Hikayat Nabi Wafat
Sinopsis
Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua
orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikul Maut atas arahan Allah. Nabi bersedih
kerana akan meninggalkan umatnya yang dikasihi. Beliau telah berpesan kepada anak
dan isterinya agar jangan bersedih dan menerima hakikat takdir serta berjanji
akan bertemu semula di hari akhirat kelak. Kemudian Rasulullah pun pergi ke
masjid untuk solat Jumaat yang terakhir. Baginda telah membaca khutbah dan
mengimamkan solat. Setelah itu Rasulullah pun membuat pengumuman kepada sidang
jumaat yang ingin menyelesaikan perkara-perkara tertentu termasuk hutang
sebelum beliau wafat supaya tidak menjadi beban di hari akhirat kelak. Ada
seorang sahabat bernama Akasyah, ingin menuntut hutang kerana telah terpukul
oleh cemeti Rasulullah ketika perang. Akasyah ingin membalas balik ke atas
Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama tersebut. Para sahabat dan
ahli keluarga baginda bersedih namun Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya.
Rasulullah diminta membuka baju supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan
cemeti. Sebaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus mencium perut (pusat)
baginda kerana niat beliau bukan untuk memukul baginda tetapi ingin melihat
kelebihan yang ada pada badan baginda yang bercahaya. Setelah peristiwa
tersebut, baginda telah mengumumkan pengganti imam di masjid ialah Saidina Abu
Bakar. Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali. Setelah sampai
waktunya, Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam di luar
rumah baginda. Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikahbarkan bahawa
segala bidadari dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium
kepala Fatimah, nabi pun wafat.
No comments:
Post a Comment