Tuesday 30 April 2013
cerita padi.
Saat
kita menanam padi, rumput ikut tumbuh...TAPI saat kita menanam rumput,
tidak pernah tumbuh padi...Dalam melakukan kebaikan, kadang-kadang hal
yang buruk turut menyertai...NAMUN saat melakukan keburukan, tidak
pernah ada kebaikan bersamanya.Jangan bosan berbuat baik, meski kadang
tidak sempurna.Manusia sempurna justru karena memiliki kekurangan di
samping kelebihan dan kelemahan selain kekuatannya.
Tuesday 16 April 2013
SULALATUS SALATIN
Petikan 1 (halaman 130)
Hatta maka sekali persetua, kuda
kenaikan Sultan Mansur Syah jatuh ke pelindungan tahi, seorang pun tiada hendak
menambatkan tali kepada kuda itu. Setelah dilihat oleh Laksamana Hang Tuah
orang yang beratus-ratus itu seorang pun tiada mau turun mengambil kuda itu,
maka Hang Tuah pun segera terjun ke dalam pelindungan itu, ditambatkannya tali
pada kuda itu. Maka diudaoranglah ke atas. Setelah kuda itu naik, maka Hang
Tuah pun naik ; tubuh dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampai ke
kepalanya, lalu ia pergi mandi berlangit, berbedak. Setelah Sultan Mansur Syah
melihat kuda baginda sudah naik itu, maka terlalulah sukacita baginda ;
beberapa puji baginda akan Hang Tuah, serta dianugerahi persalinan dengan
sepertinya.
Fakta
|
Cinta akan negara
|
Huraian /contoh:
(Pro dan kontra)
|
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan
negara melebihi kepentingan diri.Seekor kuda Sultan Mansur Syah terjatuh ke
dalam pelindungan tahi (jamban).oleh sebab tiada sesiapa yang mahu
mengeluarkan kuda itu, Hang Tuahlah yang masuk ke dalam pelindungan tahi
tersebut. Beliau berjaya mengeluarkan kuda tersebut dan hal ini
menggembirakan Sultan Mansur.
|
Kesan:
|
Setiap warganergara perlulah berbakti dan cintakan tanah air supaya bagi
menjamin keharmonian dalam masyarakat.
|
PEMBANGUNAN NEGARA
NASIONALISME
PETIKAN 2
(HALAMAN 93)
Bermula akan Tun Kudu itu anak Bendahara Seri
Wak Raja, saudara Paduka Raja, diperisteri oleh Sultan Muzaffar Syah, terlalu
baik rupanya ; tetapi matanya juling sedikit. Setelah didengar oleh Sultan
Muzaffar Syah, Seri Nara Diraja mau akan Tun Kudu itu, sesaat itu juga ditalak
oleh baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh
berhadir akan dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Maka kata anak buah Seri
Nara Diraja.
FAKTA
|
BERKORBAN
UNTUK NEGARA
|
|
HURAIAN / CONTOH;
(Pro dan Kontra)
|
Semenjak Paduka Raja (Tun
Perak) menjadi pembesar, orang- Melayu telah berpecah kepada dua kumpulan –
satu kumpulan memihak kepada Paduka
Raja dan satu kumpulan lagi memihak kepada Bendahara Seri Nara Diraja.
Kedua-dua pembesar itu sendiri sering berselisih
faham (bersinggit). Keadaan ini menimbulkan kebimbangan di hati Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Syah
telah menawari Bendahara Seri Nara Diraja, yang telah kematian isteri itu,
dengan beberapa rang perempuan untuk dikahwininya. Beliau telah memilih Tun
Kudu untuk dikahwininya.
Perkahwinan tersebut telah merapatkan
hubungan Bendahara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, malah Seri Nara
Diraja sendiri telah mencadangkan supaya baginda Sultan melantik Paduka Raja
sebagai bendahara.
|
|
Kesan:
|
Sebagai seorang warganegara, kita
mestilah berkorban untuk negara untuk mengelakkan perpecahan kaum atau bangsa
demi kepentingan bersama.
|
NASIONALISME
Petikan 3 (halaman 118):
Maka Sultan Mansur Syah pun
berkira-kiraakanpergikeMajapahit,beranirasanyabagindaakangaluhMajapahititu.BagindamemberititahkepadaBendaharaPaduka
Raja menyuruhberlengkap;makabaginda pun mengerahsegala orang
supayaberlengkapperahu,masing-masingdengankuasa.Ada lima ratusbanyaknyaperahu
yang besar-besar,lain pula perahu yang
kecil-keciltiadaterbilang;keranapadamasaitukelengkapanSingapurasahajaseratusbuahlancaranbertiangtiga.Sungai
Raya pun demikianjuga.MakaBendaharaPadukaRaja,dan Seri Nara Diraja,dan Seri
BijaDirajadansegalahulubalang yang
besar-besar,ditinggalkanBagindamenungguinegeri.
Fakta :
|
Kepatuhandankesetiaan yang
berkekalankepada Raja dan Negara
|
Huraian / contoh
(pro dankontra )
|
BendaharaPaduka Raja ( Tun Perak )
seorang yang patuhdansetiakepada Raja danNegara.Contohnyabeliaumenjadipenasihat
Sultan dalamhal-halpentadbirandanpendapatbeliaudiikutioleh Sultan
.Beliauterlibatsecaralangsungketikapemerintahan Sultan MuzaffarSyah, Sultan
Mansur Syah, Sultan Alau’d-Din RiayatSyah,
dan Sultan Mahmud Syah.Beliaumahumemastikankedudukannegeri
Melaka tetapmantapdankeamanantetapterjamin.SekiranyaTun Perak
tidakmenjadipenasihat yang baikkepada Raja dan Negara maka Sultan
tidakakandapatmentadbirnegaradenganbaik.
|
Kesan:
|
Sebagaiseorangpelajar,
sikappatuhdantaatperludiamalkansupaya Negara sentiasaamandandamai.Selainitu,
nasihatmenasihatiperludilakukan agar kesejahteraan Negara
dapatdirasaibersama.
|
Petikan 4 (halaman 140):
Setelah Sultan Mansur Syahmelihat Hang Tuahdatang, makadianugerahibagindaayapan.Setelahsudah
Hang Tuahmakan,makaoleh Sultan Mansur
Syahdiambilkerisdaripadapinggangbaginda,”Basuhkanarang di mukaaku.”Makasembah
Hang Tuah,”Insya-Allah Taala,baiklahtuanku”.Maka Hang Jebat pun
menjunjungduli,lalupergimendapatkan Hang Jebat.
Fakta :
|
Peristiwapertikaman Hang Tuahdan
Hang Jebat
|
Huraian / Contoh
( Pro danKontra )
|
Sultan Mansur
Syahmemberikerisbagindakepada Hang Tuahdanbagindamenyuruh Hang
Tuahuntukpergimendapatkan Hang Jebatuntukmembersihkannamabaginda .Maka Hang
Tuah pun pergikeistanauntukmembunuh Hang Jebat .Setelah lama
merekaberbalastikam, akhirnya Hang Jebatterbunuh.Mayat Hang
Jebatdibuangkelautdananakbininyaturut di buang .Kaki
tiangrumahdantanahbekasrumah Hang Jebatdigalidandibuangkelaut.Sekiranya Hang
Tuahtidakmendapatkankepercayaandaripada Sultan Mansur Shah maka Sultan Mansur
Shah tidakakanmemberikerisnyakepada Hang Tuah.
|
Kesan :
|
Sebagaiseorangpelajar, kepatuhan
yang utuhperlulahditerapdalamdiri agar mendapatkepercayaandaripadaibubapadan
guru.
|
NOVEL SBDKL
Petikan 1(halaman 113):
Syarikat Lombong Lembah Tualang telah ditubuhkan. Encik
Muhammad bin Idris duduk bertafakur di atas sejadah, berzikir dan berdoa. Dia
baru selesai sembahyang sunat syukur dan sunat tahjjud. Dia mencuba sedaya
upaya menheningkan cipta, mengosongkan hati nubarinya dari segala was-was dan
khannas, menyerah seikhlas-ikhlasnya kepada Allah subhanahu wa taala. Dia
memohon petunjuk dan hidayat, mohon taufik dan bimbingan untuk kejayaan
usahanya mengendalikan syarikat yang baru ditubuhkan itu.
Fakta:
|
Berbakti kepada
Negara melalui pembukaan Lombong Lembah Tualang
|
Huraian/contoh:
(Pro &
Kontra)
|
En.Muhammad
mengambil risiko untuk berhenti kerja dan membuka Syarikat Lombong Lembah
Tualang untuk kepentingan dirinya dan penduduk kampung. En.Muhammad dijadikan
pengerusi syarikat kerana dia dipercayai dapat mempengaruhi penduduk Kampung
Pulai, sebuah kampung yang termasuk dalam kawasan yang akan dilombong. Jika
sekiranya En.Muhammad tidak mengambil risiko untuk membuka syarikat tersebut
nescaya dia tidak akan berjaya menjadi ahli perniagaan yang tersohor dan
penduduk kampung Lembah Tualang tidak akan berkembang maju.
|
Kesan
|
Kita perlu
mengambil sedikit risiko bagi mencapai kejayaan dalam hidup agar kita terus
maju kehadapan.
|
Petikan 2(halaman 34)
Pekan Tualang telah dibersihkan.Bendera-bendera negeri dan
bendera Persekutuan berkibaran pada tiap kedai.Pintu gerbang telah dibina dekat
batu tanda Majlis Bandaran,sebuah lagi dekat rumah rehat,sebuah dekat simpang
masuk bandar dan sebuah di perimpangan ke pejabat daerah. Kelab pegawai
kerajaan di hujung padang bola itu pun sudah diberihkan dan di hias dengan
bendera dan panji-panji.Keliling padang juga di barisi oleh panji-panji
berbagai warna Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan akan berangakat mengadakan
lawatan 2 hari mulai esok.Tiap-tiap tahun peritiwa begitu berlaku.Baginda
Sultan berangkat menemui rakyat dari daerah ke daerah sebulan dua sebelum
perayaan puja umur Baginda.
FAKTA
|
TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA
|
HURAIAN/CONTOH
(pro dan kontra)
|
Sifat kesetiaan rakyat terhadap raja akan membentuk suasana
keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.Ini dapat dilihat di dalam novel
SBDKL melalui peristiwa penghortmatan
rakyat tehadap raja dengan mengingati dan meraikan sambutan ulang tahun Duli
Yang Maha Mulia Baginda Sultan dengan gilang-gemilang di Pekan Tualang
denagan kerjasama penduduknya.Sekiranya,rakyat Pekan Tualang tidak
berkerjasama untuk meraikan sambutan ulang tahun Sultan maka tidak mungkin
sambutan tersebut diraikan dengan jayanya dan hubungan rakyat dengan raja
tidak beroleh kesejahteraan.
|
KESAN
|
Setiap warganegara perlu menumpahkan taat setia kepada raja sebagai
pemimpin tertinggi dalam negara kita yang mengamalkan konsep demokrasi
beraja.
|
Petikan 3 (halaman 39)
“Ah,
bukan ladang, kebun saja, barangkali empat lima ekar. Entahlah.Saya pun tak
tahu sangat tujuannya.Tapi agak saya dia nak ajar budak- budak di sini berusaha
menanam orkid untuk dijadikan perniagaan.Bunga orkid memang laku di bandar-
bandar, bahkan laku dijual ke luar negeri.
Fakta :
|
Melakukan
kebaktian untuk masyarakat dan negara
|
Huraian
/Contoh:
(Pro dan
Kontra)
|
Berbakti
kepada masyarakat dan negara merupakan
satu amalan yang baik. Sebagai contoh peristiwa berbakti kepada masyarakat
dan negara dapat dilihat melalui watak Cik Puan Tipah dalam novel Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur yang telah mengusahakan penanaman kebun orkid kerana
dia juga meminati bidang perniagaan. Pada masa yang sama dia telah mengajar
penduduk Jeram Medang mengusahakan
tanaman orkid untuk mengubah kehidupan mereka agar hidup lebih senang dan
dapat meningkatkan ekonomi negara. Hal ini kerana, kegiatan penanaman orkid
yang dilakukan oleh Cik Puan Tipah ini dapat mempelbagaikan ekonomi negara
sekaligus membantu meningkatkan ekonomi negara. Kegiatan yang dilakukan oleh
Cik Puan Tipah ini juga dapat membantu masyarakat untuk memajukan diri
mereka. Jika sekiranya, Cik Puan Tipah tidak bertindak sedemikian, sudah
tentu masyarakat dan negara tidak akan maju dari sudut ekonomi serta sosial.
|
Kesan :
|
Sebagai
seorang pelajar, kita haruslah berbakti kepada negara dalam apa jua bentuk
sumbangan untuk memajukan negara dan memperbaiki sistem sosial dalam hidup
kita.
|
BERBAKTI KEPADA
NEGARA
Petikan 5 (halaman 16 dan 23)
Kemudian
segera dia mencapai gambar Robert,anak sulungnya yang kacak berumur 23
tahun.Dua tahun lagi anaknya akan pulang dari London dengan ijazah Kejuruteraan
Lombong itu pilihan ayahnya.
Rahim,terutamanya akhir-akhir ini kerap menulis dari London tentang
kemerosotan moral di seluruh dunia oleh kerana manusia sekarang telah
menurunkan darjat mereka menjadi hamaba kepada kekayaan,hamba hawa nafus,hamba
kemewahan dan kemalasan.Manusia sekarang tidak mempertahankan dirinya lagi
sebagai manusia,makhluk Allah yang berdarjat.
Fakta
:
|
Berbakti
Kepada Negara
|
Huraian/Contoh
(Pro
dan Kontra )
|
Nasionalisme
adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah
negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.Rahim
dan Robert telah pergi belajar ke luar negara iaitu London untuk mempelajari
ilmu dalam Jurusan Kejuruteraan Lombong untuk memajukan perlombongan bijih
timah di Kampung Pulai apabila mereka pulang ke tanah air suatu hari nanti
.Jika sekiranya Rahim dan Robert tidak dihantar ke luar negara mereka tidak
akan dapat menyumbang bakti kepada negara dalam ilmu perlombongan.
|
Kesan
:
|
Setiap
warganegara perlu menyumbangkan bakti kepada negara agar negara dapat
berkembang dengan lebih maju.
|
Fakta
|
Berbakti
untuk negara
|
Huraian
/ Contoh
(pro
dan kontra)
|
(watak
: YB Muhd Yusuf)
Sudin
memulakan ucapan itu dengan menyatakan tuan pegawai daerah dan pegawai FELDA
datang adalah untuk memberitahu tentang syarat-syarat dan kewajipan orang
kampung apabila nanti telah diterima masuk ke rancangan FELDA. Sudin juga
menyatakan kemasukan ke rancangan FELDA dapat mengubah nasib dan masa depan
mereka. Sudin memuji dan menyebut jasa-jasa YB Muhd Yusuf yang membukakan
jalan dan mendapatkan kemudahan untuk orang Kampung Pulai. Jika sekiranya YB
Muhd Yusuf tidak membantu penduduk Kampung Pulai sudah pasti penghuni di
kampung tersebut tidak akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan
untuk kepentingan generasi akan datang.
|
Kesan
|
Kita
mestilah sentiasa memastikan setiap orang mendapat kebebasan untuk melangkah
kepada hidup yang lebih baik
|
Petikan
4 : (halaman 328)
Orang bertepuk lagi dan sudin bertambah gembira.
“Yang Berhormat Muhd.Yusuflah
yang membukakan jalan dan mendapatkan kemudahan untuk kita sekalian maju selangkah
kepada hidup yang lebih baik dan lebih senang.Dia bukan memikirkan kita saja
tetapi yang pentingnya anak cucu kita di kemudian hari.”
FUNGSI SASTERA DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
Pengenalan
Sastera terhasil dari
kesedaran dan keinginan pengarang atau masyarakatnya untuk berkongsi maklumat
dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupannya. Mereka menggunakan sumber
daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian atau pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu
yang menarik untuk dikongsi. Lantaran itu sesebuah karya sastera tidak
dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab sebagaimana dijelaskan oleh Mohamad
Mokhtar Hassan (2005). Beliau berpendapat bahawa teks atau karya sastera adalah
rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan isian
sama ada bersifat keintlektualan mahupun kerohanian. (Konsep
1)
Sesuatu
yang dipaparkan dalam karya tersebut mempunyai tujuan dan fungsinya yang
tersendiri berdasarkan pertimbangan dan pengamatan pengarangnya.(Konsep 2) Dalam konteks ini, Muhammad Haji Salleh
(2000), berpendapat bahawa peranan dan fungsi sastera zaman tradisional lebih
luas dan pelbagai cabarannya. Beliau berpandangan bahawa fungsi kesusasteraan
pramoden ternyata lebih besar berbanding dengan fungsinya pada zaman moden agak
menipis.
Berdasarkan
dua pandangan tersebut dapat dirumuskan bahawa sastera sebagai hasil karya
kreatif dan imaginatif berfungsi dan mempunyai tujuan dan fungsi tertentu penghasilannya. Dalam hal ini
beberapa sarjana tempatan melalui kajian dan tulisan mereka telah menggariskan
pelbagai berhubung dengan fungsi sastera. Antaranya, pandangan daripada Ramli
Isin, Muhammad Haji Salleh, Usman Awang dan Hashim Awang. (Sorotan Kajian) Berdasarkan pendapat tersebut dapat
dirumuskan bahawa peranan dan fungsi sastera merangkumi aspek luaran dan
dalaman yang dapat dikesan melalui genre sastera tradisional mahupun genre
moden. (Batasan Kajian)
Objektif Kajian
Justeru
penulisan esei ini akan mengenal pasti fungsi dan peranan sastera Melayu (objektif Kajian 1). Di samping itu, penulisan
ini juga akan membincangkan fungsi dan peranan sastera dengan
merujuk kepada sastera yang bermula
daripada tradisi lisan hinggalah kepada tradisi tulisan atau era kemodenan.
(Objektif Kajian 2). Dalam hubungan ini,
perbincangan akan menjurus kepada beberapa fungsi sastera yang telah dikenal pasti iaitu sebagai medium protes atau kritik sosial ,
(sub topik 1) medium hiburan, (sub topik 2), sebagai medium mendidik masyarakat (sub topik 3),
dan sebagai dokumentasi masyarakat (sub topik 4)
akan dibincangkan. Beberapa karya
daripada pelbagai genre akan digunakan sebagai bahan perbincangan merangkumi
puisi dan prosa tradisional serta puisi dan prosa moden.
Kaedah
yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah perpustakaan (Kaedah Kajian-
Apa, Mengapa,Bagaimana) iaitu dengan merujuk kepada bahan-bahan tulisan
seperti tesis, jurnal, kertas kerja serta tulisan-tulisan ilmiah di beberapa
perpustakaan antaranya Perpustakaan Negeri, Pusat Sumber Daerah dan XXXXXXXXX.
Selain itu, maklumat dan sumber rujukan juga diperoleh melalui dalam talian. Bahan rujukan yang dipilih bertujuan untuk mendapatkan
maklumat yang sahih yang ditulis oleh pakar atau pengkaji yang berkaitan dengan
bidang kajian ini. Dalam hal ini, sumber rujukan yang berkaitan dengan aspek
kajian akan dipilih dan digunakan sebagai sumber rujukan. Sumber rujukan
yang dipilih ini digunakan untuk memantapkan konsep, mengukuhkan huraian
mahupun memperoleh contoh-contoh yang berkaitan.
Analisis
dan Perbincangan
Hubungan
antara sastera sangat erat. Lantaran itu
sesebuah karya itu dihasilkan untuk dimanfaatkan oleh manusia dan masyarakat
yang berkaitan dengan kehidupan. Justeru penjelasan berhubungan dengan fungsi sastera secara langsungnya berkaitan
dengan persoalan hidup dan kehidupan masyarakat yang akan dijelaskan secara
rinci.
i.
Fungsi
Sastera sebagai Medium Protes dan Kritik
Sosial
Sastera adalah
rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada
pelbagai dimansi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan
dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam reality kehidupan
manusia. Hal ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana
ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu,
karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara
yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.
Berasaskan
pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan
manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling
berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan
yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan
mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik
mahupun menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai
peranan tertentu dalam masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak
dapat melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan. Misalnya berhubung konsep
perjuang terdapat pelbagai tafsiran yang diketengahkan dengan merujuk dua buah Harga Sebuah Maruah dan Titis Darah Terakhir. Dalam hal ini, pengarang kedua-dua novel
menggunakan landasan yang sama iaitu menggunakan watak dapat di kesan walaupun
terdapat perbezaan dari aspek cara perjuangan tersebut dipaparkan dalam
karya. Hal ini dikesan dalam contoh
petikan di bawah :
“…Dalam
hidup ini kita tidak harus terus di belenggu dengan tekanan yang melulu. Kita
harus berani untuk membebaskan diri tanpa rasa ragu kerana itu hak kita tetapi jangan sampai membelakangi
undang-undang.”
(Harga
Sebuah Maruah)
Dalam petikan di atas,
jelas memperlihatkan bahawa konsep perjuangan yang berasaskan pertimbangan akal
. Hal ini dapat dikesan melalui frasa “tetapi jangan sampai membelakangi
undang-undang.”
Namun dalam novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy memperlihatkan
perbezaan konsep perjuangan. Hal ini dapat dikesan melalui petikan berikut;
“…
Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita kering di badan, namun
sesekali menyerah tidak sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu
dipertahankan”
Berdasarkan petikan
tersebut jelas memperlihatkan bahawa perjuangan
untuk menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan memerlukan pertumpahan
darah. Hal ini dapat dikesan melalui frasa
“biar darah kita kering di badan, namun
sesekali menyerah tidak sama sekali”.
Ulas dan kaitkan dengan kritik
sosial
ii.
Sastera
Sebagai Medium Hiburan
iii.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
iv.
Yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
Penutup
Berdasarkan
penelitian dan perbincangan yang telah dilakukan dapat dirumuskan bahawa ………….(maklumat
yang berkaitan dengan dapatan kajian - dikaitkan dengan objektif kajian,
pandangan, cadangan dan ulasan
keseluruhan.)
BIBLIOGRAFI
Hashim
Awang. 1997. Kritikan Kesusasteraan:
Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana
Sikana.1990. Sastera Melayu Moden:
Perubahan dan Tamadun. Bandar Baru Bangi. Penerbitan Karyawan.
Mohamad
Mokhtar Hassan (xxxx). YYYYYYYYYYYYYYYYYY.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad
Haji Salleh.2000. VVVVVVVVVVVVVVVVVVVVV.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Radiah
Yusoff dan Nor’Aini Ismail. ( 2000 ). “Weltanschauung Semantik Melayu Terhadap
Sungai : Kajian Makna Tak Harafiah dalam Bahasa Kiasan dan Pantun” dalam Jurnal
Dewan Bahasa, 44 ( 7 ): 738-748.
Subscribe to:
Posts (Atom)