MULTIMEDIA DALAM SASTERA
Kewujudan teknologi maklumat kini menawarkan pelbagai pilihan
kepada masyarakat.
Kini tradisi penyebaran dan penghayatan sastera telah
menerima dimensi baharu, iaitu karya sastera boleh dihayati dalam bentuk
multimedia.
3.1 Pengenalan multimedia dalam sastera
Multimedia merupakan proses komunikasi berasaskan teknologi
komputer yang menggabungkan penggunaan unsur digital seperti teks, audio,
grafik, animasi dan video untuk meyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata
gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi.
Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan komputer untuk mencipta,
menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.
Oleh itu multimedia telah dijadikan satu medium untuk
menyebarkan maklumat berkaitan dengan sastera yang terdiri dari karya
tradisional dan karya moden.
3.1.1 Konsep
Multimedia merupakan salah satu medium atau pengantara yang
digunakan untuk menyebarkan karya sastera kepada masyarakat atau khalayak.
Sastera dalam konteks ini dirujuk sebagai bahan yang akan
digunakan untuk disebarkan melalui medium multimedia. Dengan adanya multimedia,
kefahaman terhadap ilmu kesusasteraan melayu akan dapat difahami dengan mudah
dan berkesan.
3.1.2 Fungsi
1. Mempelbagaikan medium sastera.
Selama ini medium sastera mungkin tidak terlibat secara
langsung dengan penggunaan komputer dan elemen multimedia yang lain. Jika ada,
ia hanya setakat berbentuk persembahan semata-mata tetapi bukan diterapkan melalui
pembelajaran formal. Oleh itu multimedia pada kali ini akan lebih akrab
terhadap sastera dan begitulah sebaliknya.
2. Memeperjelaskan konsep yang abstrak.
Dalam kesusasteraan melayu tedapat beberapa konsep yang
abstrak. Sebagai contoh, jika kita ingin menjelaskan gaya bahasa tertentu
seperti personifikasi dan metafora. Mungkin multimedia mampu membantu
menjelaskan gaya bahasa tersebut secara grafik, animasi, audio video dan teks.
Jika ingin menjelaskan gaya bahasa personifikasi dengan menunjukkan daun nyiur
yang melambai-lambai ditiup angin. Mungkin juga boleh melukis gambar hati dan
di dalamnya ada taman bagi menggambarkan metafora "taman hati". Di
situ kita mampu menjelaskan perkara yang nyata dan abstrak sifatnya. Mungkin
pada aspek yang lebih abstrak lagi, bahan-bahan sastera yang sebegitu akan
lebih mudah difahami.
3. Penggunaan pelbagai indera.
Kita sering menggunakan pelbagai indera untuk memaham tentang
sesuatu perkara. Oleh itu multimedia mampu menarik perhatian panca indera kita
samada melalui pandangan mata, pendengaran, perasaan dan daya sentuh kita
ketika berinteraksi secara interaktif dengan bahan multimedia.
4. Kesan apresiasi yang lebih mendalam.
Secara mudah maksud apresiasi adalah kesan penghayatan
terhadap sesuatu perkara. Dalam konteks sastera, sudah tentu ia merujuk kepada
pelbagai bahan yang ada dalam karya sastera. Oleh itu, multimedia mampu
memberikan kesan apresiasi yang tinggi jika bahan sastera itu divideo, dilukis
dan dianimasikan.
3.2 Prinsip asas multimedia dalam sastera
3.2 1 Teks
Teks adalah terdiri dari huruf, simbol, abjad, nombor dan
statistik. Ia menggunakan pelbagai jenis tulisan dan fon. Teks lazim digunakan
dalam multimedia. Warna tulisan dan saiz teks juga memainkan peranan yang
penting dalam persembahan multimedia. Jika elemen multimedia yang lain boleh
digunakan bersama teks dan ia akan menjadi lebih menarik. Umpamanya unsur
animasi boleh digunakan ketika mempersembahkan teks.
3.2.2 Grafik
Ia merupakan apa-apa sahaja yang berbentuk tulisan, lukisan,
lakaran atau gambar dalam bentuk 2D dan 3D. Kadang-kadang grafik juga boleh
dipersembahkan dalam bentuk histogram mudah, plot graf, carta dan ilustrasi.
3.2.3 Audio visual
Audio secara mudah disebut sebagai bunyi-bunyian. Ia
merupakan satu cara yang berkesan untuk menarik perhatian pengguna multimedia.
Kadang-kadang ia berbentuk kesan bunyi yang ringkas akan dapat menarik
perhatian. Malah kesan bunyi akan lebih menarik jika disertakan pula bunyi
muzik dan lagu. Audio juga boleh diambil daripada bunyi alam seperti suara
ombak, bunyi unggas, guruh dan lain-lain.
Video pula merupakan cara berkesan bagi menyampaikan maklumat
yang gagal ditangani oleh media lain. Unsur video dalam multimedia membawa satu
perubahan besar di dalam kaedah penyaluran maklumat. Kebanyakan video mampu
membawa unsur menyerupai keadaan sebenar.
3.2.4 Animasi
Animasi adalah pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi dalam
aplikasi multimedia mampu menarik perhatian khalayak (penonton, pembaca dan
pendengar). Animasi sesuatu yang mustahil atau kompleks berlaku dalam kehidupan
sebenar direalisasikan dalam aplikasi tersebut.
3.3 Pembinaan papan cerita
3.3.1 Konsep
Papan cerita (story board) adalah skrip yang memberikan
panduan iaitu input dan maklumat dalam proses pemindahan dalam bentuk multimedia.
Papan cerita memperinci kandungan dan keperluan yang
diperlukan dalam sesuatu proses pemindahan/persembahan.
Papan cerita sebagai lakaran grafik, skrin paparan yang
dilihat oleh pengguna bersama dengan maklumat audio, video dan kesan interaktif
pada setiap bingkai (frame).
3.3.2 Fungsi/Tujuan Papan Cerita
1. Persediaan bahan.
Papan cerita akan mencatatkan segala keperluan terhadap bahan
multimedia yang akan dibina. Misalnya jika penceritaan memerlukan gambar yang
dilukis, maka catatan di papan cerita akan membantu ingatan pembina multimedia
agar menyediakan lukisan berkenaan. Begitu juga jika memerlukan bahan lain
seperti bahan video, bahan audio dan visual yang lain.
2. Penyediaan instrumen multimedia.
Instrumen multimedia mungkin dicatatkan dalam papan cerita
sebagai bahan yang berkait dengan "hardware" dan
"software". Keperluan instrumen ini bergantung kepada kemampuan pihak
yang akan membina multimedia. Persediaan software seperti powerpoint, movie
maker dan lain-lain adalah perlu. Begitu juga persediaan hardware seperti
kamera, alat imbasanm perakam suara dan lain-lain. Semua instrumen ini akan
dicatat dalam papan cerita.
3. Penyediaan keperluan.
Keperluan tambahan yang berkait rapat dengan multimedia juga
dicatat di dalam sesebuah papan cerita. Bahan-bahan tersebut akan membantu
meningkatkan kualiti sesebuah multimedia. Umpamanya, jika sesebuah papan cerita
itu memerlukan aktiviti rakaman, maka sebuah studio yang sesuai perlu
disediakan bagi tujuan tersebut. Kadangkala persediaan keperluan lebih lama
berbanding proses mencipta multimedia.
4. Perbelanjaan
Tidak ada catatan perbelanjaan yang khusus perlu dicatat di
dalam sesebuah papan cerita. Namun segala keperluan yang dicatatkan tentunya
mempunyai kos tertentu. Oleh itu papan cerita akan membantu seseorang pembina
multimedia menganggarkan kadar perbelanjaan yang bakan dikeluarkan. Semakin
canggih rancangan di papan cerita, maka semakin tinggilah perbelanjaan yang
bakal dikeluarkan.
3.3.3 Format
1. Tidak bersifat rigid.
Papan cerita tidak menetapkan secara khusus formatnya. Apa
yang penting, elemen multimedia yang harus ada dapat dijelaskan di atas lakaran
papan cerita. Bentuk format tersebut adalah bergantung kepada kreativiti
pencipta papan cerita. Semakin banyak rancangan, maka semakin luas ruang yang
perlu disediakan dalam papan cerita.
2. Mempunyai maklumat yang dicadangkan sama ada huraian teks,
grafik, animasi atau audio-visual.
Walaupun tidak rigid dari segi format, namun maklumat yang
wajib ada dalam sesebuah papan cerita mesti mengandungi teks, grafik, animasi
dan adio-visual. Setiap elemen ini perlu dijelaskan secara detail agar tidak
menimbulkan kekeliruan ketika proses membina multimedia.
3. Sesebuah lakaran papan cerita terdiri daripada sejumlah
bingkai.
Terdapat banyak bingkai dalam sesebuah papan cerita. Setiap
bingkai akan menentukan rancangan aktiviti masing-masing.
4. Bingkai tersebut adalah penunjuk sesuatu rincian.
Setiap bingkai akan mencatatkan perincian yang dapat
menjelaskan kepada sesiapa sahaja yang membaca papan cerita tersebut. Jika
tiada perincian dibuat, mungkin akan mendatangkan masalah jika proses pembinaan
itu dibuat oleh pihak lain.
Prosedur papan cerita.
1. Perancangan
Perancangan awal adalah penting untuk memastikan proses
pembinaan papan cerita tersusun mengikut kronologi dan mengelakkan kecelaruan
ketika perlaksanaan. Namun perancangan ini bersifat fleksibel dan boleh diubah
suai.
2. Perbincangan.
Perbincangan perlu dilakukan sesama rakan yang hendak membina
multimedia. Aktiviti ini adalah perlu bagi menyelaraskan antara kehendak dalam
perancangan dengan realiti ketika perlaksanaan hendak dibuat. Mungkin ada
perancangan yang perlu diubahsuai kerana faktor kekangan masa, ruang dan kos.
3. Pelaksanaan.
Ia bermaksud melaksanaan pembinaan papan cerita yang sebenar.
Pada hakikatnya penyediaan papan cerita tidaklah terlalu rigid formatnya. Cukup
sekadar mempunyai frame yang sepatutnya. Ada ruang melukiskan lakaran tertentu
dan diterangkan matlamat sesuatu papan cerita yang hendak dibina. Setelah itu
semua aspek yang berkaitan dengan pengisiaan ruang frame papan cerita hendaklah
dilengkapkan.
4. Kenalpasti keperluan.
Keperluan boleh dilihat dari aspek penyediaan bahan, hardware
dan software. Malah aspek kos juga perlu diambil kira kerana semakin kompleks
rancangan dalam papan cerita maka semakin bertambahlah kos yang akan diambil
kira.
5. Elemen multimedia.
Elemen multimedia sudah tentu mengambil kira aspek teks,
grafik, animasi dan audio visual. Empat elemen ini pula mempunyai pelbagai
elemen kecil yang lain dan perlu diperincikan kaedah penyediaan dan cara
mendapatkan bahannya.
3.4 Aplikasi multimedia dalam sastera - prosa dan puisi
3.4.1 Prosa
3.4.2 Puisi
Langkah penyediaan projek multimedia.
1. Mengenalpasti bahan yang akan dimultimediakan.
2. Menyediakan papan cerita - mengenalpasti multimedia yang
sesuai.
3. Pembinaan/penghasilan
4. Pengeditan/pemurnian.
5. Persembahan
Ciri-ciri penerapan elemen multimedia.
1. Memberi kesan dan daya tarikan.
Kesan dan daya tarikan akan dapat diterapkan melalui beberapa
kaedah seperti kesan bunyi dan kesan cahaya.
2. Membantu memberikan kefahaman.
Kefahaman tidak semestinya melalui persembahan bahasa dalam
teks. Ia boleh difahami juga melalui kesan ilustrasi dan gambaran suasana.
Mungkin juga kefahaman boleh dijelaskan dengan berkesan apabila dibantu dengan
audio visual yang berkesan.
3. Tidak menimbulkan sesuatu yang bercanggah atau
bertentangan dengan sesuatu konsep.
Percanggahan akan membawa kepada konflik dari sudut pemahaman
maksud tetang sesuatu perkara.
4. Mengambil kira elemen sosio-budaya dan sensitiviti.
Aspek sosio budaya dan sensitiviti ini perlu diambil kira
semasa memasukkan elemen multimedia. Kadang-kadang simbol-simbol tertentu
sangat sensitif kepada sesetengah penganut agama. Malah kadangkala warna juga
memainkan peranan penting kepada sebilangan masyarakat tertentu. Oleh itu
menjaga hati dan perasaan sebahagian ahli masyarakat juga perlu diambil kira ketika
membina multimedia