Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
DAN KRITIKAN SASTERA
Jawab satu soalan sahaja.
1 “ Sesetengah sarjana Sastera Tanah air menganggap Abdullah
Munsyi sebagai pelopor Kesusasteraan Melayu Moden.”
a) Huraikan tiga pembaharuan yang di bawa oleh
Abdullah Munsyi. [15 ]
b) Jelaskan beberapa faktor yang menyebabkan
pembaharuan itu berlaku. [ 10
]
2 Tahun enam puluhan memperlihatkan kepada kita dunia
kritikan sastera yang semakin berkembang. Huraikan faktor-faktor yang
membawa perkembangan tersebut dan
jelaskan beberapa ciri kritikan sastera
pada tahun-tahun tersebut.
[ 25]
Bahagian B: NOVEL DAN CERPEN
Jawab satu soalan sahaja dalam
bahagian ini.
3 Baca petikan di bawah
ini dan jawab soalan-soalan berikutnya.
DAHLAN : Itu tak
jadi soal,Pak Cik,sesuai tidaknya perkara akan datang. Perempuan kampung boleh dihitamputihkan.
PAK HAMID : Ya,Kata
kau itu boleh jadi betul.Tapi bukankah di bandar banyak gadis-gadis moden,berpelajaran dan
berpendidikan secara Barat,sama ada dengan kau? Mengapa kau tinggalkan mereka? (berpaling memandang
Dahlan yang sedang menatap akhbar. Aku takut Dahlan,Rahimah itu pilihan mata
bukan pilihan hati kau.Ingat,Dahlan ,kalau pilihan mata,aku tak yakin rumah tangga kau akan berbahagia.
DAHLAN: Kita
manusia,manakan tahu hal-hal yang akan terjadi.
PAK HAMID :
Memang tak tau,tapi aku berdasarkan pengalaman.Perkara
seperti ini pernah berlaku di kalangan masyarakat kita dulu dan sekarang.
DAHLAN: Pak Cik
( Bangun berjalan-jalan).Itu semua tolak
belakang. Kalau gunung sekalipun
menghalang kehendak saya, saya tetap
dengan kemahuan saya.
PAK HAMID :
Kalau dah begitu , apa boleh buat Dahlan.Aku percaya niat kau baik,hati kau suci terhadap
Rahimah.Ingatlah,kalau kau berumah tangga nanti,pimpinlah Rahimah ke jalan
selamat.Walaupun kau bekerja,kau mesti bekerja kerana orang ramai.Jangan
bersifat bongkak dan tak kenalkan diri.
(dipetik daripada Majlis
peperiksaan 2003,
drama “Lawyer
Dahlan” dalam Mutiara Sastera Melayu
Moden,
Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka)
a)
Kenapa penutur “dia” muncul
? [5]
b)
Huraikan perwatakan Pak Hamid
berdasarkan petikan ini [8]
c)
Berdasarkan petikan ini,adakah
Dahlan menurut permintaan Pak Hamid ?
Beri alasan anda? [12]
4 Berdasarkan cerpen Nagasaki
karya Abdullah Hussain seperti yang
terdapat dalam Mutiara Sastera Melayu
Moden :-
- Jelaskan tema dan 2 persoalan dalam cerpen serta contohnya. [15]
- Huraikan watak utama dalam cerpen [10]
.
(
Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (Peny).2003
Cerpen“Nagasaki” Mutiara
Sastera Melayu Moden
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka )
Bahagian C: DRAMA
Jawab satu soalan sahaja dalam
bahagian ini.
5.
Watak
utama dalam drama lawyer Dahlan
karya Shahrom Husain seperti yang terdpat dalam teks Muntiara sastera Moden
memperlihatkan nilai-nilai negatif .Bincangkan pernyataan di atas dengan
memberikan bukti-buktinya.
[25]
6. Jelaskan tema dan lima pemikiran yang terdapat dalam
drama malam ini Penyu Menangis
karya Noordin Hassan seperti yang
terdapat dalam teks Muntiara sastera Melayu Moden.
[25]
Bahagian D: SAJAK
Jawab satu soalan sahaja dalam
bahagian ini.
7 Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Sewaktu meintasi kundasang
Lim swee tin
Sewaktu melintasi kundasang
Matahari melimpahkan sinar muntiarannya,
Keatas bukit-bukit,hutan,deretan lalang
Dan kebunan kubis
Menyentak celaru kehidupan yang kupapah
Sekaligus meresapkan rindu
Damai dengan warnanya,
Tak terusik
Aku telah dihimpit bising peradaban
Kasih dan cinta manusia
Yang luput
Ketika kau tetap abadi menantap alam
Menyaksikan kejadian serba takjub
Sepi namun sentosa
Bahagia sekalipun purba
Kabus menipis di puncak kinabalu
Jalan di bawqah berliku
Angin dingin mengusap pohon-pohon
Longgokan batu dan serpihan tebing
Sewaktu melintasi kundasang mesra dakap
Melupakan aku sedetik,pendatang terasing
Kali ini akan
kuambil lembutmu
Untuk melentur keras watakku
( Di
petik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia ( Peny),2003
Mutiara Sastera Melayu Moden
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
a) Huraikan tema dan dua persoalan sajak ini
[ 8 ]
b) Jelaskan sebab-sebab
penyajak mengagumi tempat yang dilawatinya
[ 8 ]
c) Huraikan tiga
unsur gaya bahasa dalam sajak ini berserta contohnya.. [ 9 ]
8
Baca sajak di bawah ini,
dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Pada setiap
kali kau tiba ogos
Kemala
Pada setiap kali kau tiba ogos
Bumi dan hati ini
Melapangkan ruang buat kata hikmah
Harga diri
Awam hitam semalam
Awam hitam belenggu
Terbenam di kaki hari
Bukan gerimis
Tapi taufan
Bukan pesimis
Tapi pahlawan
Seribu,dua tak bernama gugur tak bertanda
Memeluk kemerdekaan dalam diam
Syahdu yang datangadalah sepi hening
Bukan nestapa
Tapi gelegak
Bukan duka
Tapi ombak
Gelegak ombak penampil bicara
Pada setiap kali kau tiba ogos
Siapa lagi bakal melihat dirinya
Analisa ini
Di ganggang siang
Di tampuk malam
Dewasa dalam pancaroba serba
Ini ketentuan
Inti pencarian yang nikmat
Dimensi gerak fikir daya
Pada setiap kali kau tiba ogos
Angin tanah air
Membawa bisikan
Setia dan cinta perkasa.
( di petik daripada Majlis Peperiksaan
Malaysia ( peny),2003
Mutiara Sastera Melayu Moden
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Berdasarkan sajak Bulan
Berdarah karya Nahmar Jamil:
a) Jelaskan tema dan dua persoalan sajak ini . [ 9 ]
b) Jelaskan nada sajak
ini dan kesannya kepada pembaca. [ 8 ]
c) Berikan empat contoh gaya bahasa sajak ini berserta contonhnya. [ 8 ]
KERTAS SOALAN TAMAT
No comments:
Post a Comment