Pengenalan
Sastera terhasil dari
kesedaran dan keinginan pengarang atau masyarakatnya untuk berkongsi maklumat
dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupannya. Mereka menggunakan sumber
daripada persekitaran, pengalaman, pemerhatian atau pembacaannya untuk mengetengahkan sesuatu
yang menarik untuk dikongsi. Lantaran itu sesebuah karya sastera tidak
dihasilkan dengan kekosongan atau tanpa sebab sebagaimana dijelaskan oleh Mohamad
Mokhtar Hassan (2005). Beliau berpendapat bahawa teks atau karya sastera adalah
rakaman imaginasi pengarang yang di dalamnya sarat dengan maklumat dan isian
sama ada bersifat keintlektualan mahupun kerohanian. (Konsep
1)
Sesuatu
yang dipaparkan dalam karya tersebut mempunyai tujuan dan fungsinya yang
tersendiri berdasarkan pertimbangan dan pengamatan pengarangnya.(Konsep 2) Dalam konteks ini, Muhammad Haji Salleh
(2000), berpendapat bahawa peranan dan fungsi sastera zaman tradisional lebih
luas dan pelbagai cabarannya. Beliau berpandangan bahawa fungsi kesusasteraan
pramoden ternyata lebih besar berbanding dengan fungsinya pada zaman moden agak
menipis.
Berdasarkan
dua pandangan tersebut dapat dirumuskan bahawa sastera sebagai hasil karya
kreatif dan imaginatif berfungsi dan mempunyai tujuan dan fungsi tertentu penghasilannya. Dalam hal ini
beberapa sarjana tempatan melalui kajian dan tulisan mereka telah menggariskan
pelbagai berhubung dengan fungsi sastera. Antaranya, pandangan daripada Ramli
Isin, Muhammad Haji Salleh, Usman Awang dan Hashim Awang. (Sorotan Kajian) Berdasarkan pendapat tersebut dapat
dirumuskan bahawa peranan dan fungsi sastera merangkumi aspek luaran dan
dalaman yang dapat dikesan melalui genre sastera tradisional mahupun genre
moden. (Batasan Kajian)
Objektif Kajian
Justeru
penulisan esei ini akan mengenal pasti fungsi dan peranan sastera Melayu (objektif Kajian 1). Di samping itu, penulisan
ini juga akan membincangkan fungsi dan peranan sastera dengan
merujuk kepada sastera yang bermula
daripada tradisi lisan hinggalah kepada tradisi tulisan atau era kemodenan.
(Objektif Kajian 2). Dalam hubungan ini,
perbincangan akan menjurus kepada beberapa fungsi sastera yang telah dikenal pasti iaitu sebagai medium protes atau kritik sosial ,
(sub topik 1) medium hiburan, (sub topik 2), sebagai medium mendidik masyarakat (sub topik 3),
dan sebagai dokumentasi masyarakat (sub topik 4)
akan dibincangkan. Beberapa karya
daripada pelbagai genre akan digunakan sebagai bahan perbincangan merangkumi
puisi dan prosa tradisional serta puisi dan prosa moden.
Kaedah
yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah perpustakaan (Kaedah Kajian-
Apa, Mengapa,Bagaimana) iaitu dengan merujuk kepada bahan-bahan tulisan
seperti tesis, jurnal, kertas kerja serta tulisan-tulisan ilmiah di beberapa
perpustakaan antaranya Perpustakaan Negeri, Pusat Sumber Daerah dan XXXXXXXXX.
Selain itu, maklumat dan sumber rujukan juga diperoleh melalui dalam talian. Bahan rujukan yang dipilih bertujuan untuk mendapatkan
maklumat yang sahih yang ditulis oleh pakar atau pengkaji yang berkaitan dengan
bidang kajian ini. Dalam hal ini, sumber rujukan yang berkaitan dengan aspek
kajian akan dipilih dan digunakan sebagai sumber rujukan. Sumber rujukan
yang dipilih ini digunakan untuk memantapkan konsep, mengukuhkan huraian
mahupun memperoleh contoh-contoh yang berkaitan.
Analisis
dan Perbincangan
Hubungan
antara sastera sangat erat. Lantaran itu
sesebuah karya itu dihasilkan untuk dimanfaatkan oleh manusia dan masyarakat
yang berkaitan dengan kehidupan. Justeru penjelasan berhubungan dengan fungsi sastera secara langsungnya berkaitan
dengan persoalan hidup dan kehidupan masyarakat yang akan dijelaskan secara
rinci.
i.
Fungsi
Sastera sebagai Medium Protes dan Kritik
Sosial
Sastera adalah
rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada
pelbagai dimansi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Sesuatu yang dipaparkan
dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam reality kehidupan
manusia. Hal ini kerana sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana
ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said dan Dharmawijaya. Lantaran itu,
karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu yang luar biasa tetapi pekara
yang biasa tetapi diolah dalam bentuk karya kreatif yang indah sifatnya.
Berasaskan
pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan
manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling
berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan
yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan
mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik
mahupun menyampaikan mesej. Dalam masyarakat terdapat pelbagai watak yang mempunyai
peranan tertentu dalam masyarakatnya. Namun dalam keadaan tertentu mereka tidak
dapat melaksanakan tugas sebagaimana diamanahkan. Misalnya berhubung konsep
perjuang terdapat pelbagai tafsiran yang diketengahkan dengan merujuk dua buah Harga Sebuah Maruah dan Titis Darah Terakhir. Dalam hal ini, pengarang kedua-dua novel
menggunakan landasan yang sama iaitu menggunakan watak dapat di kesan walaupun
terdapat perbezaan dari aspek cara perjuangan tersebut dipaparkan dalam
karya. Hal ini dikesan dalam contoh
petikan di bawah :
“…Dalam
hidup ini kita tidak harus terus di belenggu dengan tekanan yang melulu. Kita
harus berani untuk membebaskan diri tanpa rasa ragu kerana itu hak kita tetapi jangan sampai membelakangi
undang-undang.”
(Harga
Sebuah Maruah)
Dalam petikan di atas,
jelas memperlihatkan bahawa konsep perjuangan yang berasaskan pertimbangan akal
. Hal ini dapat dikesan melalui frasa “tetapi jangan sampai membelakangi
undang-undang.”
Namun dalam novel Titis Darah Terakhir karya Adhyat Helmy memperlihatkan
perbezaan konsep perjuangan. Hal ini dapat dikesan melalui petikan berikut;
“…
Jangan ada seinci tanah kita tergadai, biar darah kita kering di badan, namun
sesekali menyerah tidak sama sekali. Ini hak kita dan hak kita perlu
dipertahankan”
Berdasarkan petikan
tersebut jelas memperlihatkan bahawa perjuangan
untuk menegakkan hak memerlukan pengorbanan dan memerlukan pertumpahan
darah. Hal ini dapat dikesan melalui frasa
“biar darah kita kering di badan, namun
sesekali menyerah tidak sama sekali”.
Ulas dan kaitkan dengan kritik
sosial
ii.
Sastera
Sebagai Medium Hiburan
iii.
Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
iv.
Yyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy
Penutup
Berdasarkan
penelitian dan perbincangan yang telah dilakukan dapat dirumuskan bahawa ………….(maklumat
yang berkaitan dengan dapatan kajian - dikaitkan dengan objektif kajian,
pandangan, cadangan dan ulasan
keseluruhan.)
BIBLIOGRAFI
Hashim
Awang. 1997. Kritikan Kesusasteraan:
Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mana
Sikana.1990. Sastera Melayu Moden:
Perubahan dan Tamadun. Bandar Baru Bangi. Penerbitan Karyawan.
Mohamad
Mokhtar Hassan (xxxx). YYYYYYYYYYYYYYYYYY.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad
Haji Salleh.2000. VVVVVVVVVVVVVVVVVVVVV.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Radiah
Yusoff dan Nor’Aini Ismail. ( 2000 ). “Weltanschauung Semantik Melayu Terhadap
Sungai : Kajian Makna Tak Harafiah dalam Bahasa Kiasan dan Pantun” dalam Jurnal
Dewan Bahasa, 44 ( 7 ): 738-748.
No comments:
Post a Comment