Soalan Peperiksaan Percubaan KMK Semester 1( 2012)
922/1 STPM
SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN KAMUNTING
34600
KAMUNTING.
KESUSASTERAAN
MELAYU KOMUNIKATIF
KERTAS 1
(DUA JAM)
SIJIL TINGGI
PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PEPERIKSAAN
PERCUBAAN TAHUN 2012
Arahan kepada calon :
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
Jawab tiga soalan sahaja : satu soalan daripada
tiap-tiap bahagian A, B, dan C.
Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda
[ ]
Kertas soalan
ini 5 halaman bercetak
© Disediakan oleh : Zulkiflee Bin Abd. Manaf
SOALAN PENGUKUHAN
KMK 2012
Bahagian A :
Puisi
[ 25 markah ]
Jawab satu soalan sahaja.
1. Baca
puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak
sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang
budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung
Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi
yang baik dikenang juga.
Tenang-tenang air dilaut
Sampan
kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi
yang baik rasa nak junjung.
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata
Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan jenis puisi
di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi
tersebut ?[7]
(b) Huraikan empat nilai
kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? [12]
(c) Bincangkan tiga peranan
puisi tersebut kepada masyarakat? [6]
2. Baca
sajak di bawah ini dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
PERNAHKAH
ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
(karya
Baha Zain)
i
Aku terbangun pada waktu tengah malam
membuka jendela melihat seluas alam
pernahkah engkau terbangun seperti ini
Diganggu mimpi buruk atau gelisah rindu.
Lihatlah gelap pekat di mana-mana
nampakkah engkau di sana ada pelita?
Pada setiap jalur cahaya ada bayang-bayang
tidak pekat hitam, tetapi remang-remang.
ii
Sepi malam melindungi engkau dari bisikan
orang
kecuali di kiri kanan ada syaitan-syaitan
putuskanlah ke mana matamu memandang
pernahkah engkau secara sedar membuat pilihan?
masuk rongga-rongga hati nurani, sukma kalbu
dan akal budi
atau tergoda bisikan halus syaitan-syaitan itu.
Kita sering melihat cahaya benderang
jauh ke depan
meskipun berdiri dalam gelap pekat atas
tanah perkuburan
di situ kita injak keamanan dengan mencerca
keganasan
kita laungkan suara-suara keramat seolah-olah
kita malaikat
agama jadi alasan, jadi boneka permainan
kita benci perang, kita cinta kedamaian
jadi slogan perjuangan
kita yaringkan suara supaya orang tidak
mendengar:
mendengar bisikan hati nuraninya sendiri,
syaitan lebih nyaring bersuara tentang erti
keamanan
‘Engkau harus kuasai mereka dengan harga
setinggi mana pun
atas nama kemenangan, apa ertinya kedamaian
sebuah kota yang telah menjadi perebutan’.
iii
Perang akan memusnahkan kubu, bangunan,
muzium, galeri dan universiti
perang telah mengoyakkan halaman-halaman
sejarah
perang akan mencipta sejarah baru
di halaman-halaman yang baru
sejarah baru itu hanya derap kaki askar-askar
yang dahulu.
Seorang pemimpin menumpaskan bekas-bekas
keagungan pemimpin lama
jadi tirani apabila mencium bau wang
pernahkah engkau jadi haloba apabila mencium
bau keuntungan?
Perang akan memusnahkan bahasa dan kesenian
yang merumahkan kemanusiaan.
Orang lupa bahawa Islam itu agama kehidupan
untuk semua bangsa yang membenci
persengketaan.
Pernahkah engkau terfikir bahawa engkau telah
dipermainkan?
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata
Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan
tema dan huraikan ciri-ciri sajak di
atas? [4]
(b) Jelaskan empat persoalan
yang terdapat dalam sajak
tersebut? [12]
(c) Dengan
mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa yang
memperlihatkan nilai estetik sajak
tersebut? [9]
Bahagian B :
Prosa Tradisional
[ 25 markah ]
Jawab satu soalan sahaja.
3. Pada suatu
hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya,
“Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara
suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah
kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan.
Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu
hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada
hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda
kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan
pesanan hamba ini.”
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a)
Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di
atas. [5]
(b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam
“Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu,
sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang terdapat dalam petikan di
atas menjadi
kenyataan? [10]
(c) Huraikan lima nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”? [10]
4. Bincangkan lima syarat
yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam “Taj
Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]
Bahagian C :
Prosa Moden
[ 25 markah ]
Jawab satu soalan sahaja.
5. Baca
petikan cerpen di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
“Oh ibu…oh bapa…
+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”
- “Jangan tinggalkan sembayang…”
+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur
terang-benderang?”
- “Bacalah Al-Quran malam dan siang…”
+ Bagaimana hendak hidup selesa di sana?”
- “Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang
Allah larang.”
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata
Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan dua nilai murni yang
terdapat dalam petikan di atas? [4]
(b) Berdasarkan cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya
Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan
oleh
pengarang? [12]
(c) Bincangkan tiga teknik penceritaan yang
digunakan oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah
Busu? [9]
6. Baca petikan drama di bawah dan jawab
soalan-soalan yang mengikutinya.
ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya
dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri.
MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini?
Dengan air liur?
ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan
keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan!
MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka?
ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama!
MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau
bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada ikan bilis yang
mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak
harta!
ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan tiga unsur
moral yang terdapat dalam petikan di
atas. [9]
(b)
Bincangkan empat persoalan drama Asiah Samiah. [16]
- SOALAN
TAMAT –
Skema Jawapan. KMK Percubaan STPM 2012.
1. Baca
puisi di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak
sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang
budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung
Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi
yang baik dikenang juga.
Tenang-tenang air dilaut
Sampan
kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi
yang baik rasa nak junjung.
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata
Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan jenis puisi
di atas dan jelaskan tiga ciri yang terdapat dalam puisi
tersebut ?[7]
(b) Huraikan empat nilai
kemasyarakatan yang terdapat dalam puisi di atas? [12]
(c) Bincangkan tiga peranan
puisi tersebut kepada masyarakat? [6]
(a) Jenis
puisi ialah pantun [1]
Tiga cirri puisi : -
i. Mempunyai
tiga rangkap, satu rangkap mempunyai empat baris.
ii. Setiap
rangkap mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud.
iii. Rima
akhirnya a,b,a,b. a,b,ab. a,b,a,b.
*sertakan contoh. Cirri-ciri yang lain boleh
diterima. [6]
(b) Empat
nilai kemasyarakatan.
i. Masyarakat
yang berpegang pada janji.
ii. Masyarakat
yang sentiasa mengenang budi / jasa .
iii. Masyarakat
yang menyanjung kebaikan yang dilakukan oleh seseorang.
iv. Masyarakat
yang sentiasa melakukan perkara-perkara yang baik.
v. Masyarakat
yang hidup tolong-menolong antara satu sama lain.
*sertakan contoh puisi bagi setiap fakta. Nilai
yang ada kaitan dengan puisi boleh
diterima. [12]
(c) Tiga
peranan puisi.
i. Sebagai
pengajaran / mendidik masyarakat.
ii. Mengingatkan
manusia/masyarakat supaya menepati janji.
iii. Mendidik
masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang positif/baik.
*peranan yang besesuaian dengan puisi boleh
diterima. Sertakan contoh
puisi. [6]
PERNAHKAH ENGKAU MENTAFSIR KEDAMAIAN
(karya
Baha Zain)
(a) Nyatakan
tema dan huraikan ciri-ciri sajak di
atas? [4]
(b) Jelaskan empat persoalan
yang terdapat dalam sajak
tersebut? [12]
(c) Dengan
mengemukakan contoh, huraikan tiga unsur gaya bahasa yang
memperlihatkan nilai estetik sajak
tersebut? [9]
(a) Bertemakan
tentang Keamanan dan kedamaian
Penyajak mengajak pembaca menolak peperangan yang
boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta menghapuskan nilai-nilai
kemanusiaan dan akhirnya
akan
meninggalkan kesan sejarah yang sukar untuk
dilupakan. [2]
Ciri-ciri
sajak – jumlah rangkap, jumlah baris dalam satu rangkap, rima akhir, dll.
*sekurang-kurangnya satu cirri berserta contoh
sajak. [2]
(b) Empat
persoalan.
i. Persoalan
tentang harapan dalam kehidupan
Biarpun terpaksa berdepan dengan kesusahan dalam
kehidupan tetapi masih ada harapan yang diberikan tuhan.
ii. Persoalan
tentang peperangan memusnahkan harta benda
Peperangan telah mengakibatkan kemusnahan harta
benda yang turut memusnahkan monumen sejarah sesebuah negara.
iii. Persoalan
tentang keamanan
Konflik yang berlaku akan mencetuskan situasi yang
tidak menyenangkan lalu suara kedamaian akan dilaungkan bagi menyedarkan
tentang keamanan.
iv. Persoalan
tentang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi
Sering agama dimanipulasikan untuk kepentingan
tertentu kerana agama menolak keganasan dan menyuruh penganutnya berbuat baik
v. Persoalan
tentang gangguan tidur
Tidur penyajak terganggu oleh mimpi-mimpi ngeri dan
teringat seseorang hingga menyebabkan tidurnya tersedar.
*persoalan yang besesuaian boleh
diterima. Sertakan contoh sajak sekurang-surangnya tiga baris sajak bagi setiap
fakta. [12]
(c) Tiga
unsur gaya bahasa. [9]
i. Ansonasi
– perulangan bunyi huruf vokal (a,e,i,o,dan u)
ii. Aliterasi
– perulangan bunyi huruf konsonan selain daripada (a,e,i,o,dan u)
iii. Anapora
– perulangan perkataan/kata diawal baris/ayat.
*unsur gaya bahasa yang lain boleh diterima.
Sertakan contoh sajak.
3. Pada
suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu
katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya
menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah
berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara
menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan,
hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh
hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu
yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah
tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a)
Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di
atas. [5]
(b) Berdasarkan keseluruhan cerita dalam
“Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu,
sejauh manakah firasat Tuan Syeikh Alam Dirimba yang terdapat dalam petikan di
atas menjadi
kenyataan? [10]
(c) Huraikan lima nilai
kemanusiaan yang terdapat dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka”? [10]
(a) Lima
amanat. [5]
i. Kita
mestilah hidup bermuafakat
ii. Janganlah
kita menganiaya orang lain
iii. Janganlah
kita saling dengki mendeki dengan orang lain
iv. Janganlah
membuat fitnah
v. Janganlah
kita menipu
(b) Firasat
Tuan Syeikh Alam Di Rimba – akan datang bala dan huru-hara. [10]
i. Sesuatu
perkara yang dirancang tidak akan berjaya tanpa muafakat
ii. Berlaku
penindasan terhadap orang yang lemah
iii. Sukar
untuk mencapai kemajuan apabila ada sifat dengki
iv. Berlaku
perpecahan dan bunuh membunuh antara satu sama lain kerana fitnah
v. Rosaknya
perhubungan persahabatan apabila berlaku penipuan.
*peristiwa yang lain boleh diterima, sekiranya ada
kaitan dengan teks.
(c) Lima
nilai kemanusiaan. [10]
i. Masyarakat
yang hidup bersatu padu.
ii. Masyarakat
yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan bantuan.
iii. Masyarakat
yang sering menyokong perkerjaan yang baik.
iv. Masyarakat
yang mempunyai pemimpin yang bertanggung jawab.
v. Pemimpin
atau golongan pemerintah yang jujur/amanah/dan bijak.
*nilai kemanusiaan yang berkaitan teks boleh
diterima.
4. Bincangkan lima syarat
yang perlu dipelihara oleh segala raja sebagaimana yang termuat dalam “Taj
Us-Salatin” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu. [25]
i. Pemerintah
mestilah adil.
ii. Pemerintah
yang bertanggungjawab
iii. Pemerintah
yang jujur dan amanah
iv. Pemerintah
mestilah bijaksana dalam menyelesaikan sesautu masalah
v. Menjalankan
pemerintahan berpandukan kitab Al-Quran.
*sebarang syarat yang berkaitan dengan teks boleh
diterima. Sertakan huraian dan contoh peristiwa.
5. Baca petikan cerpen di bawah dan
jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
“Oh ibu…oh bapa…
+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur itu lapang?”
- “Jangan tinggalkan sembayang…”
+ Bagaimana hendak jadikan ruang kubur
terang-benderang?”
- “Bacalah Al-Quran malam dan siang…”
+ Bagaimana hendak hidup selesa di sana?”
- “Buatlah apa yang Allah suruh tinggalkan apa yang
Allah larang.”
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012,
Permata
Sastera Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan dua nilai murni yang
terdapat dalam petikan di
atas? [4]
(b) Berdasarkan cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya
Fatimah Busu, huraikan empat persoalan yang hendak disampaikan
oleh
pengarang? [12]
(c) Bincangkan tiga teknik penceritaan yang digunakan
oleh pengarang dalam cerpen “Melankoli di Atas Rumput” karya Fatimah
Busu? [9]
(a) Dua
nilai murni. [4]
i. Tidak
meninggalkan solat/sembahayang.
ii. Sentiasa
membaca Al-Quran
iii. Sentiasa
mengerjakan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang ditegah
oleh Allah.
*sertakan huraian dan contoh daripada petikan.
(b) Empat
persoalan. [12]
i. Pentingnya
menjaga solat
ii. Keistemewaan/kebaikan
membaca Al-Quran
iii. Pentingnya
mematuhi ajaran agama Islam.
iv. Meninggalkan
perkara-perkara yang ditegah/larang oleh Allah.
v. Balasan
kepada orang yang ingkar.
*persoalan lain yang berkaitan dengan cerpen boleh
diterima. Sertakan hurai dan contoh.
(c) Teknik
penceritaan. [9]
i. Teknik
Imbas Kembali
ii. Teknik
Dialog
iii. Teknik
Monolog
iv. Teknik
mimpi
*sebarang teknik penceritaan yang berkaitan dengan
cerpen boleh diterima, sertakan hurain dan contoh.
6. Baca petikan drama di bawah dan jawab
soalan-soalan yang mengikutinya.
ANAS SAMANDA: Aku kecewa dengan kau! Malangnya
dunia ilmu ini kalau setiap cendiakiawannya memilih untuk memencilkan diri.
MARGA MUDA: Dengan apa kau mahu ubah dunia ini?
Dengan air liur?
ANAS SAMANDA: Dengan kekuatan, dengan iman, dengan
keyakinan, dengan semangat, dengan pengorbanan!
MARGA MUDA: Kau mahu menentang mereka?
ANAS SAMANDA: Kita! Kita bersama!
MARGA MUDA: Aku ucapkan selamat berjaya. Kau
bermimpi di siang hari. Kita semua tidak lebih daripada ikan bilis yang
mengacau perjalanan mereka untuk membuat lebih banyak kekayaan lebih banyak
harta!
ANAS AMANDA: Aku tidak menyangka kau sebacul ini!
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)
(a) Huraikan tiga unsur
moral yang terdapat dalam petikan di
atas. [9]
(b) Bincangkan empat persoalan
drama Asiah Samiah. [16]
(a) Tiga
Unsur Moral. [9]
i. Kita
mestilah berkeyakinan tinggi.
ii. Kita
mestilah berani menghadapi cabaran
iii. Mempunyai
semangat yang kental.
iv. Kekuatan
keimanan yang tinggi
*unsur moral yang lain boleh diterima. Sertakan
huraian dan contoh yang sesuai.
(b) Persoalan
dalam drama Asiah Samiah. [16]
i. Keberanian
– masyarakat yang berani menghadapi cabaran hidup demi kebenaran.
ii. Keimanan
– masyarakat yang mempunyai keimanan yang kuat.
iii. Semangat
kental – masyarakat yang mempunyai semagat juang yang tinggi untuk menegakkan
kebenaran.
iv. Pengorbanan
– masyarakat yang sanggup berkorban demi kebenaran.
* persoalan yang lain boleh diterima. Sertakan
huraian dan contoh yang sesuai.
No comments:
Post a Comment