Bahagian A: SEJARAH KESUSTERAAN MELAYU TRADISIONAL
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
1. Hasil-hasil Kesusasteraan Melayu Tradisional
dapat menarik minat pembaca sejak dahulu sampai sekarang. Dengan memberikan
contoh, jelaskan tiga persoalan yang sering diketengahkan dalam karya-karya Sastera
Melayu Tradisional dan huraikan beberapa peranannya.
[25]
2. Sheikh Nurudin al-Raniri merupakan salah
seorang penulis yang menyumbang banyak jasa dalam dunia penulisan terutamanya
di Acheh dan dunia Melayu.
(a) Huraikan
sedikit sebanyak tentang latar belakang dan sumbangan beliau. [15]
(b) Namakan
salah sebuah karya beliau yang penting dan jelaskan kandungannya. [10]
Bahagian B: KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH
MELAYU)
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
3. Baca
petikan di bawah ini, dan jawab
soalan-soalan yang mengikutinya.
Al kisah diceterakan orang yang
empunya ceritera-alamat akan binasa begeri Singapura.maka ada seorang hamba
Allah,orang pasai, turun dari atas anginke pasai tiga bersahabat, Tuan Jana
Khatib namanya: memahirkan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas alam. Oleh
itu pergi dia bersahabat ke Singapura, seorang lagi ke Samarlanga, yang seorang
tuan itu di Bunguran. Maka suatu hari Tuan Jana Khatib berjalan di Pekan
Singapura bertudung;maka ia lalu hampir pagar istana. Maka dipandangnya dipintu
peranginan raja itu, ada seorang perempuan dilindung oleh pohon pinang gading; oleh Tuan Jana Khatib ditiliknya
pohon pinang itu belah dua.
Setelah dilihat oleh Paduka Seri
Maharaja perihal itu maka baginda pun
terlalu murka, titah baginda, “Lihatlah kelakuan Tun Jana Khatib,
diketahuinya isteri kita ada di pintu maka ia menunjukkan ilmunya.”Maka disuruh
baginda bunuh;Tun Jana Khatib pun dibawa orang akan dibunuh,hampir ujung
negeritempat orang membuat bikang; disanalah ia ditikam orang.Maka titk
darahnya setitik, badannya pun ghaiblah.orang yang membunuhnya pun kembalilah,
dipersembahkan kepada raja. Maka oleh perempuan yang membuat bikang itu, darah
Tun jana khatib yang titik itu ditutupnya dengan tudung bikangnya. Dengan
berkat darah wali Allah, perempuan itu menjadi kayalah dari harga bikangnya: tutup bikangnya itupun
bertukar menjadi batu, , ada sekarang di Singapura.Ada diceterakan orang ,
badan Tun Jana Khatib terlantar di lengkawi ditanam orang di sna. Inilah dibuat
orang pantun:
Telor itik dari Singgora,
Pandan tersandar di batang lui,
Darahnya titik di Singapura,
Badannya terhantar di Lengkawi.
(Dipetik
daripada A.Samad Ahmad [peny],2003,
Sulalatus
Salatin Sejarah Melayu(Edisi pelajar),
Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka )
(a) Jelaskan
maksud rangkaikata yang berikut berdassarkan petikan ini.
i. dipandangnya di pintu peranginan raja
itu
[2]
ii. maka ia menunjukkan ilmunya
[2]
iii. badannya terhantar ke Lengkawi [2]
(b) Apakah
kepandaian yang ditunjukkan oleh Tun jana Khatib [3]
( c) Berdasarkan
petikan, huraikan empat perwatakan paduka Seri maharaja [16]
4. Teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu
banyak menggunakan unsur muslihat. Huraikan dengan memberikan tiga contoh
peristiwa dan kesan muslihat itu. [25]
Bahagian C:
PROSA MELAYU TRADISIONAL
Jawab satu
soalan sahaja
dalam bahagian ini.
5. Baca petikan di bawah ini, dan jawab
soalan-soalan yang mengikutinya.
Bab
ini peri mengatakan hukum di dalam pelayaran yang harus mati empat perkara.
Pertama-tama jika ia berbuat angkara dan khianat akan nakhoda. Kedua ,
mesyuarat ia dengan isi jong itu akan membunuh nakhoda atau kiwi atau tukang
atau malim,itupun harus dibunuh juga hukumnya. Ketiga,perkara jikalau dalam
pelayaran itu segala orang yang di dalam jong itu tidak bersisip keris
melainkan orang itu adalah suatu kehendaknya maka demikian lakunya. Syahdan
maka diingatkan barang lakunya, jikalau salah pada penglihatan mata orang yang
banyak, itu pun mati juga hukumnya, tetapi hendaklah dengan segera muafakat,
supaya jangan kesukaran orang banyak di dalam jong itu.Demikianlah hukumnya.
(Dipetik
daripada daripada Majlis peperiksaan Malaysia(peny), 2003,
Mutiara
Sastera Melayu Tradisional,
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(a) Nyatakan
empat kesalahan yang dijatuhkan hukuman dalam petikan di atas. [12]
(b) Huraikan
dua persoalan yang terdapat dalam Undang-Undang Laut Melaka. [6]
(c) Nyatakan
tiga mesej yang ingin disampaikan dalam Undang-Undang Laut Melaka. [7]
6. Huraikan
lima persoalan dalam kejenakaan Pak Pandir seperti yang terdapat dalam Mutiara
Sastera Melayu Tradisional [25]
Bahagian D: PUISI MELAYU TRADISIONAL
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.
7. Baca petikan puisi di bawah ini, dan jawab
soalan-soalan yang mengikutinya.
Kalau sungguh kamu yakin akan mati,
Jangan kamu lali pada nafsu hati.
Benar tidak bila ada amal kamu,
Puas hati tidak sesalkan dirimu.
Ingat-ingat hai saudara masa itu,5
Nyawa sampai batang leher baru tentu.
Kita ini akan matilah sudahnya,
Tidak tahu bila sampaikan ajalnya.
Pahit mati itu bukan macam jadam,
Bukan pula macam api boleh padam.10
Oleh itu marilah kita sama-sama,
Buat amal jangan leka jangan lena.
Pada tuhan kita datanglah asalnya,
Pada Tuhan kita kembalilah sudahnya.
(Dipetik
daripada daripada Majlis peperiksaan Malaysia(peny), 2003,
Mutiara
Sastera Melayu Tradisional,
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(a) Nyatakan
jenis puisi di atas [1]
(b) Jelaskan
empat teknik penulisan di atas.
[12]
(c ) Huraikan
tiga mesej yang disampaikan oleh penulis dalam puisi. [12]
8. Baca
petikan puisi di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Sikap Si Luncai,biarkan,biarkan….
Ada rumah tiada dijaga
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tiada selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada masa tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan,biarkan …!
Si Luncai terjun dengan labu-labunya.
(Dipetik
daripada daripada Majlis peperiksaan Malaysia(peny), 2003,
Mutiara
Sastera Melayu Tradisional,
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.)
(a) Nyatakan
jenis puisi di atas.
[1]
(b) Jelaskan
bentuk repitasi puisi tersebut [5]
(c ) Huraikan
watak dan perwatakan Si Luncai sebagaimana puisi di atas. [10]
(d) Nyatakan
empat teknik penulisan puisi di atas. [8]
No comments:
Post a Comment