contoh soalan dan Jawapan STPM KERTAS 2
(MODEN)
Bahagian
A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN KRITIKAN SASTERA
Jawab
satu soalan sahaja dalam bahagian ini
Persoalan
dan realiti masyarakat menjadi bahan penting dalam sesebuah karya sastera.
Bincangkan persoalan dan realiti masyarakat berikut:
(a) Reformasi Pemikiran,
(b) Emansipasi Wanita,
(c) Nasionalisme,
(d) Dasar Ekonomi Baru
(e) Perpaduan
[25 ]
(a)
Reformasi Pemikiran
F/H
1: Bertolak daripada amalan khirafat, kepercayaan tahyul, dan adat yang
bertentangan dengan Islam yang masih mengusai masyarakat Islam.
F/H
2: Reformasi pemikiran masyarakat Melayu tentang Islam yang didedahkan melalui
karya kesusasteraan.
F/H
3: Persoalan yang dikemukakan berkait dengan amalan, adat, kepercayaan,
pendidikan, dan kahwin paksa.
F/H
4: Dicetuskan oleh penulis golongan agama sekitar 1920-an yang mendapat didikan
agama di Timur Tengah seperti Syed Sheikh Al-Hadi yang mahu masyarakat Melayu
keluar daripada pemikiran konservertif.
F/H
5: Wujud konflik dan tentangan daripada golongan konservertif Islam yang
dikenali sebagai Kaum Tua.
F/H
6: Persoalan ini berlanjutan sehingga selepas perang seperti dalam novel
“Protes”,karya Shahnon dan “Pertentangan”, karya S. Othman Kelantan
(b)
Emansipasi Wanita
F/H
1: Persoalan tentang perjuangan wanita menuntut kebebasan dan hak yang sama
seperti dalam bidang pendidikan, menentukan masa depan, kebebasan memilih
jodoh.
F/H
2: Keterlibatan kaum wanita dalam
membina bangsa dan tanah air.
F/H
3: Kelahiran novel “Hikayat Faridah Hanum”, karya Syed Sheikh Al-Hadi dan
“Iakah Salmah”, karya Ahmad Rashid Talu menzahirkan persoalan ini.
F/H
4: Persoalan ini terus menonjol dalam karya sehingga zaman selepas perang
seperti dalam “Tanggungan Muda”, karya Pungguk; “Pelayan”, karya Ahmad Lutfi;
“Salina”, karya A.Samad Said, “Ranjau Sepanjang Jalan”, karya Shahnon Ahmad
dsb.
F/H
5: Kemunculan golongan penulis wanita seperti Khadijah Hashim melalui novelnya
“Badai Semalam”dan Adibah Amin “ Seroja Masih di Kolam” menyemarakkan lagi
persoalan ini.
(c)
Nasionalisme
F/H
1: Persoalan ini lahir sekitar 1930-an dengan kemunculan golongan penulis guru
dan wartawan seiring dengan pergolakan sosial, ekonomi dan politik Malaya.
F/H
2: Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 memberi kesan langsung terhadap hak
dan kuasa raja-raja Melayu yang hanya terbatas kepada hal-hal agama dan adat
istiadat Melayu sahaja.
F/H
3: Penjajah terus mengeksploitasi ekonomi dan menidakkan keperluan pendidikan
tinggi anak-anak Melayu.
F/H
4: Kemunculan pertubuhan politik seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang
dipimpin Ibrahim Yaakob dan Ishak Haji Muhammad menyemarakkan lagi persoalan
ini dalam karya sastera.
F/H
5: Persoalan nasionalisme dalam karya-karya novel seperti “ Putera Gunung Tahan
dan “ Anak Mat Lela Gila”, karya Ishak Haji Muhammad serta “Korban Keris
Melaka”, karya Samsuddin Salleh menanamkan semangat cinta kepada tanah air,
membentuk semangat perpaduan bangsa, menggambarkan tindakan penjajah yang tidak
adil dsb.
F/H
6: Persoalan ini hanya reda apabila Tanah Melayu menapai kemerdekaan pada 1957.
(d)
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
F/H
1: DEB digubal apabila perpaduan Negara terancam kerana ketidak seimbangan
ekonomi antara kaum serta struktur masyarakat yang tidak tersusun.
F/H
2: Matlamat utama DEB adalah mengurangkan kadar kemiskinan yang dialami kaum
peribumi dan penyusunan semula masyarakat.
F/H
3: Persoalan kemiskinan memang sudah dibangkitkan oleh penulis sejak zaman
sebelum perang hinggalah Negara mencapai kemerdekaan.
F/H
4: Insiden 13 Mei 1969 mendorong pemerintah menjalankan program DEB untuk
membendung kejadian itu berulang kembali dan ini menjadi inspirasi kepada
penulis untuk mengarap isu ini dalam karya mereka.
F/H
5: Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan menteri kabinet; Tan Sri Ghazali Shafie
yang meminati kesusasteraan telah menyuarakan agar sastera yang dihasilkan
bersifat pembangunan. Karyawan telah menggunakan kesempatan ini memperkukuhkan
persoalan ekonomi dalam karya-karya mereka.
F/H
6: Karya 1970-an menyaksikan persoalan pembangunan ekonomi masyarakat Melayu,
iaitu masalah kemiskinan, kemunduran, dan kedaifan masyarakat Melayu seperti
dalam antologi sajak “ Darah Merah”, karya Jihati Abadi; cerpen “Kota Ke Kota”,
karya Abdullah Hussain; dan novel Shahnon Ahmad seperti “Srengenge” dan
“Rentung”.
(e)
Perpaduan
F/H1: Persoalan perpaduan muncul setelah negara mencapai
kemerdekaan,1957
F/H2: Penulis menyedari hakikat politik negara ini
didukung oleh masyarakat berbilang kaum.
F/H3: Kesedaran penulis tentang kemungkinan
British akan kembali menjajah jika perpaduan kaum menjadi tidak terkawal.
F/H4: Bertujuan menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini. Contoh
“Isteri Leong Beranak”, karya A. Wahab Ali dan “ Subuh”,karya Atan Long.
F/H5: Teras perpaduan ialah kehidupan harmoni yang
berteraskan adat resam, budaya, kepercayaan agama bagi bangsa dan kaum-kaum
yang ada di negara ini. Contoh “Biru Warna”, karya Awang Had Salleh.
F/H6: Dasar yang dibawa oleh para penulis ini
ialah perpaduan boleh dicapai jika ada toleransi dan memahami hakikat persamaan
manusia.
Pilih
5 isi
1
isi = 4 Markah (2 MarkahFakta, 2 Huraian/Contoh)
5
isi X 4 = 20 Markah
Asraf
merupakan antara tokoh dalam bidang kritikan sastera tanah air.
(a) Nyatakan latar belakang beliau.
[5 markah ]
(b) Jelaskan sumbangan dan kepentingannya dalam
perkembangan kritikan di Malaysia.
[20 markah]
Jawapan
(a) Latar Belakang
F1.
Nama penuhnya ialah Mohd Asraf bin Haji Abdul Wahab / nama pena Sastrawijaya
F2.
Dilahirkan pada 11 Jun 1927 di Kampung Asam Jawa, Kuala Selangor.
F3.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Assam Jawa (1934) / lulus
darjah IV di High School Kelang / 1940
bersekolah di sekolah aliran Inggeris, Batu Road Kuala Lumpur ; terhenti ketika
pendudukan Jepun.
F4.
Selepas perang menyambung pelajaran di Victoria Institution.
F5.
Bekerja sebagai kerani JKR di Kuala Selangor.
F6.
Pada 1949 bertugas di Utusan Melayu ,Singapura sebagai pemberita, 1957 sebagai
pengarang.
F7.
Pernah berkhidmat dengan Oxford Universiti Press sebagai pengarang, ketua pengarang dan akhirnya sebagai
pengurus pada tahun 1970.
F8.
Bertugas sebagai Guru Bahasa Melayu di Kolej TAR dan di UKM secara sambilan.
F9.
Tahun 1975 -1977 menjadi pengurus redaksi dan pengarang di Mc Gran Hill Far
Eastern Publisher.
F10.Pada
tahun 1977 menubuhkan penerbitan sendiri, Analekta Sdn.Bhd.
Pilih
4 isi sahaja.
1
isi = 1 Markah Fakta
5
isi = 4 Markah
(b) Sumbangan dan kepentingan Ashraf
Sumbangan
F1 : Bidang Kritikan
H/C:
Penggerak slogan ‘Seni Untuk Masyarakat” dan aktif menulis kritikan contoh “Ke
Mana Haluan Angkatan Sasterawan 50”, Mestika, Disember 1950; “Ke Arah
Kesusasteraan Melayu yang Membangun”, Utusan Zaman, Mac,1951; “Cita-cita
Kesusasteraan Melayu Baru”, Utusan Zaman, September 1952
F2 : Bidang Penterjemahan
H/C:
Sewaktu di Oxford Universiti Press banyak menterjemah buku seperti “Buaya Mati
Dua Kali”, karya Shamus Frazer (1958); “Cinta Pertama”, karya Ivan Turgenev
(1961); dan Gendang Kosong dan Dongeng-Dongeng Lainnya”, karya Leo Tolstoy.
Antologi 8 buah cerpen “Chepu Kancana”
F3
: Buku Teks / Sastera
H/C: 15 tahun di Oxford Universiti Press; sempat
menagani 150 buku pelbagai judul dan kategori. Contoh, Antologi Cerpen “Mekar
dan Segar”, 1959; Antologi Keris Mas “Patah Tumbuh”,1962; Kumpulan Puisi Usman
Awang “Gelombang” dan Kumpulan Puisi Mahsuri SN “Warna Suasana”,1962
F4
: Esei Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
H/C: “Memorandum Angkatan Sasterawan 50,1962 buku;
yang dianggap dokumentari pemikiran ASAS 50.
Pilih
3 isi sahaja.
1
isi = 4 Markah (2 Markah Fakta, 2
huraian/contoh)
3
isi X 4 Markah = 12 markah
Kepentingan
F1:
Salah seorang pengasas ASAS 50
H/C:
Menubuhkan ASAS 50 bersama-sama Usman Awang, Kris Mas, A.Samad Ismail dan
Mahsuri SN di Singapura untuk bersatu dalam satu persatuan yang dapat memajukan
perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu.
F2 : Tokoh pengkritik yang aktif pada sekitar
tahun 1950-an
H/C: Asraf mencanangkan slogan “Seni Untuk
Masyarakat”. Slogan yang menekankan
aspek sosial dan realiti kehidupan serta kepentingan / maanfaat di akhir setiap
pembacaan sesebuah karya.
F3 : Asraf menekankan kesan positif karya terhadap pembaca.
H/C:
Karya seharusnya dilihat dapat menjana pemikiran dan tingkahlaku yang baik bagi
menangani masalah sosial serta kepincangan masyarakat seperti rasuah,
keruntuhan moral, neoupotisme, diskriminasi, dsb.
F4 : Asraf mahukan penulis menjadi agen
perubahan masyarakat.
H/C:
Pengarang dalam karyanya mestilah memiliki matlamat untuk mengubah corak corak
hidup dan arah pendirian masyarakat khasnya golongan bawahan seperti buruh,
petani dan nelayan daripada pasif, mundur kepada aktif dan maju.
F5
: Seorang sasterawan yang amat berminat dan mahir dalam bidang bahasa
H/C:
Dianggap standing Prof. Dr Asmah Hj Omar dan Prof. Dr. Nik Safiah. Banyak
menulis buku-buku bahasa. Cenderung kepada aliran Transformasi Generatif.
F6 : Slogan Asraf berjaya meraih sokongan
kebanyakan penulis ASAS 50.
H/C:
Karya yang dihasilkan penulis ASAS 50 banyak mengutarakan idealisme slogan ini
seperti sajak “Ini Nasi Yang Ku Suap”, karya Mahsuri SN mengutarakan
pemasaalahan petani; Sajak “Gelombang”, karya Usman Awang mengutarakan
masalah nelayan; novel-novel Kris Mas
“Kejadian Di dalam Estet”; “Kedai Sederet Di Kampung Kami” dsb. Mengandungi
persoalan realiti kehidupan.
Pilih
3 isi sahaja
1
isi = 3 Markah (1Markah Fakta, 2 Huraian Contoh)
3
isi X 3 Markah = 9 Markah
Skema soalan no.3
Lima kritikan sosial dalam novel ialah
F1:
Mengkritik perbuatan rasuah
h/c:
1.Watak yang Berhormat Muhd Yusuf apabila mahu laksanakan projek perumahan
dengan Tauke Chan, dia mengharapkan imbuhan 10-20 ribu ringgit daripada tauke
Chan.
2. En.Muhammad sanggup tabur wang 10
ribu untuk mengumpan orang kg Pulai dengan pesta dan perayaan.
3. Datuk Tan telah memberi kereta
Mercedes ‘second-hand’ kepada Penghulu Mahmud dengan tujuan Penghulu Mahmud
menjual tanah kepadanya untuk dijadikan projek perumahan.
F2: Mengkritik sikap suka berjudi
h/c: Sudin suka berjudi tanpa memikirkan larangan
daripada agama Islam.
F3: Mengkritik sikap suka menyebar fitnah
h/c: Mat Akil berniat untuk menyebarkan fitnah
kepada Kassim tentang Sudin yang kononnya melarikan Gayah untuk dikahwini.
F4: Mengkritik sikap menganiaya/menindas orang
lain
h/c:
1. Mat Akil menganiaya pasangan pengantin baru,iaitu Sudin dan Gayah dengan
membuang najisnya di atas katil pengantin.
2.
Yang Berhormat Muhd Yusuf menindas penduduk Kg Pulai, yang hidup dalam
kemiskinan,rata-rata penoreh getah dan menangkap ikan.
F5: Mengkritik masyarakat yang suka menipu/tidak
amanah/tidak jujur.
h/c: Mat Akil menipu rakan-rakannya tentang
pembahagian wang upah yg diberi oleh Sudin.
F6: Mengkritik masyarakat yg mementingkan diri
sendiri.
h/c: En Muhammad tergamak mengusir keluar penduduk
Kg Pulai ke rancangan Felda semata-mata mahu menjadikan Kg Pulai kawasan
perlombongan bijih timahnya.
F7: Mengkritik masyarakat yang tidak bermoral.
h/c: 1. Mat Akil bekas banduan berperangai
buruk,berak atas katil perkahwinan Sudin, memukul dan cederakan Sudin dan Lebai
Maarup.
2. Minah sanggup menjadi perempuan simpanan
Mr.Wong.
3. Sudin kuat minum arak,berjudi dan suka
berhutang.
F8: Mengkritik sikap segelintir golongan
DKA(Darah Keturunan Arab) yang berpegang kuat pada perkahwinan sekufu.
h/c: Syed Arif menolak cadangan Syarifah Mu”inah
untuk menjodohkan Syarifah Mahani denganJahid kerana tidak sekufu.
F9: Mengkritik sikap masyarakat yang hasad
dengki/dendam
h/c: Mat akil
menyimpan perasaan hasad dengki dan dendam terhadap Sudin kerana Mat
Akil tidak dapat mengahwini Gayah,lalu memukul dan mencederakan Sudin dan
membuang najisnya di atas katil pengantin Sudin.
Pilih
5 isi shj
1
isi = 5 markah(2 markah fakta, 3 markah h/c)
5
isi x 5 markah = 25 markah.
Skema soalan no.4
Soalan
Petikan
(a) Yang dimaksudkan “tuan kedai” = En.
Razak = 2
markah.
Harapan tuan kedai terhadap generasi
muda ialah;
F1: Berharap agar pemuda-pemuda tidak lalai dalam
pelajaran.
F2: Berharap agar pemuda-pemuda tidak dilalaikan
dengan barang kemas
F3: Berharap agar pemuda menggunakan otak.
F4: Berharap pemuda-pemuda sanggup memakai sepatu
lusuh dan mengutamakan
buku.
F5: Berharap pemuda-pemudi tidak bergelang demi
mengutamakan buku.
F6:
Berharap agar sepuluh tahun akan datang generasi muda dapat bangun dan mengisi
kemerdekaan dengan usaha dan otak sendiri.
Pilih
3 isi shj.
1
isi = 2 markah(2 markah fakta)
3
isi x 2 markah = 6 markah.
(b) Yang dimaksudkan “kakak” ialah Cikgu
Rukiah/Rukiah = 2
markah.
3
perwatakan kakak ialah,
F1: Seorang yang sanggup/terpaksa berhutang
h/c: Beberapa bulan lalu kakak membeli rantai
leher,kakak hanya membayar sebanyak seratus sepuluh, bakinya akan dibayar
secara beransur. Kakak berterus terang kepada
En.Razak mengatakan yang dia telah ke pajak gadai/pak haji.
F2: Seorang yang mementingkan ilmu.
h/c Kakak sanggup membeli semua buku-buku
walaupun dengan harga yang tinggi semata-mata kerana mementingkan ilmu. Rukiah
mahu belajar lagi walaupun sudah berkerja sebagai guru.
F3: Seorang yang tabah/gigih
h/c: Rukiah tabah dengan cabaran yang dipikulnya
iaitu susah mendapatkan buku rujukan yang diperlukan untuk meneruskan
pelajarannya.
F4: Seorang yang baik hati
h/c: Baik hati terhadap aku, Rukiah selalu membeli
pelbagai barang untuk aku jika keluar ke bandar.
F5: Seorang yang bersemangat nasionalisme
h/c: Kakak sanggup berkorban dengan sanggup
menggadaikan rantai leher semata-mata mendapatkan buku/ilmu pengetahuan.
F6: Seorang yang jujur/berterus terang
h/c: Kakak secara jujur memberitahu tentang
kesempitannya untuk mendapatkan buku-buku kerana tidak cukup wang.
Pilih
3 isi shj
1
isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah h/c)
3
isi x 3 markah = 9 markah.
(c) Bukti cikgu Rukiah mementingkan ilmu ialah;
F1:
Sanggup menggadai barang kemas kerana menghadapi masalah kewangan.
h/c: Kedudukan keluarga yang miskin dan tidak
dapat membantu dirinya melanjutkan pelajaran. Rukiah sanggup menggadai barang
kemasnya semata-mata untuk membeli buku-buku rujukan.
F2: Sanggup membeli buku rujukan dengan cara
ansuran
h/c: Walaupun harga buku itu mahal tetapi dia
sanggup berhutang dan membayarnya secara ansuran.
F3: Sanggup menerima tawaran menyambung
pelajaran
h/c: Cikgu Rukiah sudah bekerja tetapi sanggup
menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Bahasa.
Pilih
2 isi shj.
1
isi = 3 markah(2 markah fakta, 1 markah
h/c)
2
isi x 3 markah = 6 markah
BAHAGIAN C : DRAMA
5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab
soalan-soalan yang
mengikutinya.
DAHLAN:
Kalau saya ada anak, bolehlah Taman Pendidikan Islam hantar anak
saya belajar di England.
ZAKIAH: Maaf, encik. Buat sementara ini belum ada
rancangan kita nak
menghantar anak-anak kita ke England.
Hajat kita nak membanyakkan hantar
ke negara-negara Islam seperti Mesir,
Pakistan, Makkah dan Sumatera.
Sumatera negeri tetangga kita yang sama
kebudayaan, kesenian, agama dan
sejarahnya dengan kita.
( Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.),2003.
Drama
“Lawyer Dahlan” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 206)
(a)
Siapakah Zakiah dalam petikan di atas.
[2]
(b)
Apakah tujuan Zakiah berjumpa Dahlan.
[2]
(c)
Nyatakan reaksi Dahlan terhadap tujuan
Zakiah tersebut.
[6]
(d)
Isu pendidikan telah diutarakan dalam petikan
di atas.
Huraikan lima isu pendidikan yang terdapat
dalam drama ini. [15]
Skema Pemarkahan
(a)
Siapakah Zakiah dalam petikan di atas.
F1: Pemungut derma dari Taman Pendidikan Islam.
1
isi = 2 Markah
(b)
Apakah tujuan Zakiah berjumpa Dahlan.
F1: Memungut derma untuk seorang anak tani ke
Mesir / untuk Taman
Pendidikan Islam.
1
isi = 2 Markah
(c)Nyatakan
reaksi Dahlan terhadap tujuan Zakiah
tersebut.
F1: Dahlan tidak mahu menderma atas alasan tiada
anak.
F2: Dahlan bertanya pada Zakiah bolehkah Taman
Pendidikan Islam
menghantar anaknya belajar ke England.
F3: Dahlan mengatakan kelulusan pengajian di
Mesir, Pakistan, Makkah
dan Sumatera tidak tinggi dan tidak
diiktiraf oleh kerajaan kita.
F4: Dahlan meminta Zakiah jangan kecil hati atas
sikapnya itu.
Pilih
3 isi sahaja.
1
isi = 2 markah
3
isi x 2 markah = 6 markah
(d)
Huraikan lima isu pendidikan yang terdapat dalam drama ini.
F1: Sekolah agama rakyat yang kekurangan sumber
kewangan.
F2: Mengutip derma untuk menyambung pelajaran ke
luar negeri.
F3: Ramai pelajar Melayu meneruskan pengajian di
Mesir, Pakistan,
Makkah
dan Sumatera.
F4: Terdapat juga pelajar Melayu yang menyambung
pelajaran ke negara
Barat seperti England.
F5: Masyarakat berpendidikan Barat yang lupa
diri / asal usul.
F6: Kerajaan menyediakan biasiswa kepada pelajar
yang layak untuk
menyambung pelajaran ke luar negeri.
Pilih
5 isi sahaja.
1
isi = 3 markah
5
isi x 3 markah = 15 markah
6. Berdasarkan drama “Malam Ini Penyu
Menangis” karya Nordin Hassan
dalam Mutiara Sastera Melayu Moden jawab soalan-soalan yang
mengikutinya.
(a)
Nyatakan tiga simbol yang terdapat dalam drama ini dan jelaskan
maksud setiap simbol tersebut.
[9]
(b)
Drama ini dikatakan mempunyai pelbagai gaya baru yang tersendiri,
nyatakan unsur-unsur gaya baru
tersebut.
[10]
(c)
Nyatakan tiga judul drama Nordin Hassan
selain drama
Malam Ini Penyu Menangis.
[6]
Skema Pemarkahan
(a)
Nyatakan tiga simbol yang terdapat dalam drama ini dan jelaskan
maksud
setiap simbol tersebut.
F1 :
Simbol lembaga hitam.
H/C: Lambang J.M. Aziz ditimpa penyakit kusta.
F2 :
Simbol selendang.
H/C: Lambang
kepada sayap malaikat.
F3 :
Simbol api.
H/C: Lambang
kepada iblis.
F4 :
Simbol penyu menangis.
H/C: Lambang
penderitaan J.M.Aziz.
Pilih
3 isi sahaja.
1
isi = 3 markah (1 markah fakta, 2 markah huraian/contoh )
3
isi x 3m = 9 markah
(b)
Drama ini dikatakan mempunyai pelbagai gaya baru yang tersendiri,
nyatakan unsur-unsur gaya baru
tersebut.
F1 :
Penggunaan sajak, seperti sajak Laut.
F2 :
Penggunaan pantun, iaitu pantun ketika
menggambarkan pertemuan J.M.Aziz
dengan Cik Lijah.
F3 :
Penggunaan tarian, seperti tarian Inang Rodat.
F4 : Penggunaan
slide, seperti slide gambar J.M.Aziz.
F5 :
Penggunaan video, seperti video
gambar J.M.Aziz.
F6
: Penggunaan skrin, seperti skrin gambar J.M.Aziz.
F7
: Penggunaan watak sebenar
seperti J.M.Aziz / Cik Lijah / Nabi Ayob
/ Hugh Clifford / Uji Rashid / Sofea
Jane
Pilih
5 isi sahaja.
1
isi = 2 markah.
5
isi x 2m = 10 markah
(c)
Nyatakan tiga judul drama Nordin Hassan
selain drama
Malam Ini Penyu Menangis.
[6]
F1 :
Drama Bukan Lalang Ditiup Angin.
F2 :
Drama Anak Tanjung.
F3 :
Drama Jangan Bunuh Rama-Rama.
F4 :
Drama Cindai.
F5
: Drama Tiang Seri Tegak Berlima.
F6 :
Drama Pintu.
F7
: Drama Sirih Bertepuk Pinang Menari.
Bahagian D: Sajak
7.
Sajak Warga petani
a) Bincangkan pandangan penyair terhadap
warga petani
[9]
b) Berikan empat penilaian anda terhadap
gaya bahasa sajak di atas yang memperlihatkan nilai estetika dalam sajak di
atas.
[12]
c) Jelaskan nada sajak ini.
[4]
a) Bincangkan pandangan penyair terhadap
warga petani [9]
Fakta
1 :
Penyair rasa kasih atas curahan bakti warga petani
H/C :
Rangkap 1
Fakta
2 :
Penyair kagum dengan pengorbanan warga petani
H/C :
Rangkap 1
Fakta
3 :
Penyair menghargai jasa petani.
H/C :
Rangkap 1
Fakta
4 : Penyair melahirkan rasa hormatnya
kepada warga petani
H/C :
Rangkap 2
Fakta
5 :
Penyair bangga dengan kegigihan petani mencari rezeki
H/C :
Rangkap 2
Fakta
6 :
Penyair bangga dengan kesetiaan petani dengan kerjanya
H/C :
Rangkap 2
Pilih
3 isi sahaja
Fakta : 2
markah
H/C : 1
markah
3F
x 3M : 9 markah
b) Berikan empat penilaian anda terhadap
gaya bahasa sajak di atas yang memperlihatkan nilai estetika dalam sajak di
atas. [12]
Fakta
1 :
Metafora
Contoh :
hamparan kasih/rumah relamu/ladang keringatmu
Kesan :
menimbulkan kepadatan kata dan kehalusan perasaan
Fakta
2 :
Asonansi
Contoh :
siang malamku
Kesan :
Menimbulkan kemerduan bunyi
Fakta
3 :
Aliterasi
Contoh :
kuletakkan di langkah setiamu
Kesan :
Menimbulkan kemerduan bunyi
Fakta
4 :
Inversi
Contoh :
gelisah hidupku
(sepatutnya disebut ‘hidupku gelisah’)
Kesan :
Memberi penegasan maksud yang lebih jelas
Fakta
5 :
perulangan kata
Contoh :
selagi (Rangkap 1 Baris 5 dan
Rangkap 2 Baris 5
Kesan : Memberi penegasan dari segi maksud
Fakta
6 :
Kiasan
Contoh :
darah daging
Kesan : Memberikan gambaran maksud yang lebih
jelas
Fakta
7 :
Kiasan
Contoh :
lapar kenyang/siang malamku
Kesan : Memberi kesan keindahan pengucapan
Pilih
4 isi sahaja
Fakta : 1 markah
Huraian: 1 markah
Contoh : 1
markah
4F
x 3M : 12 markah
c) Jelaskan nada sajak ini.
[4]
Nada
romantik
Pemilihan
diksi yang digunakan oleh penyair seperti ‘hamparan kasihku’ menampakkan unsur
romantik.
8.
Sajak www.sibermerdeka.com.my
A.Ghafar
Ibrahim
Dengan
memberikan contoh, huraikan lima unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di
atas.
Fakta
1 :
Personifikasi
Definisi :
Perorangan/Memberikan kiasan untuk memberikan sifat manusia kepada benda
lain.
Contoh :
ombak gelora menampar pantai / bagai siang memanggil malam
Huraian
: Menghidupkan imaginasi &
memperjelaskan tanggapan
Fakta
2 :
Perlambangan/Simbolik
Definisi :
Penggunaan kata yang bukan daripada maksud asalnya tetapi membawa maksud
lain.
Contoh :
dalam kebun diriku/dalam laut diriku
dalam parlimen diriku/dalam
gergasi diriku
dalam pentas diriku/dalam dewan
diriku
Huraian
: Mempeluaskan jangkauan imaginasi
Fakta
3 :
Metafora
Definisi : Kombinasi
dua kata abstrak dan konkrit yang membawa makna di luar kezaliman
Contoh :
rumah cabaranku/pantai aman
Huraian
: menimbulkan kepadatan kata dan
kehalusan perasaan
Fakta
4 :
Persamaan rima akhir
Definisi :
Persamaan bunyi suku kata pada tempat yang bertentangan antara dua baris
atau lebih.
Contoh :
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.
Huraian
: Menimbulkan kemerduan dan kelembutan
bunyi
Fakta
5 :
Anafora
Definisi :
Perulangan kata di awal baris secara berturutan
Contoh :
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
Huraian
: Memberi penegasan maksud yang lebih
jelas
Fakta
6 :
Asonansi
Definisi :
Perulangan bunyi vokal dalam baris .
Contoh :
aku tanam saujana rancangan
Huraian
: Menimbulkan kemerduan bunyi
Fakta
7 :
Aliterasi
Definisi :
Perulangan bunyi konsonan dalam baris .
Contoh :
dalam dewan diriku
Huraian
: Menimbulkan kemerduan bunyi
Fakta
8 :
Hiperbola
Definisi
:
Gambaran perbandingan yang dibuat secara berlebihan
Contoh :
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
Huraian
: Memberi gambaran maksud yang lebih
jelas
Fakta
9 :
perulangan kata yang sama di awal rangkap
Definisi :
perulangan kata/rangkai kata yang diulang-ulang di awal rangkap
Contoh :
dalam (Rangkap 1 - Rangkap 5)
Huraian
: Menimbulkan kemerduan bunyi/memberi
penegasan maksud
Pilih
5 isi sahaja
Fakta : 1 markah
Definisi : 1
markah
Huraian: 2 markah
Contoh : 1
markah
5F
x 5M : 25 markah
No comments:
Post a Comment