Tuesday, 16 April 2013

SULALATUS SALATIN



Petikan 1 (halaman 130)
Hatta maka sekali persetua, kuda kenaikan Sultan Mansur Syah jatuh ke pelindungan tahi, seorang pun tiada hendak menambatkan tali kepada kuda itu. Setelah dilihat oleh Laksamana Hang Tuah orang yang beratus-ratus itu seorang pun tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang Tuah pun segera terjun ke dalam pelindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda itu. Maka diudaoranglah ke atas. Setelah kuda itu naik, maka Hang Tuah pun naik ; tubuh dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampai ke kepalanya, lalu ia pergi mandi berlangit, berbedak. Setelah Sultan Mansur Syah melihat kuda baginda sudah naik itu, maka terlalulah sukacita baginda ; beberapa puji baginda akan Hang Tuah, serta dianugerahi persalinan dengan sepertinya.
Fakta
Cinta akan negara
Huraian /contoh:
(Pro dan kontra)
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.Seekor kuda Sultan Mansur Syah terjatuh ke dalam pelindungan tahi (jamban).oleh sebab tiada sesiapa yang mahu mengeluarkan kuda itu, Hang Tuahlah yang masuk ke dalam pelindungan tahi tersebut. Beliau berjaya mengeluarkan kuda tersebut dan hal ini menggembirakan Sultan Mansur.
Kesan:
Setiap warganergara perlulah berbakti dan cintakan tanah air supaya bagi menjamin keharmonian dalam masyarakat.
                                                                                                           




PEMBANGUNAN NEGARA
NASIONALISME
PETIKAN 2 (HALAMAN 93)
 Bermula akan Tun Kudu itu anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja, diperisteri oleh Sultan Muzaffar Syah, terlalu baik rupanya ; tetapi matanya juling sedikit. Setelah didengar oleh Sultan Muzaffar Syah, Seri Nara Diraja mau akan Tun Kudu itu, sesaat itu juga ditalak oleh baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Maka kata anak buah Seri Nara Diraja.
FAKTA
BERKORBAN UNTUK NEGARA

HURAIAN / CONTOH;
(Pro dan Kontra)
Semenjak Paduka Raja (Tun Perak) menjadi pembesar, orang- Melayu telah berpecah kepada dua kumpulan – satu kumpulan memihak kepada  Paduka Raja dan satu kumpulan lagi memihak kepada Bendahara Seri Nara Diraja. Kedua-dua pembesar itu sendiri sering berselisih faham (bersinggit). Keadaan ini menimbulkan kebimbangan di hati Sultan Muzaffar Syah. Sultan Muzaffar Syah telah menawari Bendahara Seri Nara Diraja, yang telah kematian isteri itu, dengan beberapa rang perempuan untuk dikahwininya. Beliau telah memilih Tun Kudu untuk dikahwininya.
  Perkahwinan tersebut telah merapatkan hubungan Bendahara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, malah Seri Nara Diraja sendiri telah mencadangkan supaya baginda Sultan melantik Paduka Raja sebagai bendahara.

Kesan:
Sebagai seorang warganegara, kita mestilah berkorban untuk negara untuk mengelakkan perpecahan kaum atau bangsa demi kepentingan bersama.



NASIONALISME
Petikan 3 (halaman 118):

Maka Sultan Mansur Syah pun berkira-kiraakanpergikeMajapahit,beranirasanyabagindaakangaluhMajapahititu.BagindamemberititahkepadaBendaharaPaduka Raja menyuruhberlengkap;makabaginda pun mengerahsegala orang supayaberlengkapperahu,masing-masingdengankuasa.Ada lima ratusbanyaknyaperahu yang besar-besar,lain pula perahu yang kecil-keciltiadaterbilang;keranapadamasaitukelengkapanSingapurasahajaseratusbuahlancaranbertiangtiga.Sungai Raya pun demikianjuga.MakaBendaharaPadukaRaja,dan Seri Nara Diraja,dan Seri BijaDirajadansegalahulubalang yang besar-besar,ditinggalkanBagindamenungguinegeri.

Fakta :
Kepatuhandankesetiaan yang berkekalankepada Raja dan Negara
Huraian / contoh
   (pro dankontra )
BendaharaPaduka Raja ( Tun Perak ) seorang yang patuhdansetiakepada Raja danNegara.Contohnyabeliaumenjadipenasihat Sultan dalamhal-halpentadbirandanpendapatbeliaudiikutioleh Sultan .Beliauterlibatsecaralangsungketikapemerintahan Sultan MuzaffarSyah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau’d-Din  RiayatSyah, dan Sultan Mahmud  Syah.Beliaumahumemastikankedudukannegeri Melaka tetapmantapdankeamanantetapterjamin.SekiranyaTun Perak tidakmenjadipenasihat yang baikkepada Raja dan Negara maka Sultan tidakakandapatmentadbirnegaradenganbaik.
Kesan:
Sebagaiseorangpelajar, sikappatuhdantaatperludiamalkansupaya Negara sentiasaamandandamai.Selainitu, nasihatmenasihatiperludilakukan agar kesejahteraan Negara dapatdirasaibersama.






Petikan 4 (halaman 140):

Setelah Sultan Mansur Syahmelihat Hang Tuahdatang, makadianugerahibagindaayapan.Setelahsudah Hang Tuahmakan,makaoleh Sultan Mansur Syahdiambilkerisdaripadapinggangbaginda,”Basuhkanarang di mukaaku.”Makasembah Hang Tuah,”Insya-Allah Taala,baiklahtuanku”.Maka Hang Jebat pun menjunjungduli,lalupergimendapatkan Hang Jebat.

Fakta :
Peristiwapertikaman Hang Tuahdan Hang Jebat
Huraian / Contoh
   ( Pro danKontra )
Sultan Mansur Syahmemberikerisbagindakepada Hang Tuahdanbagindamenyuruh Hang Tuahuntukpergimendapatkan Hang Jebatuntukmembersihkannamabaginda .Maka Hang Tuah pun pergikeistanauntukmembunuh Hang Jebat .Setelah lama merekaberbalastikam, akhirnya Hang Jebatterbunuh.Mayat Hang Jebatdibuangkelautdananakbininyaturut di buang .Kaki tiangrumahdantanahbekasrumah Hang Jebatdigalidandibuangkelaut.Sekiranya Hang Tuahtidakmendapatkankepercayaandaripada Sultan Mansur Shah maka Sultan Mansur Shah tidakakanmemberikerisnyakepada Hang Tuah.
Kesan :
Sebagaiseorangpelajar, kepatuhan yang utuhperlulahditerapdalamdiri agar mendapatkepercayaandaripadaibubapadan guru.


No comments:

Post a Comment