PEMBANGUNAN MASYARAKAT
2.2 SOSIAL
2.2.1 BUDAYA
Kehendak sukatan KMK:
Calon seharusnya dapat;
(a) Mengenal pasti dan menghubungkaitkan
budaya setempat dalam kehidupan seharian
Takrifan &
Skop Budaya:
“…rangkuman segala aspek hidup manusia, baik dalam bentuk
fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam sesuatu masyarakat
yang diterima oleh sebahagian besar serta anggotanya dan mewarisinya
turun-temurun. Dengan perkataan lain kebudayaan termasuklah bentuk sosial,
politik, adat dan istiadat sesebuah serta ekonomi sesebuah negara masyarakat.”
(Harun Daud,
Sejarah Melayu, satu kajian daripada aspek Persejarahan Budaya, DBP, 1989.
Hlm.8)
SOALAN RANGSANGAN
SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR (SBDKL) – BUDAYA
SOALAN 1:
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
jelas memaparkan masyarakat Melayu baik
yang mendiami desa mahupun yang mendiami kota, masih kuat berpegang kepada
budaya dan tradisi masyarakat Melayu yang menjadi amalan warisan turun temurun.
Ulaskan penyataan ini.
[ 25 markah ]
SKEMA JAWAPAN:
Pendahuluan:
(3 markah)
·
Budaya dan tradisi masyarakat Melayu seperti
yang digambarkan menerusi novel SBDKL jelas memperlihatkan keterikatan dan
pautan masyarakat Melayu dengan adat istiadat dan budaya Melayu yang menjadi
amalan seharian mereka sama ada yang tinggal di kota mahupun desa.
·
Antara budaya dan tradisi masyarakat Melayu yang
dapat dikesan dalam novel SBDKL ialah mementingkan hubungan kekeluargaan,
mengekalkan makanan tradisional Melayu, budaya kunjung mengunjung, membawa buah
tangan, meningkatkan hubungan ukhuwah (persahabatan) menerusi fungsi masjid dan
surau, mengekalkan gelaran atau panggilan hormat sesama anggota keluarga atau
gelaran pangkat seseorang, melayan tetamu, dan sebagainya.
·
Budaya dan tradisi Melayu ini dalam sesetengah
keadaan dianggap punca dan penghalang
kemajuan dan menimbulkan perbalahan atau konflik antara sesama kelompok
masyarakat
F1:
Mementingkan hubungan kekeluargaan
F2:
Mengekalkan makanan tradisi Melayu
F3:
Budaya kunjung mengunjung
F4:
Budaya menyapa dan bertanya khabar
F5:
Berniaga berorientasikan skala kecil
F6:
Budaya berderau (gotong royong) majlis kenduri kendara
F7:
Menjadikan masjid atau surau sebagai tempat menjalani ibadah dan merapatkan
ukhuwah (persahabatan)
F8:
Penentuan/pemilihan jodoh atas restu orang tua
F9:
Melayan tetamu dengan baik
F10:
Menjaga adab sopan dalam tingkah laku dan pertuturan
F11:
Memanggil gelaran hormat dan pangkat berdasarkan faktor hubungan nasab/keturunan,
umur, kedudukan dalam masyarakat
F12:
Pekerjaan berlatar belakangkan warisan/tradisi generasi terdahulu
F13:
Mementingkan semangat kejiranan
F14:
Mementingkan adat istiadat dilaksanakan mengikut tradisi Melayu dan agama Islam
F15:
Percaya kepada perkara khurafat /kuasa-kuasa lain selain Tuhan (tafsiran
mimpi/alamat buruk)
F16:
Menghormati/menyanjung isntitusi Raja
* Pilih mana-mana 5 isi sahaja. (5F x 2
markah = 10 markah, 5HC x 2 markah = 10 markah --- 20 markah)
** Huraian + Contoh : Mohon guru mengembangkan
idea dengan inisiatif sendiri.
Kesimpulan:
(2 markah)
·
Masyarakat Melayu yang mendiami kota dan desa
berdasarkan novel SBDKL masih utuh mengamalkan tradisi dan budaya Melayu.
·
Namun demikian, ada juga watak-watak tertentu
yang mewakili kelompok Melayu memecahkan tradisi dan budaya Melayu dengan
melonggarkan/mengabaikan/meninggalkan budaya dan amalan masyarakat Melayu. Etc:
Mat Akil – tidak beradab sopan, kasar, tidak menghormati orang yang lebih tua,
menghina dan menganiayai golongan agama dsb.
SOALAN 2:
Budaya niaga masyarakat Melayu dengan
masyarakat Cina ketara berbeza seperti yang diungkapkan oleh Keris Mas menerusi
Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Jelaskan penyataan ini dengan
mengemukakan bukti dan contoh yang tepat.
[ 25 markah ]
SKEMA JAWAPAN:
Pendahuluan: (3
markah)
·
Pemikiran “bisnes” / pemikiran niaga antara
masyarakat Melayu (Peniaga Melayu) dengan masyarakat Cina (Peniaga Cina)
sememangnya ketara berbeza.
·
Perniagaan orang Melayu terikat dengan
batas/syariat agama manakala masyarakat Cina masih mementingkan nilai moral
namun lebih mengutamakan keuntungan (profit
based).
·
Perbezaan budaya niaga orang Melayu dengan orang
Cina ada kaitan dengan budaya dan prinsip, latar belakang pendidikan, latihan
dan pendedahan, perancangan strategik, modal kekuatan persatuan dan sebagainya.
Isi-isi
Penting:
F1: Orang Melayu lebih memilih perniagaan
berasaskan warisan turun temurun manakala orang Cina lebih gemar menjalankan
perniagaan yang berbentuk “penerokaan baharu”
HC1:
Jika mengusahakan perniagaan warung –
biasanya waris akan menyambung usaha bapa/generasi awal. Contoh: Pak
Salim
HC2:
En. Muhammad sendiri ingin mengembalikan
legasi perniagaan bapa dan datuknya mengusahakan lombong bijih timah walaupun
pada masa yang sama beliau sudah ada anak syarikatnya sendiri yang berstatus
enterprise yang bernaung di bawah syarikat Datuk Tan Enterprise.
F2: Orang Cina lebih suka mempelbagaikan
jenis perniagaan manakala orang Melayu cenderung menjalankan perniagaan tipikal
Melayu yang berbentuk stereotaip (sama).
HC1:
Datuk Tan Chong Seng selain mempunyai estet getah (180 ekar Pekan
Tualang…hlm.11) juga mahu perniagaannya bersama-sama dengan Encik Muhammad
diperluaskan kepada perniagaan import eksport lada hitam ke pasaran tempatan
dan Jerman. Beliau juga mempunyai agenda untuk menghidupkan semula legasi
lombong bijih timah yang pernah diusahakan oleh datuknya bersama-sama dengan mendiang
datuk, Datuk Tan Chong Seng.
F3: Orang Melayu suka perniagaan yang tidak
berisiko atau kurang berisiko manakala orang Cina berani mengusahakan perniagaan
yang berisiko dan berisiko tinggi
HC1: Berdasarkan novel SBDKL banyak memaparkan
perniagaan orang Melayu yang tidak berisiko tinggi seperti membuka gerai jualan
makanan dan minuman, peraih ikan dan menjual ikan di pasar, mengusahakan
perniagaan atap dan lain-lain.
F4: Orang Cina gemar perniagaan yang
bersifat Glokal / Domestik dan Antarabangsa (Global and Local Based) manakala orang Melayu kurang mempunyai
perancangan bisnes bersifat antarabangsa
HC1:
Walaupun idea banyak yang muncul daripada Encik Muhammad yang ingin mengadakan
dagangan lada hitam dengan syarikat Tuan Von Braun dari Frankfurt, Jerman namun
pemikiran dan idea itu sudah ada dalam kotak pemikiran Datuk Tan (hlm.8)
HC2:
Datuk Tan begitu yakin dan positif dengan langkah proaktif Encik Muhammad
melakukan perbincangan dan rundingan secara intensif (giat) dengan rakan niaga
dari Frankfurt, Jerman itu.
F5: Orang Melayu gemar perniagaan berbentuk
kecil-kecilan dengan modal yang terhad manakala orang Cina gemar kepada
perniagaan yang berskala besar dengan modal yang besar serta mengambil untung
berdasarkan untung atas angin (komisen)…(hlm.5)
HC1:
Walaupun idea itu kebanyakannya datang daripada idea Encik Muhammad, namun
Datuk Tan seolah-olah mahu menguji kebijaksanaan Encik Muhammad untuk
memaparkan strategi bisnesnya. Buktinya dia tahu ke mana matlamat dan hala tuju
pemikiran bisnes Encik Muhammad yang dilihatnya bertepatan dengan idea dan
kehendaknya. Bukti lain, Datuk Tan tidak menghalang/membantah idea Encik
Muhammad untuk mengambil untung perniagaan menerusi “untung komisen”.
F6: Orang Melayu gemar mengambil jalan
singkat dengan berperanan sebagai broker atau agen atau orang tengah dalam
perniagaan dan bukannya sebagai pemain utama (key players) dalam perniagaan
HC1:
Yang Berhormat Mohd Yusof mempunyai agenda secara tersirat mempengaruhi
Penghulu Mahmud untuk membenarkan Encik Chan mengusahakan tanah milik Penghulu
Mahmud dan warisnya (Encik Muhammad dan adik beradik yang lain) di Jeram Medang
untuk dijadikan kawasan perumahan. Hasilnya beliau akan menerima komisen yang
lumayan daripada Encik Chan.
HC2:
Sudin gemar menjadi “broker kereta” dan “broker tanah” walaupun telah
berkecimpung agak lama dalam perniagaan ini, sebaliknya lebih gemar memperoleh untuk
yang minimum /sedikit hasil jualan kereta dan tanah dan bukannya mahu menjadi
pengusaha kedai jualan kereta terpakai atau menjadi broker tanah berlesen.
F7: Orang Melayu gemar berjoli dengan hasil
untung perniagaan yang diperoleh tetapi sebaliknya orang Cina gemar mengumpul
dana sedikit demi sedikit untuk agenda dan perancangan perniagaan masa hadapan
yang lebih mencabar.
HC1:
Datuk Tan menyimpan wang sedikit demi sedikit sehingga berjaya membeli tanah
seluas 180 ekar di Pekan Tualang dan mengusahakan ladang/estet getah. Dari situ
dia berganjak dengan menubuhkan perniagaan enterprisenya dan
perniagaan-perniagaan yang lain.
HC2:
Sudin sering berjoli dengan wang hasil komisennya sebagai broker tanah. Dia
sering ke Genting Highland dan sering kalah judi. Dia tidak mempunyai agenda
khusus untuk menyimpan wang bagi mengusahakan perniagaan yang dipeloporinya
itu.
F8: Orang Melayu sesetengahnya mempunyai
pemikiran tinggi untuk melangkah jauh
dalam bidang perniagaan tetapi mempunyai kekangan dari segi syariat (agama),
pembahagian harta pusaka (hukum faraid), faktor insaniah (faktor kemanusiaan)
dan sebagainya. Peniaga Cina kurang menghadapi kekangan untuk melangkah jauh
dalam bidang perniagaan.
HC1:
Encik Muhammad walaupun punya wawasan perniagaan yang jauh tetapi terpaksa
berhadapan dengan seribu satu halangan. Antaranya, tanah di Jeram Medang dan Kampung
Pulai terikat dengan hak pembahagian harta pusaka (adik beradiknya: kesemuanya
telah meninggal kecuali Penghulu Mahmud dan dirinya yang masih hidup). Anak
saudaranya pula (pewaris harta iaitu anak-anak kakaknya (3 orang kakaknya yang
telah meninggal dunia) memohon saham perniagaan sekiranya tanah yang hendak
diusahakan Encik Muhammad untuk dijadikan perusahaan lombong bijih timah itu menjadi
kenyataan. Encik Muhammad tidak boleh memonopoli tanah milik keluarganya secara
total dan personal. Hal ini merupakan halangan besar kepada dirinya.
F9: Orang Melayu/peniaga Melayu kurang
mempunyai perancangan strategik dalam perniagaan berbanding dengan orang-orang
Cina atau peniaga Cina.
HC1:
Orang Cina/peniaga Cina bijak mengatur strategi mempergunakan orang-orang
Melayu untuk mencapai hasrat perniagaan mereka. Misalnya Encik Chan bijak
mempergunakan YB Muhd Yusuf dan Sudin untuk mempengaruhi Penghulu Mahmud untuk
menjalankan usahasama membangunkan kawasan perumahan di Jeram Medang
menggunakan tanah milikan keluarga Penghulu Mahmud. Gambaran ini jelas, kerana
Encik Chan tidak mahu dirinya dikenali sebagai pemaju yang akan mengusahakan
kawasan perumahan tersebut.
HC2:
Begitu juga Datuk Tan mempnyai kekuatan akses mempergunakan bakat dan kemahiran
Encik Mhammad untuk memastikan Penghulu Mahmud atau Encik Muhammad mendapat
gelaran Orang Kaya agar Sultan akan menjadi pendokong (back-up) utama
perniagaan lombong bijih timah yang akan diusahakan oleh mereka nanti.
* Pilih mana-mana 5
isi sahaja. (5F x 2 markah = 10 markah, 5HC x 2 markah = 10 markah --- 20
markah)
** Huraian + Contoh : Mohon guru modified / edit
menggunakan inisiatif sendiri.
Kesimpulan: (2 markah)
·
Pemikiran bisnes antara orang Melayu/peniaga
Melayu dengan pekmikiran bisnes orang
Cina / Peniaga Cina ternyata berbeza.
·
Orang Cina / peniaga Cina ternyata berjaya
melangkah jauh dalam bidang perniagaan / maju dalam bidang perniagaan kerana
mempunyai persiapan yang rapi dari sudut ilmu berniaga, berfikir di luar kotak,
berani berdepan dengan risiko, berperancangan dan berstrategi, suka meneroka
bidang perniagaan yang baharu, tidak menghadapi kekangan yang serius dari segi
agama, tuntutan harta warisan dan sebagainya. Hal ini berbeza dengan orang
Melayu/peniaga Melayu.
SOALAN-SOALAN TAMBAHAN UNTUK
PERBINCANGAN
SOALAN 3:
Encik Muhammad bin Idris merupakan watak
protagonis dalam Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Beliau mempunyai visi
yang jelas dan berhasrat untuk melakukan anjakan bagi mengubah nasib penduduk
Kampung Pulai menerusi projek lombong bijih timah yang mahu diusahakannya.
Namun demikian pemikiran dangkal sesetengah masyarakat kampung yang memandang
serong akan usahanya itu telah mencetuskan konflik dengan penduduk kampung.
Bincangkan, sejauh manakah beliau berjaya
mengubah mentaliti masyarakat kampungnya dalam konteks kemajuan Kampung Pulai.
[ 25 markah ]
SOALAN 4:
Kekangan adat merupakan faktor utama yang
menghalang impian Encik Muhammad bin Idris merealisasikan cita-citanya untuk
membangunkan masyarakat Kampung Pulai.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini. Bincangkan.
[ 25 markah ]
SOALAN 5:
Gaya hidup masyarakat bandar ketara berbeza
dengan gaya hidup masyarakat desa atau kampung. Berdasarkan novel Saudagar
Besar dari Kuala Lumpur;
(a)
bincangkan
perbezaan gaya hidup masyarakat bandar dengan gaya hidup masyarakat desa.
(b)
sejauh
manakah masyarakat kota dapat menyesuaikan gaya hidup masyarakat kampung.
[ 25 markah ]
Terima kasih. Saya guna nota tuan.
ReplyDelete