Hikayat Pelanduk Jenaka
Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam
Berlawan dengan Raksasa)
Sinopsis
Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah
bahawa ada suatu bahaya akan menimpa masyarakat binatang yang tinggal di hutan.
Kemudian msayarakat binatang berkenaan telah pergi ke sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di
sana. Namun di sungai berkenaan terdapat seorang raksasa yang menjadi penunggu
tempat itu. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak
berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman raksasa tersebut.
Malah Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan
dirinya cedera kerana berlawan dengan raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak
itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri daripada
Raksasa.
Kemudaian masyarakat binatang pun meminta
pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka
meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan Raksasa.
Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke tampat Raksasa. Pelanduk
Jenaka mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh.
Pelanduk jenaka pula membuat simpai yang diperbuat daripada rotan. Pelanduk
telah mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara
Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak. Apabila Raksasa datang,
Pelanduk pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya
boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya Raksasa terperangkap
dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang dibadannya. Badan
Raksasa terguling ke tanah. Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata
Raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan
berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut. Setelah Raksasa
dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di
sungai Tinam.
Mengenalpasti jenis dan ciri-ciri prosa
tradisional.
Hikayat Pelanduk Jenaka adalah sebahagian
daripada cerita binatang. Cerita binatang adalah sebahagian daripada cerita
rakyat. Cerita rakyat pula adalah sebahagian daripada sastera rakyat (juga
dikenali sebagai sastera lisan).
Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita
yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat
berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti
cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita
pengalaman.Cerita rakyat juga sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui
bahasa tutur yang berhubung langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti
agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan,
dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut.prosa.
Cerita binatang biasanya menceritakan
sebuah masyarakat binatang yang tinggal di dalam hutan. Golongan binatang ini
boleh bertutur seperti watak manusia. Terdapat watak binatang yang unggul dan
menjadi hero di kalangan mereka sementara binatang yang lain adalah watak kecil
yang sentiasa mengharapkan bantuan. Binatang yang unggul itu biasanya dikaitkan
dengan Sang Kancil dan Pelanduk. Sang Kancil atau Pelanduk digambarkan sebagai
binatang cerdik yang mampu mengatasi sebarang masalah masyarakat binatang. Pada
masa yang sama, terdapat pula ancaman daripada golongan yang dianggap sangat
kuat dan berkuasa. Biasanya golongan yang mengancam keharmonian masyarakat
binatang adalah seperti harimau, buaya, gergasi dan raksasa. Golongan yang
dianggap kuat dan mengancam keselamatan ini akan ditewaskan oleh binatang kecil
yang lebih cerdik akalnya.
Sesuai dengan genre sastera rakyat (sastera
lisan), maka penceritaan tentang kisah binatang akan lebih menarik sekiranya ia
disertakan dengan intonasi suara binatang yang berbeza ketika cerita berkenaan
disampaikan. Khalayak yang biasa mendengar cerita binatang pula biasanya adalah
golongan kanak-kanak. Penyampai cerita pula tidak semestinya golongan
profesional seperti penglipurlara. Ia mungkin hanya disampaikan oleh golongan
penyampai biasa secara turun temurun melalui orang-orang tua di kampung.
Pemikiran
Kehidupan masyarakat rimba yang sedang
menghadapi masalah seperti manusia biasa. Kegiatan mencari rezki meraka telah
terhalang lantaran adanya ancaman raksasa. Mereka telah berusaha menyelesaikan
masalah tersebut namun usaha mereka gagal. Akhirnnya mereka terpaksa memohon
pertolongan daripada golongan bijak pandai dan pakar strategi. Pelanduk Jenaka
merupakan pihak yang menjadi penyelamat atau penyelesai masalah.
Pengajaran
- Perlu berwaspada
- Perlu berusaha menyelesaikan masalah
-Jangan takbur
-Jangan menipu
-Bantulah rakan yang memerlukan
pertolongan.
-Gunakan akal sebaiknya ketika bertindak.
-Perlu bijak merancang strategi (kaedah
penyelesaian masalah).
Persamaan kehidupan manusia dengan
kehidupan masyarakat binatang dalam Hikayat Pelanduk Jenaka.
1. Terdapat golongan manusia yang bersikap
takbur atau bercakap besar. Sang Beruang sangat takbur dan mengatakan bahawa
dirinya mampu mengalahkan raksasa dengan mudah. Hakikatnya Sang Beruang tidak
berkemampuan untuk mengalahkan raksasa secara fizikal. Akhirnya beliau tewas
dan mengaku kalah.
2. Sebahagian daripada manusia bersikap
tidak jujur kepada diri sendiri dan rakan. Perkara ini dapat dibuktikan
berdasarkan sikap badak yang telah mengalami kecederaan. Badak menyatakan
bahawa kecederaan yang telah berlaku ke atasnya adalah disebabkan berlawan
dengan raksasa. Hal tersebut sebenarnya tidak berlaku sama sekali.
3. Manusia kadangkala bertindak dengan cara
yang salah. Mereka tidak menggunakan kelebihan akal yang ada pada diri mereka.
Sebaliknya mereka hanya menggunakan kekuatan fizikal semata-mata. Akibat tidak
bertindak dengan betul, manusia akan mengalami kegagalan dalam usaha mereka
mengatasi masalah kehidupan. Malah ada di antara mereka bertindak
terburu-butru. Masyarakat binatang dalam cerita ini diselubungi rasa takut yang
melampau. Apabila berjumpa raksasa, mereka segera melarikan diri tanpa erfikir
pajang. Akibatnya mereka mengalami kecederaan dan kesukaran.
4. Manusia perlu berkerjasama sesama ahli
masyarakat. Muafakat yang diamalkan oleh masyarakat binatang dalam cerita ini
begitu baik. Mereka cuba memberikan peranan kepada setiap anggota masyarakat
yang ada. Malah Pelanduk juga bijak
mengarahkan rakan-rakan mereka supaya melaksanakan tugasan masing-masing ketika
hendak memerangkap raksasa.
No comments:
Post a Comment