Tuesday, 16 April 2013

NOVEL SBDKL



Petikan 1(halaman 113):
Syarikat Lombong Lembah Tualang telah ditubuhkan. Encik Muhammad bin Idris duduk bertafakur di atas sejadah, berzikir dan berdoa. Dia baru selesai sembahyang sunat syukur dan sunat tahjjud. Dia mencuba sedaya upaya menheningkan cipta, mengosongkan hati nubarinya dari segala was-was dan khannas, menyerah seikhlas-ikhlasnya kepada Allah subhanahu wa taala. Dia memohon petunjuk dan hidayat, mohon taufik dan bimbingan untuk kejayaan usahanya mengendalikan syarikat yang baru ditubuhkan itu.
Fakta:
Berbakti kepada Negara melalui pembukaan Lombong Lembah Tualang
Huraian/contoh:
(Pro & Kontra)

En.Muhammad mengambil risiko untuk berhenti kerja dan membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk kepentingan dirinya dan penduduk kampung. En.Muhammad dijadikan pengerusi syarikat kerana dia dipercayai dapat mempengaruhi penduduk Kampung Pulai, sebuah kampung yang termasuk dalam kawasan yang akan dilombong. Jika sekiranya En.Muhammad tidak mengambil risiko untuk membuka syarikat tersebut nescaya dia tidak akan berjaya menjadi ahli perniagaan yang tersohor dan penduduk kampung Lembah Tualang tidak akan berkembang maju.
Kesan
Kita perlu mengambil sedikit risiko bagi mencapai kejayaan dalam hidup agar kita terus maju kehadapan.

  Petikan 2(halaman 34)
Pekan Tualang telah dibersihkan.Bendera-bendera negeri dan bendera Persekutuan berkibaran pada tiap kedai.Pintu gerbang telah dibina dekat batu tanda Majlis Bandaran,sebuah lagi dekat rumah rehat,sebuah dekat simpang masuk bandar dan sebuah di perimpangan ke pejabat daerah. Kelab pegawai kerajaan di hujung padang bola itu pun sudah diberihkan dan di hias dengan bendera dan panji-panji.Keliling padang juga di barisi oleh panji-panji berbagai warna Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan akan berangakat mengadakan lawatan 2 hari mulai esok.Tiap-tiap tahun peritiwa begitu berlaku.Baginda Sultan berangkat menemui rakyat dari daerah ke daerah sebulan dua sebelum perayaan puja umur Baginda.
FAKTA
TAAT SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA


HURAIAN/CONTOH
(pro dan kontra)
Sifat kesetiaan rakyat terhadap raja akan membentuk suasana keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.Ini dapat dilihat di dalam novel SBDKL  melalui peristiwa penghortmatan rakyat tehadap raja dengan mengingati dan meraikan sambutan ulang tahun Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan dengan gilang-gemilang di Pekan Tualang denagan kerjasama penduduknya.Sekiranya,rakyat Pekan Tualang tidak berkerjasama untuk meraikan sambutan ulang tahun Sultan maka tidak mungkin sambutan tersebut diraikan dengan jayanya dan hubungan rakyat dengan raja tidak beroleh kesejahteraan.

KESAN
Setiap warganegara perlu menumpahkan taat setia kepada raja sebagai pemimpin tertinggi dalam negara kita yang mengamalkan konsep demokrasi beraja.
Petikan 3 (halaman 39)
            “Ah, bukan ladang, kebun saja, barangkali empat lima ekar. Entahlah.Saya pun tak tahu sangat tujuannya.Tapi agak saya dia nak ajar budak- budak di sini berusaha menanam orkid untuk dijadikan perniagaan.Bunga orkid memang laku di bandar- bandar, bahkan laku dijual ke luar negeri.
Fakta :
Melakukan kebaktian untuk masyarakat dan negara
Huraian /Contoh:
(Pro dan Kontra)
Berbakti kepada masyarakat dan  negara merupakan satu amalan yang baik. Sebagai contoh peristiwa berbakti kepada masyarakat dan negara dapat dilihat melalui watak Cik Puan Tipah dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang telah mengusahakan penanaman kebun orkid kerana dia juga meminati bidang perniagaan. Pada masa yang sama dia telah mengajar penduduk  Jeram Medang mengusahakan tanaman orkid untuk mengubah kehidupan mereka agar hidup lebih senang dan dapat meningkatkan ekonomi negara. Hal ini kerana, kegiatan penanaman orkid yang dilakukan oleh Cik Puan Tipah ini dapat mempelbagaikan ekonomi negara sekaligus membantu meningkatkan ekonomi negara. Kegiatan yang dilakukan oleh Cik Puan Tipah ini juga dapat membantu masyarakat untuk memajukan diri mereka. Jika sekiranya, Cik Puan Tipah tidak bertindak sedemikian, sudah tentu masyarakat dan negara tidak akan maju dari sudut ekonomi serta sosial.    

Kesan :
Sebagai seorang pelajar, kita haruslah berbakti kepada negara dalam apa jua bentuk sumbangan untuk memajukan negara dan memperbaiki sistem sosial dalam hidup kita.















BERBAKTI  KEPADA NEGARA
Petikan 5 (halaman 16 dan 23)
        Kemudian segera dia mencapai gambar Robert,anak sulungnya yang kacak berumur 23 tahun.Dua tahun lagi anaknya akan pulang dari London dengan ijazah Kejuruteraan Lombong itu pilihan ayahnya.
     Rahim,terutamanya akhir-akhir ini kerap menulis dari London tentang kemerosotan moral di seluruh dunia oleh kerana manusia sekarang telah menurunkan darjat mereka menjadi hamaba kepada kekayaan,hamba hawa nafus,hamba kemewahan dan kemalasan.Manusia sekarang tidak mempertahankan dirinya lagi sebagai manusia,makhluk Allah yang berdarjat.
Fakta :
Berbakti Kepada Negara
Huraian/Contoh
(Pro dan Kontra )
Nasionalisme adalah satu ideologi yang mencipta dan mempertahankan kedaulatan sesebuah negara dengan mewujudkan satu konsep identiti bersama untuk sekumpulan manusia.Rahim dan Robert telah pergi belajar ke luar negara iaitu London untuk mempelajari ilmu dalam Jurusan Kejuruteraan Lombong untuk memajukan perlombongan bijih timah di Kampung Pulai apabila mereka pulang ke tanah air suatu hari nanti .Jika sekiranya Rahim dan Robert tidak dihantar ke luar negara mereka tidak akan dapat menyumbang bakti kepada negara dalam ilmu perlombongan.
Kesan :
Setiap warganegara perlu menyumbangkan bakti kepada negara agar negara dapat berkembang dengan lebih maju.
Fakta
Berbakti untuk negara
Huraian / Contoh
(pro dan kontra)
(watak : YB Muhd Yusuf)
Sudin memulakan ucapan itu dengan menyatakan tuan pegawai daerah dan pegawai FELDA datang adalah untuk memberitahu tentang syarat-syarat dan kewajipan orang kampung apabila nanti telah diterima masuk ke rancangan FELDA. Sudin juga menyatakan kemasukan ke rancangan FELDA dapat mengubah nasib dan masa depan mereka. Sudin memuji dan menyebut jasa-jasa YB Muhd Yusuf yang membukakan jalan dan mendapatkan kemudahan untuk orang Kampung Pulai. Jika sekiranya YB Muhd Yusuf tidak membantu penduduk Kampung Pulai sudah pasti penghuni di kampung tersebut tidak akan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan untuk kepentingan generasi akan datang.
Kesan
Kita mestilah sentiasa memastikan setiap orang mendapat kebebasan untuk melangkah kepada hidup yang lebih baik



Petikan 4 : (halaman 328)
Orang bertepuk lagi dan sudin bertambah gembira.
                “Yang Berhormat Muhd.Yusuflah yang membukakan jalan dan mendapatkan kemudahan untuk kita sekalian maju selangkah kepada hidup yang lebih baik dan lebih senang.Dia bukan memikirkan kita saja tetapi yang pentingnya anak cucu kita di kemudian hari.”

No comments:

Post a Comment