saintifik melalui kaedah seperti
kajian masa dan gerak.
9 Standard kejuruteraan biasanya digunakan
untuk menilai hasil kerja yang boleh dianalisis
dengan tepat. Contohnya, penghantaran makanan segera ke rumah dapat diukur
dengan tepat dan segi masa bagi setiap laluan yang diikuti.
B Mengukur Pencapaian
1 Setelah standard
ditetapkan, langkah yang berikutnya memerlukan pengurus mengukur dan menilai
hasil kerja atau prestasi sebenar.
2
Cara mengukur prestasi sebenar bergantung pada standard
yang telah ditetapkan.
3 Standard yang
berbentuk kuantitatif lebih mudah diukur berbanding dengan standard yang
berbentuk kualitatif.
4 Contohnya, seseorang pengurus lebih mudah untuk
mengetahui sama ada pekerjanya dapat
mencapai jualan sebanyak RM10 000 seminggu berbanding dengan hasil kerja
yang memerlukan pekerja menjaga kesopanan
semasa berinteraksi dengan pelanggan. Hal ini kerana maksud "menjaga
kesopanan" sukar untuk diukur disebabkan setiap orang mempunyai maksud yang
berlainan.
5 Walau bagaimanapun,
standard yang berbentuk kualitatif masih perlu diukur dan pengurus perlu mencari alat pengukur yang
sesuai.
6 Selain cara mengukur, pengurus juga perlu
menentukan kekerapan pengukuran, sama ada
prestasi kerja diukur setiap minggu, setiap bulan, setiap tiga bulan atau enam
bulan; dan ini bergantung pada pentingnya matlamat organisasi.
7 Kekerapan pengukuran
juga bergantung pada kos tindakan pembetulan jika prestasi tidak
mencapai standard. Semakin mahal sesuatu tindakan pembetulan yang perlu dilaksanakan, semakin kerap
pengukuran perlu dilakukan.
C Membandingkan
Pencapaian dengan Standard
1 Langkah seterusnya
ialah membandingkan hasil kerja sebenar dengan standard yang telah
ditetapkan.
2 Langkah ini merupakan
langkah paling penting kerana langkah ini mengukur keberkesanan kawalan
yang diambil.
3 Perbandingan boleh
dilakukan dengan pelbagai cara seperti:
(a)
Pengurus boleh bergantung pada laporan yang diterima
daripada staf bawahan yang
bertanggungjawab menyediakan laporan berkenaan.
(b)
Pengurus juga boleh membuat pemerhatian kendiri untuk
menilai sama ada terdapat sebarang perubahan dalam tahap prestasi pekerja.
4 Langkah ini juga penting bagi
menentukan sama ada
terdapat sebarang penyelewengan atau perbezaan antara hasil
kerja sebenar dengan standard yang
ditetapkan.
ditetapkan.
5
Apabila sebarang penyelewengan berlaku, tindakan
pembetulan perlu diambil.
D Membuat Langkah
Pembetulan
1 Sebelum memutuskan tindakan pembetulan,
pengurus perlu mengetahui bentuk penyelewengan
yang berlaku dan sejauh mana tindakan pembetulan perlu diambil.
2
Perbezaan yang kecil mungkin tidak memerlukan tindakan
pembetulan.
3 Namun sebelum
tindakan pembetulan diambil, pengurus perlu mengetahui punca penyelewengan
tersebut.
4 Hal ini bertujuan untuk memastikan
tindakan yang diambil tidak membazir dan berkesan.
5 Contohnya, pekerja
tidak dapat mencapai sasaran jualan yang ditetapkan mungkin bukan kerana pekerja
tersebut malas, tetapi mungkin kerana standard atau sasaran yang ditetapkan
terlalu tinggi dan tidak realistik. Jadi, pengurus perlu melihat dan menyemak semula
sasaran berkenaan.
6 Sekiranya hasil kerja
yang dicapai menepati sasaran/standard yang ditetapkan, pengurus boleh
memikirkan sama ada untuk mengekalkan standard yang sedia ada atau
meningkatkan standard pada masa hadapan.
7 Ringkasnya, langkah
ini merupakan langkah
penting kerana langkah
ini memberikan maklum balas kepada pengurus tentang apa yang perlu dilakukan seterusnya agar
matlamat organisasi tercapai.
Kaedah Kawalan
1 Kawalan perlu
dilakukan secara berterusan kerana sebarang tindakan pembetulan yang diambil
segera boleh menjimatkan kos organisasi.
2 Terdapat tiga kaedah
kawalan, iaitu:
(a)
Kawalan awalan – Memastikan input memenuhi standard yang
ditetapkan.
Contoh input : tenaga kerja, mesin, bahan
mentah, sumber kewangan
(b)
Kawalan semasa – Memastikan hanya aktiviti-aktiviti yang
betul dilakukan seperti yang telah
ditetapkan ,
Contoh: Masadan gerak, prosedur, tatacara
(c)
Kawalan selepas – Memastikan output mematuhi
standard yang telah ditetapkan.
Contoh:
Produk, servis, keuntungan, produktiviti
Alat-alat Kawalan
A Analisis
Titik Pulang Modal
Secara
umumnya, fungsi analisis titik pulang modal sebagai alat kawalan ialah:
(a)
Mengenal pasti unit minimum yang harus dihasilkan untuk
mendapat pulang
modal.
modal.
(b)
Mengawal kos pengeluaran agar tidak terlebih belanja.
(c)
Menentukan harga bagi barang yang dikeluarkan.
(d)
Merancang pengeluaran untuk mendapat untung yang
disasarkan.
B Bajet
Fungsi bajet sebagai alat kawalan:
(a)
Merancang pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.
(b)
Mengawal aliran masuk dan keluar sumber kewangan
mengikut keutamaan.
(c)
Memastikan sumber kewangan yang diperoleh dapat menampung
perbelanjaan
yang dilakukan.
yang dilakukan.
(d)
Memastikan sumber kewangan digunakan secara berkesan dan
tidak membazir.
C Carta Gantt
Fungsi carta Gantt sebagai alat kawalan:
(a)
Memantau kemajuan sesuatu projek dari mula hingga tamat,
iaitu memastikan setiap aktiviti disiapkan mengikut tempoh yang telah dirancang.
(b)
Mengawal masa penggunaan sumber.
(c)
Memastikan setiap aktiviti dalam sesuatu projek
dilakukan mengikut urutan supaya tidak menjejaskan perjalanan aktiviti yang
lain.