Mitos Secekak Kertas Tisu
Sinopsis
Wang bukan segala-galanya. Ketika wang
mempunyai nilai yang tinggi, kita sangat bergembira untuk memiliki pelbagai
barangan dan keperluan. Apabila nilai wang jatuh, manusia menjadi keluh kesah
dan porak peranda. Lebih-lebih lagi apabila nilai wang jatuh yang menyebabkan
harga barangan terlalu mahal. Wang yang banyak tidak mampu memiliki sejumlah
barangan yang banyak dan tinggi nilainya. Manusia boleh hilang pegangan akibat
mempunyai masalah kewangan. Sejarah wang
telah bermula sejak sekian lama. Terdapat banyak pendapat tentang asal usul
wang. Daripada tamaddun awal manusia hinggalah
berlakunya revolusi perindustrian. Malah sebelum itu, matawang asalnya
diperbuat daripada emas dan perak yang kemudiannya wujud dalam bentuk kertas
yang diberi nilai. Manusia perlu sedar supaya mengelakkan diri daripada menjadi
hamba kepada wang. Razeki kita bukan tertakluk kepada nilai wang semata-mata.
Teguhkan iman dan yakinlah bahawa Allah yang memberi rezeki untuk kita.
(Terbitan Dewan Sastera 1998)
Cuba fahamkan tajuk cerpen. Maksud mitos
itu satu kepercayaan yang dipercayai benar. Apa yang masyarakat percaya itu
selalu dikaitkan dengan unsur luar biasa dan unsur suci. Namun dalam kes wang
kertas secekak itu mungkin tiada yang jelas unsur sucinya. Tetapi ia memberi
impak luarbiasa. Jika kita fahami naik dan turunnya nilai matawang dalam
ekonomi kita akan cepat faham bagaimana masyarakat dunia termasuk negara kita
bimbang bila nilai matawang jatuh. Wang yang banyak hanya boleh mendapat barang
dan perkhidmatan yang sedikit bila nilainya jatuh. So matawang itu jadi satu
dogma dan menakutkan ramai orang jika jatuh nilainya. Mereka takut tak cukup
makan, pakaian dan tempat tinggal. Hal ini dikaitkan dengan beberapa ayat dalam
cerpen yang menggambarkan secekak kertas tisu itu adalah wang yang sudah tiada
nilai. Asalnya nilainya macam emas malah kadang lebih tinggi daripada itu. Bila
sudah tiada nilai maka ia macam sehelai kertas tisu yang gunanya hanya untuk
lap kekotoran. Seluruh cerpen ini berkait dengan kebimbangan masyarakat
terhadap kejatuhnnya melalui penceritaan watak "dia". Lalu bagi yang
beragama Islam sepatutnya percaya bahawa rezeki manusia bukan semestinya sumber
wang. Ada lagi lain cara untuk dapat rezeki. Contoh bercucuk tanam, nelayan dan
lain-lain kerana yang dikatakan rezeki itu ialah apa yang kita dapat makan dan
masuk dalam mulut kita. Itu sebab dalam cerpen tersebut ada menyebut
burung-burung masih bebas terbang mencari rezeki tanpa risau tentang kejatuhan
"dia" secekak kertas yang jatuh nilai menjadi seperti tisu yang murah
harganya.
Beberapa soalan di kalangan pelajar tentang
maksud perkataan
1. "Dia" bermaksud kertas tisu
yang seharga emas (matawang). Lihat hlm 137.
2. "Aku" mewakili diri sendiri
selaku penduduk negara ini.
3. Ayah dan ibu bolah bermaksud pemimpin
negara termasuk Perdana Menteri yang sering bercakap tentang isu-isu dan masalah
negara.
4. "Mengetuk pintu rumahku?" hlm
131 bermaksud masalah telah datang ke negara kita.
5. "Ambulan" boleh bermaksud
aktiviti menyelamat. Dalam konteks isu kejatuhan nilai matawang dan
menyelamatkan ekonomi negara ialah langkah menambat nilai matawang kepada suatu
nilai (contoh : RM3.80 untuk 1 dollar Amerika)
Senario isu kewangan semasa pada tahun
1998.
Malaysia pernah mengalami Krisis Kewangan
pada akhir abad ke-20 iaitu pada tahun 1997 dan 1998. Krisis ini turut dialami
beberapa negara serantau di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina dan
Indonesia. Kejatuhan nilai Baht di Thailand dikatakan sebagai pencetus utama
kepada permasalahan ini. Masalah ini turut menghilangkan keyakinan para pelabur
di beberapa negara Asia Tenggara seterusnya mengakibatkan pelabur-pelabur asing
di negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina melarikan diri.
Malaysia yang turut tidak ketinggalan merasai kesan kehilangan keyakinan para
pelabur asing dapat menanganinya dengan pelbagai campur tangan kerajaan.
Terdapat beberapa fakta menarik mengenai Malaysia semasa mengalami krisis
kewangan ini.
Kesan daripada krisis ekonomi dan kejatuhan
nilai wang yang membabitkan negara Malaysia, maka Bank Negara telah
melaksanakan satu dasar tambatan nilai matawang demi menyelamatkan negara kita
daripada terus menghadapi kejatuhan nilai ringgit. Berikut adalah cerpen yang
ditulis dalam tahun berkenaan (1998), dan perlu difahami berdasarkan senario
krisis matawang tersebut.
Cuba fahami petikan di bawah:
Kata ayah, dia itu adalah seberkas kertas tisu, asalnya pengelap
keringat atau pencuci najis yang terletak di tandas, kemudian melayang-layang
ke seluruh dunia dengan penghargaan dan penilaian yang luar biasa melebihi emas
tulen, Angin perkembangan dunia menyebabkan dia itu berada di sini. Dia jatuh
di sini.
"Berapakah umur dia yang jatuh itu?
Kata orang di sudah wujud dalam zaman tamadun Sumeria dan tamadun lemah
Sindhu, 4000-3000 tahun Sebelum Masihi.
(Halaman 128, Permata Sastera Melayu MPM)
Ulasan:
"Dia" bermaksud helaian kertas
yang asalnnya bernilai rendah. Apabila dia diberi nilai, maka nilainya telah
meningkat melebihi nilai emas. Oleh itu adalah tidak menjadi mustahil bahawa
suatu masa, nilai yang tinggi itu akan jatuh pula termasuk di negara ini.
Juga baca di bawah:
"Dia jatuh! "
"Dia jatuh!"
Seluruh pekan kecil ini menjadi histeria. Puluhan, ratusan, ribuan,
erkejar ke tempat dia jatuh.
"Tentu dia luka parah." kata seorang
"Tentu dia luka parah, Tentu!"
"Memang dia luka parah. Panggil ambulan!"
Demikianlah kegemparan sepekan kecil itu pada pagi kejadian. Juga
beberapa hari kemudian. Atau berbulan-bulan kemudian. Atau bertahun-tahun
kemudian.
Kata orang, dia menghilang apabila
ambulans tiba.
(Halaman 131, Permata Sastera Melayu MPM)
Ulasan:
Istilah ambulan bagi petikan di atas boleh
dikaitkan dengan aktiviti menyelamat. Apabila nilai matawang jatuh maka
aktiviti menyelamat pada waktu itu adalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh
pihak Bank Negara iaitu menambat nilai ringgit pada satu nilai tertentu.
Langkah tersebut telah menyelamatkan negara daripada menghadapi kejatuhan nilai
matawang berterusan. Perkara tersebut digambarkan pada ayat Kata orang, dia
menghilang apabila ambulans tiba.
Baca pula petikan berikut:
"Ya Tuhan. Perteguhkan imanku. Biarlah
aku tidak terjejas oleh kejatuhan kertas tisu seharga emas itu. Ikan mencari
makan tanpa mempedulikan dia yang jatuh. Selama ini pun Engkau, ya Allah, yang
memberi rezeki, bukan dia. Perteguhkan imanku. Kaulah yang memberi rezeki itu.
Bukan dia."
(Halaman137, Permata Sastera Melayu MPM)
Ulasan:
Gambaran petikan diatas mengukuhkan
pendapat yang mengatakan dia adalah "wang" dan nilainya yang asalnya
kertas biasa dan kemudian diberi nilai oleh manusia.
Maksud Mitos:
Mitos merujuk kepada satu cerita dalam
sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara
yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu
kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan. Ia selalunya
satu dogma yang dianggap suci dan mempunyai konotasi upacara
( Sumber wikipedia)
Mitos juga bermaksud cerita zaman dahulu yg
dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan
tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam,
dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka,
dongeng; memitoskan
(sumber
dewan bahasa dan pustaka)
Ulasan:
Berdasarkan kepada dapatan di atas, maka
kepercayaan masyarakat terhadap sejenis kertas yang dianggap bernilai oleh
dianggap satu mitos. Mitos yang kononnya secekak kertas itu boleh membuatkan
seseorang itu bahgia atau sengsara. Semacam ada satu pengaruh luar biasa dan
dipercayai benar oleh sebilangan orang ramai kepada nilai wang. Cuma dalam
konteks maksud mitos cerpen ini, ia tidak wujud unsur-unsur suci pada pandangan
agama secara nyata.
Tema
Bertemakan tentang masalah ekonomi semasa
iaitu kejatuhan nilai mata wang. Manusia di dunia termasuk di negara kita
menjadi resah dan tidak menentu kerana nilai wang. Bagi mereka, kejatuhan nilai
matawang telah menyusahkan kehidupan dan ramai cuba menyalahkan pihak lain
kerana nilai wang jatuh. Seolah-olah manusia telah menjadi hamba kepada wang
dan manusia lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah. Manusia lupa untuk
berikhtiar mencari sumber lain bagi mendapatkan barangan dan keperluan harian
sebagaimana yang telah dilakukan oleh seekor burung ketika mencari rezeki (hlm
137).
Pemikiran
1. Krisis matawang yang melanda telah
menyebabkan rakyat gelisah.
Mitos dikaitkan dengan kepercayaan. Sesuatu
yang dipercayai benar. Ramai orang percaya kononnya sehelai kertas itu
mempunyai nilai dan ramai percaya tanpa helaian kertas itu, kita akan sengsara.
Malah ada yang menjadi leka kerananya. Jika helaian kertas itu semakin jatuh
nilainya sehingga akhirnya tidak bernilai, maka ia tidak ubah umpama nilai
secekak kertas tisu sahaja. Tisu akan dibuang di tempat longgokan sampah
apabila tidak diguanakan lagi. Harga tisu amat murah, kerana itu ia mudah
dibuang. Bayangkan jika dahulu kita mampu membeli 100 biji kuih dengan RM10 sebaliknya
kini kita hanya mampu memiliki 25 biji kuih sahaja dengan wang yang sama.
2. Nilai matawang bukan penentu kebahagiaan
hidup
Ramai orang menjadi resah kerana kejatuhan
nilai matawang. Namun penentu kebahagiaan hidup bukan ditentukan oleh nilai
wang semata-mata. Masih banyak faktor penentu lain yang mampu membuatkan
seseorang itu bahagia.
3. Jangan menjadi hamba wang.
Ramai orang percaya bahawa kejatuhan
matawang akan menyebabkan kesusahan dan hilang banyak rezeki. Mereka telah
berusaha siang malam semata-mata untuk mengumpulkan duit yang banyak. Semoga
dengan duit yang banyak akan menyelamatkan diri mereka daripada kemiskinan dan
papa.
4. Yakin dengan kekuasaan Allah yang
memberi rezeki kepada manusia.
Sebenarnya pemberi rezeki kita adalah Allah
swt. Keyakinan kepada perkara yang lain selain Allah akan menjejaskan keimanan
kita. Mempunyai wang sememangnya penting, namun kita tidak boleh meyakini
bahawa mempunyai wang maka kita mempunyai banyak rezeki. Pengarang mengambil
contoh burung-burung yang terbang tetap memperolehi rezeki tanpa menghiraukan
kejatuhan nilai wang (secekak kertas tisu).
Bincangkan watak "dia" dalam
cerpen mitos secekak kertas tisu.
1. Dia telah ditafsirkan dengan pelbagai
maksud.
2. Dia adalah kertas tisu.
3. Dia asalnya mempunyai nilai yang rendah
4. Dia telah diberi nilai yang tinggi.
5. Dia kemudianya telah jatuh nilai.
6. Dia kini sudah menghilang.
7. Dia telah membuat manusia resah gelisah.
8. Dia mempunyai sejarah yang panjang.
No comments:
Post a Comment