Wednesday, 26 September 2012

Skema jawapan Percubaan 1 STPM Kesusasteraan Melayu Moden


SKEMA  JAWAPAN  GEMPUR KESUSASTERAAN MELAYU STPM

Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN DAN
KRIIKAN SASTERA

Soalan 1

a) Tiga pembaharuan yang dibawa oleh Abdullah Munsyi ialah:

F1 - Kisah-kisah yang diceritakan oleh Abdullah Munsyi [AM] merupakan kisah sebenar.[ 2m ]
H/C- AM tidak lagi menceritakan kisah-kisah dongeng sebaliknya menceritakan apa yang dilihatnya. Jelaslah disini bahawa AM mementingkan kisah-kisah yang berpijak di bumi nyata dan sudah menyimpang daripada penulisan zaman sebelumnya                                                                   [ 3m ]

F2 – Dari segi Bahasa [ 2m ]
H/C- Walaupun masih terdapat penggunaan bahasa klasik tetapi gaya bahasa AM sudah menampakkan perbezaan. AM Menggunakan bahasa sehari-hari. Beliau juga menggunakan perkataan-perkataan baru, disamping itu beliau turut memasukkan perkataan Inggeris seperti ‘ police’, receipt’ dan sebagainya.                               [ 3m ]

F3 – Pendapat dan nasihat.[ 2m ]
H/C- AM turut memberi pendapat dalam tulisannya. Contohnya, dalam Hikayat Pelayaran Abdullah, beliau mengkritik sistem pemerintahan orang barat dan juga membidas sikap pemimpin tempatan yang menurut hawa nafsu. AM juga lantang mengkritki raja-raja Melayu dan juga orang-orang melayu dari pelbagai aspek  [ 3m]

b) Faktor yang menyebabkan pembaharuan ialah:

F1 – Latar Belakang keluarga [ 1m ]
H/C – Beliau dilahirkan dari campuran darah India dan Arab. Bapanya seorang terpelajar iaitu seorang guru agama dan pernah menjadi Syahbandar Holanda.AM mendapat pendidikan yang sempurna sejak kecil. Setelah pandai membaca,bapanya menyuruh beliau menyalin kitab-kitab dalam bahasa Melayu serta Arab. [ 1 ½]

F2 – Fakor Zaman atau persekitaran [1m]
H/C – Beliau hidup dalam zaman peralihan kekuasaan dan politik Inggeris sedang memperluas pengaruhnya, manakala kekuasaan politik Melayu feudal semakin merosot. Beliau hidup ketika Melaka dan Singapura mengalami kejatuhan ke tangan Inggeris. [ 1 ½]

F3 – Faktor Pergaulan
H/C- AM banyak bergaul dengan orang-orang Inggeris yang berpengaruh seperti Raffles,Farquhar,Thompson dan juga W.L. Milne. Mereka inilah yang menggalakkan AM berkarya. Dengan ini wujudlah keterbukaan fikiran serta pandangan AM dalam hasil-hasil karyanya. [ 1 ½]
F4 – Faktor bakat kepengarangan [ 1m ]
H/C- AM mempunyai bakat besar dalam menghasilkan karya-karya sastera, AM bijak memilih masalah yang menarik dan dijadikan bahan dalam hasil tulisannya. Beliau juga pandai menggayakan cara tulisannya sehingga menarik untuk dibaca.[ 1 ½]

Soalan 2

A.    Faktor-faktor bidang kritikan  pada tahun  enam puluhan ialah:-

i.                    Kemunculan pelajar-pelajar atau mereka  yang memiliki ilmu. Selepas merdeka,kemudahan mendapat pendidikan  semakin ketara .Oleh itu dalam bidang kritikan,muncullah pemegang-pemegang ijazah yang bergiat dalam bidang seperti Alis Murni,Mohd Nor Azam  dan beberapa lagi.
ii.                  Rujukan dari luar.Ada antara pengkritik  tempatan yang mendapat ilmu daripada  pengkritik luar seperti dari Indonesia.contohnya ialah Yahya Ismail yang banyak mendapat ilmu daripada H>B jassin dan M>S Hutagalung.
iii.                Perkembangan media massa .bidang kritikan bergerak seiring dengan perkembangan media  massa  terutamanya  media cetak yang menjadi  wadah kepada penulis menghasilkan karya tidak kira  apa  bidang sekalipun.
iv.                Peranan pengiat  sastera. Kemunculan  badan-badan penggiat sastera  dan juga  bahasa. Contoh yang jelas  ialah Dewan Bahasa dan pustaka yang turrut  member ruang yang besar  terhadap  bidang sastera.
v.                  Pertandingan menulis sayembera.Pertandingan atau sayembera  dalam bidang penulisan semakin giat  diadalkan sektar tahun  enam puluhan.Setiap karya  yang memenagi hadiah akan  dikritik atau dinilai oleh panel penilai termasuk pengkritik-pengkritik sastera tanah air. Kritikan yang dilakukan sedikit  sebanyak member suntikan baru terhadap  hasil-hasil karya seterusnya oleh penulis.

B.Ciri-ciri kritikan tahun enama puluhan ialah:-

i.                    Wujudnya pendekatan psikologi dalam bidang kritikan sastera  tanah air. Pendekatan ini dilakukan oleh Baha zain.Manakala Hashim Awang pula menggunakan pendekatan psikoanalisis.
ii.                  Hasil-hasil kritikan telah dianalogikan contohnya dialog dengan sasterawan mereupakan himpunan kritikan Kassim Ahmad, Baha Zain pula  menghasilkan  esei sastera Baharuddin Zainal
iii.                Bidang kritikan sastera semakin maju kerana kebanyakan pengkritik mempunyai ilmu dalam bidang kritikan dan juga sastera. Contohnya Hashim Awang melanjutkan  pengajian di luar  Negara  dalam bidang bandingan .        
                                                                                                                                [25]






BAHAGIAN B  (NOVEL DAN  CERPEN)

SOALAN  3
a.       Penutur  diatas  muncul  kerana Dahlan  bertegas  berkhawin  dengan  Rahimah. Pak Hamid  tidak begitu setuju  yang terdidik  dengan cara  kampong sedangkan  Dahlan terdidik  dengan  cara  kampung  sedangkan  dahlan  terdidik  dengan cara  Bandar. [5]

b.      Perwatakan  pak  Hamid berdasarkan  petikan :-
i)                    Seorang yang baik hati .Menerusi petikan ini dapat dilihat kebaikan hati Pak Hamid kerana mengizinkan  dahlan  memilih rahimah sebagai isteri walaupun pada  mulanya dia keberatan.
ii)                  Seorang yang penyayang .pak Hamid merupakan  seorang  yang penyayang kerana dengan ikhlas menasihati dahlan agar berusaha memimpin Rahimah ke jalan  yang benar selepas berkahwin nanti.Pak hamid juga menasihatii dahlan supaya tidak bersifat bongkak dan lupa  daratan apabila  senang nanti.

c) Dahlan tidak menurut kata-kata  atau nasihat yang diberikan  oleh Pak Hamid itu.Bukti-buktinya:-

i)     Bersikap sombong.Selepas  mencapai kejayaan  dalam  hidup,dia tidak menghiraukan orang bawahanApabila seorang  peminta  sedekah dan pengutip derma datang  kerumahnya,dia menunujukkan  sikap dingin.Dia  tidak membenarkan  peminta sedekah itu datang ke rumahnya lagi.
ii)   Tidak bertanggungjawab  atau lupa daratan.sepulangnya dia  dari luar  Negara,dia gemar berfoya-foya  dengan wanita  di luar  rumah dan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri.Dia  selalu pulang lewat malam.
iii)                Menggabaikan isteri.dahlan  mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri selepas hidup mewah.hal ini bercanggah  dengan  kata-kata  atau kasih sayangnya yang tinggi terhadap rahimah sebelum dia memiliki rahimah dahulu.Dia sanggup mengetepikan kata-kata Pak Hamid yang menyuruhnya  memilih orang Bandar.Apabila dia berkahwin dengan rahimah  dan hidup mewah,dia  menyimpan perempuan lain di luar rumah
                                                    .                                                                          [12]

   SOALAN  4

a)      Tema   cerpen Nagasaki  bertemakan  persahabatan sejati  antara cikgu sulaiman dengan yoshida  walupun berlainan agama  dan bangsa  persahabatan mereka terjalin erat sehingga Yoshida  tertarik  untuk memeluk Islam. Melalui cerpen ini terkandung  2  persoalan antaranya :-
i)Persoalan  Semangat Patriotik –ditunjukkan  oleh cikgu sulaiman yang suatu ketika dahulu merupakan seorang nasionalis.Dia merupakan mantan  pelajar  Maktab perguruan  Sultan Idris  Tanjung Malim yang mengangumi perjuangan kebangsaan Indonesia. Beliau amat berbangga  dengan kemenangan Jepun ke atas Rusia  kerana  telah memberi  inspirasi kepada perjuangan   orang Indonesia  untuk menentang belanda.
ii) Keburukan  Peperangan-kesan peperangan  bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan tetapi juga menyebabkan banyak nyawa yang tidak berdosa  telah terkorban.kematian isteri Yosida  setelah menderita sakit  sekian lama  akibat terkena  sinaran atom atau radiasi.


b)      Watak utama  dalam  cerpen ini ialah Nilakesuma .
Watak inilah penjalin cerita  dalam karya tidak langsung  ini.Nilai kesuma  adalah seorang gadis atau  pelajar di Ambang Asuhan Jepun di Universiti Malaya.dia merupakan  anak tunggal Hj.Usman dan Puan Rohana. Kebolehannya bertutur dalam bahasa Jepun semasa  di ambang Asuhan Jepun adalah sederhana namun  dia berjaya  melepasi halangan tersebut dan akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun keluarganya  dengan  keluarga Yoshida  akan  tetap terjalin.
Pemergian ke Jepun  ini secara tidak langsung telah menyingkap satu rahsia keluarga yang telah lama tersimpan. Ini terbukti melalui pernyataan ayah Nilakesuma .Malah banyak  cerita disebalik  pemergian  ke sana. Nilai kesuma  digambarkan  sebagai  seorang  gadis yang sentiasa  ingin mencari  jawapan  akan setiap apa yang tidak  diketahuinya tentang Jepun melalui ayahnya. Nilakesuma juga  menampilkan  sifat  mengambil  berat  terhadap  nilai persahabatan  datuknya  dengan Yoshida . Malah  Nila  sentiasa  bersemangat  untuk menunaikan  hasrat  datuknya yang tidak kesampaian untuk  ke Negara  matahari  terbit itu.Sebagai cucu  kepada  cikgu sulaiman,Nila merasa bertanggungjawab untuk menunaikan  hasrat datuknya yang tidak  tercapai itu.Sebagai  ganti terhadap datuknya,Nila  sendiri  telah berusaha  mencari  dan berkenalan dengan  keluarga  Yoshida akan  tetap  terjalin walaupun berasal  dari Negara  dan bangsa  yang berlainan.



BAHAGIAN  C :  DRAMA sudah kematian ayah dan  ibu. Dia dipelihara  oleh

SOALAN  5

Watak utama  dalam drama ini ialah  Dahlan .Hal ini  demikian  kerana watak ini diperkenalkan  dari awal hingga ke akhir cerita dan turut memperkembangkan plot cerita.Dia  di pelihara  oleh Pak hamid iaitu ayah saudaranya.Beberapa  perwatakan negatif  digambarkan  oleh pengarang menerusi  watak Dahlan.
i)                    Antaranya ialah seorang yang lupa daratan-dalam  drama ini dia digambarkan  sebagai seorang yang suka berfoya-foya sehingga rumahtangganya hancur. Hal ini berlaku selepas dia pulang  dari luar Negara . Isteri rahimah mengetahui bahawa  dia menyimpan perempuan di luar  dan tidak  menghiraukan isterinya. Dia juga  selalu pulang lewat malam hingga menimbulkan syak  di hati Rahimah.
ii)                  Seorang yang bermegah dengan kedudukan-bermegah dengan kedudukan dan kekayaan sehingga mengetepikan orang bawahan. Contohnya apabila Rahman datang untuk mengutip derma  bagi badan  peerikatan masyarakat,Dahlan memandang hina  kepada kutipan derma itu.
iii)                Seorang yang tidak kuat pegangan agamanya- dia bertindak  mahu membunuh diuri setelah menyesali perbuatan-perbuatannya. Sikap ini memperlihatkan pegangan agamanya  tidak kuat kerana  tidak tahan kepada dugaan atau ujian.
iv)                Seorang yang kedekut-dia digambarkan  sebagai  seorang yang tidak mahu menderma  apabila diminta berbuat demikian.Sebaliknya dia  menghina  Rahman yang datang untuk mengutip derma.
v)                  Seorang yang mudah terpengaruh dengan budaya luar-dalam drama ini  dijelaskan bahawa dahlan mudah terpengaruh dengan budaya luar selepas  dia belajar  di luar Negara . Budaya  itu di bawa  pulang ke Negara  sehingga  memusnahkan hidupnya sendiri.
                                                                                                                [25]
SOALAN  6

 Tema  drma ini ialah perjalanan hidup seorang anak seni. Menerusi drama  ini,Noordin Hassan  mengetengahkan perjalanan  hidup seorang penyair yang terkenal iaitu J.M Aziz.Diceritakan bahawa hidup J.M Aziz  sangat rapat  dengan laut.Menerusi  sajak-sajak  yang dihasilkan nya,kisah susah payah nelayan  di laut  dirakamkan dalam  sajak-sajaknya.

Lima pemikiran yang terdapat  dalam drama ini adalah :-
i)                    Tentang semangat perjuangan.dalam drma  ini diceritakan bahawa  JM. Aziz pernah bertugas  sebagai polis hutan. Menurut Nik J.M Aziz mempunyai semangat  perjuangan dan keberanian ketika  menentang pengganas  komunis.
ii)                  Persoalan atau pemikiran  tentang keperitan hidup sebuah keluaga. Diceritakan bagaimana  selepas  JM.Aziz menghidap penyakit kusta,kehidupan keluarganya terhimpit. Mak lijah terpaksa  membantu Pak Aziz mencari rezeki.
iii)                Kreativiti  seorang anak seni. Diceritakan   tentang JM Aziz mempunyai bakat seni yang tinggi. Walaupun menghidapi penyakit kusta  tetapi  terus menghasilkan karya-karya kreatif. Dia  banyak menulis sajak tentang kehidupan sehariannya dan juga kisah nelayan yang mengharungi cabaran  hidup di laut.
iv)                Pemikiran atau persoalan tentang kesetiaan dan tanggungjawab seorang isteri. Dalam drama  ini diceritakan  tentang Minah yang setia terhadapp mamat dan menjaga  suaminya itu dengan sempurna. Pak Lijah juga bertanggungjawab terhadap JM aziz yang menghidapi Kusta.
v)                  Keteguhan  hati seorang lelaki. Dalam  drama ini diceritakan kisah nabi Ayub dijelaskan  mempunyai hati yang teguh kerana  tidak gentar dengan ujian –ujian daripada iblis. Baginda  tetap tabah menghadapi akan segala bentuk ujian itu.
                                                                                                                       [25]

No comments:

Post a Comment