Taj Us Salatin
Ringkasan Maksud Isi Teks
a) Syarat yang Harus Dipelihara oleh Segala
Raja
Syarat pertama raja hendaklah adil. Iaitu
merasakan dirinya seperti kedudukan pengadu masalah.
Syarat kedua. Raja hendaklah sedia menerima
aduan rakyatnya dengan sifat terbuka dan mengalu-alukan kedatangan rakyat.
Syarat ketiga. Raja hendaklah beriman dan
jangan mengikut nafsu.
Syarat keempat. Raja hendaklah menghukum
dengan sabar, lemah lembut dan menghindarkan rasa kebencian terhadap pelaku.
Rujuk kisah Raja Ma'mun.
Syarat kelima. Raja hendaklah menghukum
demi mendapat keredaan Allah. Menghukum dengan kebenaran (hak).
Syarat keenam. Raja hendaklah ingat bahawa
segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat.
Sebaliknya jika raja berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.
Syarat ketujuh. Raja hendaklah menghormati
golongan bijak pandai (orang berilmu). Perlu bersikap merendah diri dan tidak
berbangga dengan kedudukannya sebagai sultan. Sesungguhnya ilmu orang bijak
pandai (pendeta) itu lebih mulia daripada kedudukan seorang raja.
Syarat kelapan. Raja hendaklah
menghindarkan diri daripada sikap takbur.
Syarat kesembilan. Hendaklah segera
bertindak menyiasat aduan rakyat dan menyegerakan hukuman demi menjaga
kebajikan rakyat. Jika raja berdiam diri terhadap sebarang aduan rakyat, ia
akan menyebabkan rakyat rasa teraniaya.
Syarat kesepuluh. Raja hendaklah bijaksana
dan berhati-hati terhadap rakyat yang mengadu hal kepadanya.
b) Syarat yang Harus Dipelihara oleh
Menteri.
Syarat pertama. Menteri hendaklah memberi
khidmat yang terbaik kepada rakyat.
Syarat kedua. Menteri hendaklah berterima
kasih kerana pemberian raja dan anugerhnya.
Syarat ketiga. Menteri hendaklah berbelanja
dengan kebenaran raja. Perbelanjaan hendaklah mengikut keperluan dan tidak
membazir.
Syarat keempat. Menteri hendakalah mencari
sumber harta bagi raja.
Syarat kelima. Menteri hendaklah
menyediakan segala keperluan raja, pakaian dan kenderaan raja.
Syarat keenam. Menteri hendaklah
mengingatkan raja supaya jangan melanggar hukum syarak.
Syarat ketujuh. Menteri hendaklah menegur
kesilapan raja jika melanggar hukum syarak.
Syarat kelapan. Menteri jangan sombong
(maghrur) kerana pangkatnya. Jangan mengasari rakyat.
Syarat kesembilan. Menteri hendaklah
mencari harta untuk dirinya sekadar memenuhi keperluan dirinya sahaja dan
jangan berlebih-lebihan.
Syarat kesepuluh.Menteri hendaklah mencari
maklumat tentang keselamatan negara melalui maklumat rakyat jelata.
c) Syarat yang Harus dipelihara oleh Pegawai.
Syarat pertama. Pegawai hendaklah
mendahulukan perintah Allah dan menyedari bahawa raja juga makhluk Allah.
Syarat kedua. Pegawai hendaklah menghargai
pemberian raja dan memuliakan rajanya.
Syarat ketiga. Pegawai hendaklah
menunjukkan perkara yang baik di depan raja dan menyembunyikan apa-apa perkara
yang sukar tentang dirinya.(Baca kisah dalam teks)
Syarat keempat. Pegawai harus mengutamakan
tugasnya berbanding mendapat keredaan sultan.( Baca kisah dalam teks.)
Syarat kelima. Pegawai hendaklah lebih
takut (taqwa) kepada Allah berbanding rajanya.
Syarat keenam. Pegawai hendaklah
menyempurnakan segala pekerjaan dunia raja namun jangan lupa dengan pekerjaan
akhirat dirinya.
Syarat ketujuh. Pegawai hendaklah jangan
bersubahat dengan raja untuk menaniaya rakyat, kerana dirinya akan mendapat
balasan yang sama di akhirat kelak.
Syarat kelapan. Pegawai jangan memuji orang
lain yang tidak di kenalinya di hadapan raja.
Syarat kesembilan. Pegawai hendaklah
menunjukkan kepada raja dahulu akan segala milik kesukaannya.
Syarat kesepuluh. Pegawai hendaklah menjaga
tutur kata dan tingkah laku dan seluruh anggotanya apabila
berhadapan dengan rajanya.
No comments:
Post a Comment